Skip to main content

Ijma'

entry ni agak ilmiah sikit. korang yang jemu baca cuma perlu gerakkan mata dari atas ke bawah sambil tangan yang memegang mouse skroll ke bawah.. lepas tu tekan butang x kat sebelah kanan tab..haha..dah tahu blog bosan, tapi suh skroll ke bawah jugak kan??

ijma'. ijma' adalah salah satu bab dalam usul feqh dan juga merupakan salah satu sumber rujukan dalam Islam selepas 2 rujukan yang penting, AlQuran dan Hadis. Ijma' kalau dalam bahasa mudah adalah sepakat. sebulat suara. Contoh ijma': semua ulama' berpendapat yang solat 5 waktu adalah wajib. sebulat suara. tak de sorang pom yang nafikan.

Makna Ijma' dari segi bahasa mempunyai 2 makna. Pertama adalah sepakat (ittifaq) dan kedua adalah berazam (al-'azm). Manakala dari segi makna istilahnya : sepakat ulama mujtahid daripada umat Nabi Muhammad s.a.w dalam urusan syariah (agama) selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Semua ulama' bersepakat yang ijma' adalah hujah yang digunakan dalam agama Islam kecuali beberapa imam. Antaranya adalah Ibrahim An-nizom (imam muktazilah) dan juga Abu Hasan Al-basri. Mereka ini berpendapat yang ijma' bukan dalil dalam Islam dan tidak digunakan sebagai hujah.

**sila bagi hint sama ada korang suka entry macam ni ataupun tak..hehe

antara 2 ulama besar yang bersidang.

Comments

  1. usul fiqh..antara hukum yg disepakati selain Quran dan Hadis.ijma' ni lepas kewafatan nabi ke?lupe la..kalo slh tlg betulkan ye...mmg best tp penin sket nk hafal nama2 ulama2 tu...rindunya kat buku usul fiqh tu..huhu

    ReplyDelete
  2. erk aku jujur ye
    suke sbb ilmu bru
    tak suke sbb bosan

    jdi plihla

    ReplyDelete
  3. ijma, 1st time dgr term tu... thanks for the info :)

    ReplyDelete
  4. ijma' selepas takde hukum dalam al quran dan hadis.

    ReplyDelete
  5. suka dengan entry sebab berilmiah dan boleh mendapat ilmu yang mungkin asing buat saya...

    ReplyDelete
  6. i got a new wonderful word today. love to know more something that's related to our muslims religion :)

    ReplyDelete
  7. bgus dik..kak taw sikit 2psal ni sbb dulu ngaji syariah..hohoho..tq for sharing ^^

    ReplyDelete
  8. mane2 p0n blh..kdg2 bace seronok gak bile dpt tau bnde baru..tp kdg2 nk bace mls :P

    ReplyDelete
  9. pernah belajar time kelas agama dekat matrik dulu.
    ustazah tuh explain lebih kurang sama dengan yg hj explain,
    tengs sebab ingatkan lagi.
    (ulang benda yang sama lagi mudah nak ingat kan? )
    :)

    ReplyDelete
  10. kena suka sebab ilmu + memang sedang belajar benda nie..orang Islam patot tahu benda nie kot supaya tak konpius.

    ReplyDelete
  11. teringat blaja QS dgn syariah kt skola dl,pastu dlm asas hukum islam ade gak present tajuk ijmak ni.hehe
    bagus share ilmu HJ...banyakkn lg ya.hihi

    ReplyDelete
  12. Aku suka entri berbentuk mcm ni. Penyampaiannya ringkas, mudah dan tak sarat sangat. Senang nak faham.

    ReplyDelete
  13. okay je entry mcm ni. bagi ilmu dekat org yg still xtaw lagi. but since dulu sekolah agama dah sampai darjah khas, tahu jugaklah pasal ni. and kebaikan dia, boleh ingatkan balik apa-apa yang lupa. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.