Skip to main content

# 8 ENTRY TANPA TAJUK

hari ni aku tengok ramai je status member fb dok post salam maulidur rasul. ok la tu.. ingat jugak kita kepada Nabi kita. tetapi, jangan setakat salam je.. sertakan sekali dengan selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w. kalo boleh, tiap2 hari post la kat wall tu selawat ke atas nabi. automatik orang yang tengok tu akan membacanya biar pun sekadar dalam hati. buat pahala dalam senyap.

tapi, tempat aku belajar ni. tak leh nak sambut maulidur rasul. aku terima je sebab hujah yang didatangkan adalah benar. hujah alquran dan sunnah. bahawasanya sahabat - sahabat dahulu tidak pernah merayakan hari kelahiran nabi itu sendiri. sedangkan zaman sahabat adalah zaman yang kuat amalan agamanya. 

menyambut maulid ini juga dikatakan amalan kaum Nasrani yang menyambut kelahiran Nabi Isa a.s. sedangkan nabi kita melarang kita menyerupai sesuatu kaum dalam amalam ibadat mereka. hujjah mereka jelas dan paling selamat. hujjah bersumberkan AlQuran dan AsSunnah.

tapi, tak juga aku kata yang menyambut maulid tak boleh. luar dari sini, ada je para ilmuwan yang mengharuskan menyambut hari maulid selagi ia tidak bercampur dengan perkara perkara yang haram. contoh, majlis sambutan yang tidak bercampur di dalamnya lelaki dan perempuan, tidak beriktikad yang menyambut maulid adalah ibadah, tidak ada kelebihan meraikan maulid dan pelbagai lagi.

para ilmuwan mengharuskannya adalah untuk menyuburkan ingatan kita terhadap Nabi s.a.w memandangkan ramai je umat Islam sekarang ni yang semakin lupa dengan ajaran Islam. semakin jauh daripada akhlak Nabi s.a.w yang merupakan akhlak yang terindah.

bagi aku, kedua - duanya ada hujah masing. cuma jangan pelik jika ada orang cakap yang maulid ni tak leh. ada orang yang berpegang dengan boleh merayakan maulid dan ada juga yang berpegang yang maulid ni langsung tak boleh menyambutnya.

** yang penting, banyakkan selawat kepada nabi, usaha perlahan - lahan untuk mengikuti sunnahnya. itu adalah sebesar - besar tanda kecintaan kita kepada nabi.

salam dari traveller..haha

Comments

  1. bersalji lagi ke kat sana?putih2 tu salji ke?

    qatar pun tak cuti , sepi tanpa sebarang sambutan namun hati berbunga rindu pd Rasullullah nabi junjungan kita. selawat dan salam buat nabi Muhammad saw.

    ReplyDelete
  2. perarakan di Malaysia ni hanya budaya org kita je.. pernah timbul kontroversi pasal benda tahun lps kalau tak silap.. ustaz2 bedebat..

    ReplyDelete
  3. oh yeke.. bru tahu...thanks share^^

    ReplyDelete
  4. Sentiasa saling ingat mengingati sesama muslim .. :D

    ReplyDelete
  5. sambut boleh tp ikut syariat Islam kn?
    selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

    ReplyDelete
  6. ya, yang penting banyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita..

    ReplyDelete
  7. Salam Maulidur Rasul~
    lma tak menyinggah sini..
    erm benar biarlah ingtn terus pd baginda dgn m'gamalkan sunnah baginda.Insya-Allah...

    ReplyDelete
  8. salam maulidur rasul adik terr!~

    ReplyDelete
  9. oh, aku baru tahu pasal benda ni.

    terimo kasih.

    demo keno try nasi kak wok tu
    sedap.
    ringkas dan muroh.

    ReplyDelete
  10. betul jugak tu, sambutan tu tak penting, yang penting mcm mne kte amalkan sunnah nye.....

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum H.J...betul tu selawat ke atas Nabi kita selalu yer...:)

    ReplyDelete
  12. terima kasih share;)
    selama ni xtau pun:)
    salam maulidur rasul:))

    ReplyDelete
  13. aku baru tgk tb

    die kate kene cinta Rasulullah
    kalau cinte kene sebut S.A.W. masa orang lain sebut Rasulullah S.A.W. lepas tu kene ingat...mase makan ingat sirah nabi..

    hurmm capai matlamat CINTA tu dlu

    ReplyDelete
  14. ^__^
    bkn stakat hri ni aje.. tpi tiap saat.. =)

    ReplyDelete
  15. yup, yg penting jangan lupa berselawat

    ReplyDelete
  16. lain tempat lain budayanya. kat msia ni memang bersempena untuk mengingati nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.