Skip to main content

makna di sebalik wordless

gambar wordless wednesday tu aku letak gambar tulang ayam..hehe..manusia tak makan tulang tu. itu semua adalah makanan untuk jin - jin yang kebuluran. ingat, jin pun ada yang kebulur..

teringat time kat Turki. susah sangat untuk mencari nasi. kebanyakan diorang tak makan nasi. nasi kalau ada pun, mesti mahal teramat amat.. biasala.. barang yang susah nak dapat, penawaran harga mesti tinggi.

time tu memang lapar, dari Bursa.. nak bertolak ke Istanbul. sambil2 menunggu bas, sempat melantak dekat restoran Popeye. Popeye ni satu2nya fast food yang sediakan ayam goreng.kat turki aku tak pernah nampak KFC. mungkin diorang banned sebab pekerja dia selalu je bergaduh. panas baran.

harga pun boleh tahan. hanya order yang promosi je..30 ketul ayam. harga dalam 30 Turkish Lira. jauh lebih murah KFC Malaysia daripada Popeye. mustahil orang Malaysia boleh tahan tanpa makan nasi.. nafsu melahap nasi itu teramat besar.haha


**ayam dia tak sespicy kfc..

Comments

  1. cuma jin mkn tulang..tp kalo kwn sy mkn aym kfc, ngan tulang2 dia bntai..huhu

    xmkn nasi??sapa2 nk diet jmput2 la dtg turki kan..

    haha.

    ReplyDelete
  2. laaa...gmbr tulang ke td tu dekk? haha

    ReplyDelete
  3. jin akan makan tulang tulang hok manusio buang la?.gitu?

    ReplyDelete
  4. Sebab tu mak abah selalu suruh buang tulang lembu jauh2. Tapi, tulang ayam den campak je kat tanah mana2.

    ReplyDelete
  5. ramai kawan suka makan tulang. kadang2 hilang dh tulang ayam tu dorg ratah.

    ReplyDelete
  6. knowledge baru! popeyes ek.. ada kat msia ke?

    hoho tak mustahil wo tak makan nasi.. aku prnah je xmkn nasi for 3 days.. burger jadi kawan baik aku...hohoho

    ReplyDelete
  7. ehh.
    kite makan ubi kayu tetiap hari.
    wa org malaysiaaa tau?

    lalalaa

    ReplyDelete
  8. 30 ketul? patutla besar je bekas tadi tu..berapa org mkn boleh abis tu..

    ReplyDelete
  9. comel je bila baca ada jin kebulur :D

    ReplyDelete
  10. sisa-sisa makanan tu salunya bagi kat kucing je.. selebihnya tulang2 akan di bantai oleh anjing2 brkeliaran sekitar rumah.. hhehe

    ReplyDelete
  11. aku baru taw jin makan tulang...owh~

    ReplyDelete
  12. naper qatar takda gak?kepsi sini mahal gak dan tak la spicy sgt pun.tp pekerja sini tak gaduh2, tak pukul org.ehehe.

    p/s:malu kan?yg pukul org tu org melayu dan pastinya islam

    ReplyDelete
  13. popeyes pon ok janji mkn ayam ek..hee

    kalau tak makan nasi mcm xbest je kan?;p

    ReplyDelete
  14. Ade je manusia yg makan tulang .
    *ehh . bukan sy ! haha :D
    cam best jee ayam popeyes . Nak :(

    ReplyDelete
  15. baru pasan,
    mana tulang ?

    erk

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum H.J...makan boleh tapi jgn melampau sgt nanti susah jadinya...:)

    ReplyDelete
  17. tak nah mkn lagi..

    insyAllah 1 hari nnt

    :)

    ReplyDelete
  18. rasanya bukan jin pun telan juga tulang2 tu..hehe

    ReplyDelete
  19. uishh banyak tu dik .. hurmm mahal gak kat sana erkk ..

    mana tahan makan ayam je kan ..sib baikk ada jin makan tulang , kalau tidak membazir aje ;)

    ReplyDelete
  20. klu x makan nasi sehari,
    mesti rs lain macm je,hehe :)

    ReplyDelete
  21. pernah makan sekali je ayam popeye ni...hee...

    > boleh je tak makan nasi..tapi macam ada yg tak kena je kalau tak makan nasi sehari...hee~

    ReplyDelete
  22. dulu aku teringin sgt nk g turki. :\

    ReplyDelete
  23. laen kali bwk beras siap2 dari mlaysia... :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.