Skip to main content

CINCINKU CINCINMU JUA

tahukah korang yang negara barat adalah negara di sebelah bahagian barat mengikut kompas di Malaysia...? negara barat kini semakin menjadi rujukan hampir semua aspek.. dari sekecil kecil hingga sebesar-besar aspek. barat sungguh gah di mata dunia.

orang orang barat ataupun lebih tepat dengan orang asal berkulit putih, mereka juga menggunakan cincin sebagai simbolik dalam perkahwinan. cincin diorang bukan sekadar bertakhta berlian yang berkarat beratnya, tetapi kepercayaan diorang terhadap acara tukaran cincin tersebut tidak dapat diterima dek akal.

mereka beranggapan yang cincin ini mampu mengikat hati antara pasangan mereka. menambah jangka hayat in relationship. beranggapan yang pasangan mereka tidak mungkin akan curang setelah disarung cincin. itulah anggapan mereka.pegangan mereka.

tapi itu semua adalah dusta. khayalan dan imaginasi semata - mata. mana mungkin hati terikat dengan sebentuk cincin. lelaki. sama je.. impian ingin berkahwin lebih dari satu. 

kizkulesi, turki.titik pertemuan barat dan timur


Comments

  1. dusta :)
    okay benci ayat last tu. haha

    ReplyDelete
  2. jodoh dan pertemuan kan ditangan tuhan.. aiyakk.. cincin tu bukan tuhan.. (-_-)

    erk? betui ka cekbolat ckp ni (==")

    ReplyDelete
  3. skrg dah menular budaya suami pun kena pakai cincin kawin.
    salah..krn anggap cincin akan buat cinta terus terikat. lgpun jgn ajar diri ikut budaya agama lain.

    ReplyDelete
  4. ikat pakai tli kapal kang baru tau...hehehe :p

    ReplyDelete
  5. serius ni? huhu bleh kata khurafat gak tu klu prcaya pada cincin..

    ReplyDelete
  6. errr terase aku cite sal cincin

    sape la percaya cm omputih tu

    *serius la sgt

    ReplyDelete
  7. abes tu kalau tetiba cincin yg pompuan/laki tu pakai jatuh lam lubang jamban ? hubungan suami isteri mereka pun masuk lam lubang jamban jugak ke ? keh3 =p

    dh update la =)

    ReplyDelete
  8. agak la, yg kita pun nk terikut budaya dorg sngt tu dh kenapa?aiseh, tapi kn sll dlm cerita melayu pun cmm tu bnyk dok kaitan dgn hal cincin ni...

    yg penting jgn percaya yg cincin tu bwa tuah ke makang ke pengikt hbgn watsoever yg penting dri sdiri mau ingt.
    eh dh kenapa aku emo semcm ni?

    hahahahaha :)
    eh jap turki ek titik antara timur n barat.ak baru tau.neway thnaks H.J :P

    ReplyDelete
  9. ooo h plan nak psang lebih dari satu la ni eh

    ReplyDelete
  10. mmg impian nk kawen lebih la tu....

    ReplyDelete
  11. Apa laaa yg ada pada cincin kan..

    Amboi...nk pasang lebih ke

    ReplyDelete
  12. kwen 4 je retii....jaga bini xreti...huhuhu

    ReplyDelete
  13. serius ke?ahaha ;p

    tak percaya cincin blh jadi pengikat hubungan..sm juga org ckp kalau hadiahkan kain bjahit utk org tsyang hbgn tu akan putus..huu..mgkin kebetulan ada tjadi tp percayala pd ketentuan Ilahi..

    ReplyDelete
  14. cincin tu sebagai tanda gurl tu dah ada orang chop..heheeh
    yeke??


    peace

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum H.J...sebenarnya cincin ni sebagai tanda bahawa pasangan tu dah berkahwin atau bertunang jadi kita sebagai orang islam tetap percaya yg jodoh itu Allah yg tentukan...:)

    ReplyDelete
  16. betul2... jodoh di tangan tuhan, ikatla dgn rantai besi pon, kalau bukan jodoh tu bkn jgk...yo dok??

    ReplyDelete
  17. betul tu ini semua salah org perempuan yg taksub sangat dgn cincin...pakai gelang getah sudah!


    hahaha!

    ReplyDelete
  18. aku ni tak suka pakai cincin emas.
    so,make sure bakal suami kena sedia dua cincin kahwin. satu silver satu emas.
    baru aku pakai.
    ok,komen aku ade kena mengena tak dgn entry ni?

    ReplyDelete
  19. ape laa orang putih tuh pikir.
    suke sangat pikir karut2.

    eh.
    nanti kawen nak jugak cincin.
    tak kireee.

    ReplyDelete
  20. Semoga kita mendapat jodoh yang baik :)

    ReplyDelete
  21. ada jgk yg smpai sggup titikkan darah dlm berlian cincin tu..

    ReplyDelete
  22. klu nk ikat sgt..pakai je tali.. kukuh ckit.. hehe

    *boley x komen cenggini??

    ReplyDelete
  23. klu aku bg cincin pun sbg hadiah kt die... kowt2 la die terlupa kat aku sekejap kan atleast bila die tgk cincin sure die ingt kt aku.. -itupun klu die ingt- hihihihi :p

    ReplyDelete
  24. cincin sebagai ingatan boleh la. tak terfikir pulak mengikat hati pasangan, tambah jangka hayat relationship. macam2 orang barat nih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.