KEINDAHAN PANTAI SEPAT, KUANTAN
Hari Isnin sempena Hari Raya Deepavali, rancangan untuk ke Kuantan nampaknya berjaya. Rancangannya adalah untuk ke Pantai Sepat, kemudian terus pergi ke Zoo Teruntum untuk melihat haiwan-haiwan yang melata di sana. Alhamdulillah, cuaca pada hari itu mendung sedangkan semalamnya hujan dengan selebat-lebatnya di kawasan Muadzam Shah. Aku sekeluarga bertolak dari Muadzam pada jam 9.40 dan perjalanan sejauh 100 KM lebih ditempuh dengan tenang dan lancar. Tidak ada sangkut dalam kesesatan dan kesesakan jalan raya. Ketika ini, google maps memainkan peranan penting sebab ini adalah kali pertama aku ke Pantai Sepat. Tahu nama Pantai Sepat pun lepas search google dengan menaip ‘tempat-tempat menarik di Kuantan’. Sampai di Pantai Sepat, aku terus park bersebelahan dengan pagar masjid. Awal aku park sebab aku tengok banyak khemah-khemah yang dipacak di bawah pokok di belakang masjid. Aku fikir, mungkin depan sana semua tempat parkir sudah penuh. Elok sahaja aku parkir, tidak perlu nak berebu...