Skip to main content

pasanganku merokok

entry ni aku up time aku bangun tido.. jadi kat mesia dalam dekat tengah hari dah.. pejabat pom nak dekat nga time rehat.. aku tak de idea macam inpirasi aku tu.. siap boleh up  6 7 entry dalam satu hari.. artis katakan..tapi tak pe.. aku buat dia jadi sumber inspirasi.. dapat juga aura sikit sikit kan..?

ini entry untuk perempuan yang tak berkahwin lagi..hehe. berapa ramai dalam kalangan perempuan yang baca entry ni suka jika pasangan dia merokok..? aku rasa mesti ada yang suka dan ada juga yang tak suka jika pasangan dia merokok. maklum la.. lelaki itu kacak jika merokok..nak nak rokok dunhill pula..

yang aku heran.. ramai je wanita yang meluat jika ada orang merokok dekat dia.. siap kibas kibas tangan lagi... ada tu siap tutup hidung sebagai isyarat tanda tidak senang dengan asap rokok.. silap silap, siap sound direct lagi.. mulut wanita kan..kekadang diluar kawalan... haha

tapi.. bila balak dia tu merokok.. senyap pula.. tak de bising bising nak sound bagi nasihat.. ye la.. mungkin dah berbuih mulut bagi nasihat.. tapi pasangan dia buat macam lembu kenyang je.. rasa rasa aku la.. korang yang nak cari pasangan buat teman hidup jangka masa panjang ni perlu ambil berat hal ni.. survey pasangan tu.. pertama, jaga solat. kedua tak merokok.. 

rokok.bahaya+membazir.



Comments

  1. selamat pagi bt kamu dik..
    kak kat sini dh makan tengahari..asam pedas, nak hulur jauh benor... hahahha


    PS: pompuan mmg menyampah lelaki merokok, masa kak belum kawin, kak sound hubby jangan merokok, nak merokok jauh2...
    dah en zalie menyampah dgn kak agaknya.. dia terus berhenti perlahan2..
    alhamudllilah, dah hampir 3 tahun dia stop..syukur

    ReplyDelete
  2. kat sini da time lunch da..hee...baru terfikir nak belanja..jauh pulak..hahah~

    #aq pun tak boleh dekat dgn perokok yg tgh merokok ni..rasa nak cepuk je tapi segan...haha~

    ReplyDelete
  3. hallo2..
    ble berkawan, dang tak kesah je di kalangan org yg merokok..
    sebab mereka semua ada sbb tersendiri..
    tp, utk mencari pasangan memang mencari yg tidak merokok...
    dan alhamdlh, pasangan yg dang jumpa TIDAK MEROKOK.. hehehe


    peace

    ReplyDelete
  4. kak CR : asam pedas ek..?meleleh air liur..tak BF lg ni..haha

    Abang Ezad : jangan cepuk..tahan nafas je..haha

    Kak Dang Intan : kalo kawan tak kisah je..sebab tak selamanya kita berdamping.. kalo pasangan hidup ni yang susah..dok sebumbung..takut asap tu, kita juga kena efek kan..?hehe

    ReplyDelete
  5. Pakwe saya kali ni tak merokok.Siap tanya lagi,kenapa dia tak merokok!Hehehhee...

    Maklumlah,pakwe dulu merokok.Hahahaha..

    ReplyDelete
  6. selamat bangun tido!!

    akak sebenarnya, sejak dr single mingle dulu sentiasa menginginkan pasangan yg tak merokok.. Bkn ape..rimas..lemas semua ada. Tp, entalah..benda yg kite taknak tu yg kita dpt kan? Dah jodoh...sedangkan org lain kita tolak beria2..dengan dia..kita mcm redha aje (jodoh lah tu..)

    selepas kawen pon..akak still tegur dia (maybe dia kata akak membebel)..dan masih wat aksi kipas mengipas kalau dia merokok dekat2 akak.. Bkn itu sahja. kalau dia nak merokok kat public, akak akan pastikan dia pg jauh2..kalau tak..Siaplah..bebelan pjg

    ..lelaki merokok ni ada satu bau bdn yg kurang menyenangkan..paham2lah..asap rokok dah melekap kat baju/mulut.. So, ia tak memberi perasaan 'cool' pd wanita yg memandang. Ok

    ReplyDelete
  7. xbrani nk tegur..tkt kang kena putus kasih.. haha

    ReplyDelete
  8. tahan nafas...2 minit je boleh tahan...haha~

    ReplyDelete
  9. Kitew xsuka orang merokok...tapi klu dia memang perokok, itu hak dia....laen la klu dia (tuan badan)hak kite, bleh la nasihat...sebab cam susah sket nak nasihat...bukan nye nak dengar (orang dalam umah den)....

    psss....mana lak jual....beli larr coofever tuh....nak koooolllliiiinnngggg my fever....adoyai....

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum H.J...betul tu merokok ni adalah salah satu cara pembaziran dan akan membahyakan kesihatan kita...:)

    ReplyDelete
  11. Bf saya merokok.... Masalahnya sy da jatuh cinta dulu ngan dia, baru dia start merokok.... Setiap kali dia merokok akan halau dia duk jauh2....

    ReplyDelete
  12. kalo ada org merokok depan aku.. aku suka duk kipas2.. terbatuk2.. sambil menjeling tajam.. hahaha~

    ReplyDelete
  13. betul..2 kriteria yg penting.

    suami akak tak merokok, dari awal mmg dah target takmo yg merokok. syukur..

    ReplyDelete
  14. betul tu
    memng 2 benda yang aku tgk dlm mencari pasangan
    jaga solat n tidak merokok

    ReplyDelete
  15. xdela nk tnjuk sgt xsuka bau asap rokok tu, tp kalau dkt sgt, mau trbatuk la jugak..
    so, smoke at your own risk. main jauh2!

    ReplyDelete
  16. sy x boleh dekat org merokok, kalo tak, bersin 24/7..hoho

    ReplyDelete
  17. ak x ska perokok..
    memang x than ..
    huhu..

    ReplyDelete
  18. x perlu la nak dekat2 dgn org merokok ni... hehehe

    ReplyDelete
  19. adeh hsband sy merokok, tp sy tak suh die berhenti, cuma kurangkan merokok...hihhiii

    ReplyDelete
  20. aku err x suke org merokok. jd xkisah la org tu kwn rapat akau adik beradik atau kazen mazen mmg aku akn sound indirectly scara bhemah sbb aku x suke hahaha

    ReplyDelete
  21. aku slh seorang gadis yg antgi lelaki merokok...n i'Allah aku akn make sure bakal suami aku nnt tak merokok...
    hehehe

    ReplyDelete
  22. penah ada pengalaman me'reject' org sebab dia merokok..smpi warna gigi tu dah tatau warna apa dah..huhu
    sbb pd akak, bila hal merokok ni ia hal besar..bkn mudah kita nk suruh berhenti bila kahwin nnt..

    ReplyDelete
  23. betul tu.kalau bapak pun dah merokok..susah nak nasihat anak nanti..bapak borek anak rintik..risau2..huhuhu

    ReplyDelete
  24. xsuka lelaki perokok..huu

    ayah sy xmerokok..:)

    ReplyDelete
  25. nasip baik ehem2 tak merokok.
    :)

    ReplyDelete
  26. kalau aku bg pilihan kt die samada nk merokok ke tidak.. tp dlm bg pilihan tue aku bg sedas dlu...hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.