Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Food

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KELANTAN : KEBAB / SYAWARMA JUST DONER

Cibatta Just Doner. Sebiji pun dah kenyang. Seli Harley sudah berapa kali tak jadi nak pergi Johor. Baru-baru ni tak jadi sebab tunggu pengumuman PM berkenaan PKP. . Hari ni katanya nak makan syawarma yang paling sedap di Kelantan. Beriya dia bagitahu; kat Kelantan tak ada syawarma kambing yang boleh lawan kedai Just Doner. . Kandungan yang ada dalam Ciabatta. Menyelerakan. Kedai dia berdekatan pintu masuk Perpustakaan Awam Kelantan. . “Bang, Order syawarma kambing satu,” Seli memesan pesanan. . Isi kambing memang padu tapi tak berapa juicy. “Saya nak Ciabatta kambing satu,” giliran ambo. . Beberapa minit kemudian. Hidangan syawarma dan Ciabatta sampai serentak. . Pizza Roll. Sedap juga. Banyak dengan sos. Syawarma yang dipotong je ni. “Eleh, kecilnya syawarma. Bang, order Ciabata juga satu lagi. Ciabatta kambing,” belum lagi makan. Tapi Seli dah order menu lain. . “Li, demo tak makan pun lagi syawarma tapi siap order lain dah.” . “Kawe tengok kecil syawarma ni. Ciabatta demo nampak be

RESTORA EL WAFA KITCHEN DI KELANTAN : NASI ARAB MANDY DENGAN LAUK KEPALA KAMBING

RM 35 Bagi sesiapa penggemar kepala kambing, boleh cuba makan nasi arab dengan lauk kepala kambing. Runsing dengan kepala kambing? Runsing nak makan daging selepas heboh dan kantoi kartel daging yang mencampur aduk antara daging halal dengan daging haram? Kali ini usah risau. Restoran El Wafa Kitchen menyediakan kambing tempatan. Apa itu kambing tempatan? Kambing tempatan adalah kambing yang dipeliharanya sendiri di tanah Malaysia. Bukan kanggaroo yang ditembak di Australia kemudian ditampal dengan sticker kambing halal. Penggunaan kambing tempatan adalah dakwaan taukey kedai dia la. Marketing dia dengan memfokuskan kepada penggunaan daging kambing tempatan. Nanti jangan guna nama aku yang beriya mengatakan mereka menggunakan kambing tempatan. Dan aku yakin serta tidak was-was dengan restoran ini. Yakin yang sememangnya mereka menggunakan daging kambing tempatan. Bukan daging import. Jadi apa istimewanya bila menggunakan kambing tempatan? Bila menggunakan kambing tempatan, mereka akan

RESIPI DAGING BULGOGI TAK CUKUP BAHAN

Rupa macam daging kicap je ni. Si isteri mengadu letih, tak larat. Aku pun cuba faham apa maksud tersiratnya. “Ermm.. sayang rehat. Biar abang yang masak untuk makan malam.” Bukan susah nak baca apa yang tersirat dalam ayat kaum perempun. Senyum lebar si isteri. Si isteri dah bawa keluar daging dari freezer. Godek resipi daging bulgogi tapi hampa disebabkan resipi tersebut memerlukan bijan dan juga minyaknya. Daun bawang pun tak ada. Bahan lengkap tak cukup. Tapi apakan daya, terasa nak masak juga daging bulgogi. Jadi, aku modified sedikit. Minyak bijan itu aku ganti dengan minyak sawit. Daun bawang tu buat tak tahu je. Ini resipi yang aku modified.  Bahan A:- Daging yang sudah dihiris. Ikut suka nak hiris macam mana. *Bawang merah 5 biji *Bawang putih 6 ulas *Halia 1 inci (Kisar bahan bertanda *) Sos sotong Kicap Sos tiram Minyak masak Gaul dan perap daging yang sudah dihiris dengan Bahan A. Sekurang-kurangnya 1 jam. Letak dalam peti sejuk. Daging yang diperap dan diletak di dalam pet

SUP GEARBOX WARUNG ATAS PARIT

Sup Gearbox Namanya adalah Warung Atas Parit. Terletak di Lubok Jong, dekat dengan perumahan PR1MA Lubok Jong. Masuk lorang sebelah Taman Tengku Anis. Nanti masuk terus sahaja. Ada signboard tertulis Warung Atas Parit. Kedainya memang standard kedai warung yang berada di kampung. Tak jumpa juga korang waze atau search di Google Maps Warung Atas Parit. Pasti akan jumpa sebab aku sendiri dah cuba cari di Google Maps. Kebetulan masa aku pergi tadi hujan tengah turun renyai-renyai. Hujan-hujan pekena sup gearbox dengan daging goreng. Makan dengan nasi putih panas-panas. Emphhhh... Memang rasanya menghairahkan. Daging goreng Daging gorengnya memang sedap. Lembut. Selembut kapas. Terbaik. Katanya guna daging lembu tempatan. Bukannya yang import dan frozen. Usai makan, hirup pula air kelapa muda. Nyaman dan segar rasanya. Alhamdulillah. Harga? Sup Gearbox + daging goreng + telur dadar + nasi 5 pinggan + air kelapa muda 3 + 1 nescafe o ais = RM 68.00 Tak nak makan nasi? Boleh cuba mee celup.

FOOD REVIEW : NASI KUKUS SURIANI BIASA - BIASA SAHAJA

Rasa yang biasa-biasa sahaja. Nasi Kukus Suriani yang terletak berdekatan dengan Stadium Kota Bharu. Bagi ambo, Nasi Kukus Suriani ni biasa-biasa aja. . Nasi Kukus Suriani adalah antara kedai tersohor yang berada dalam senarai wajib cuba untuk pemburu makanan. Sama ada dari luar atau dari dalam Kelantan sendiri. . Tapi tu lah. Bagi ambo biasa-biasa sahaja. Bagi orang lain, boleh cuba sendiri. Lain orang, lain lidah, lain rasa. Kalau ada dalam list wajib cuba tu, bagi ambo, boleh pertimbangkan untuk letak kedai ni dekat list yang paling bawah sekali. . Kelebihannya, kedai ini memang bersih dan mendapat Gred A dari pihak pemeriksaan kesihatan. . Ni lauk ayam goreng. Untuk lauk ambo makan; nasi putih, ikan keli dan sambal kerang dibayar dengan harga RM 9.

FOOD REVIEW : CENDOL 'ABANG CENDOL' MEMANG YANG TERBAIK!

Yummyyy.. Tengok pun dah sedap. Antara nikmat dunia. Hari panas-panas, boleh menyantap air cendol dari Abang Cendol. Tekak berasa sejuk. Lelangit rasa ngilu gitu. Santan segar yang pure, nisan cair yang pekat dan manis. Dikacau bersama cendol dan kacang. Slurppp... bila sedut, cramp otak sekejap. Tersentap segala saraf. Kejang beb! Ada duit lebih, boleh request cendol dengan isi durian. Hantu durian boleh la cuba. Tapi tengok musim durian juga la, kalau bukan musim durian, mungkin menu ni tak ada.  Cendol dengan durian. Mahal la juga kalau yang ni. Dalam RM 15 semangkuk. Kedai kat mana? Kalau kat Pasir Mas dari Rantau Panjang, kedai Abang Cendol ni berada selepas jambatan Salor. Sebelah kiri bersebelahan dengan Nasi Ulam Umi. Kalau tak jumpa, boleh google maps taip nama Restoran D'Umi Nasi Ulam. Warung dia kecil je. Bagi aku, selera tekak, dan rasa lidah aku, cendol dari Abang Cendol adalah antara cendol terbaik yang pernah aku try di sekitar Ke

COCONUT SHAKE MOKSU DI PASIR MAS, SEDAP TAK TERKATA

Air Tikrie Bagi yang berada di Pasir Mas, Kedai Warung Kurnia Ibu atau lebih popular dengan Kedai Mok Su mesti sudah tahu berapa lama kedai ini sudah bertapak. Dari warung yang sekadar boleh berdiri, kini semakin membesar dan dapat memuatkan lebih 50 orang dalam satu-satu masa. Apa yang istimewanya kedai ini adalah coconut shake-nya yang begitu sedap. Sejak dari awal berdirinya kedai Mok Su ini, menu coconut shake adalah menu utamanya. Bila sebut nak makan air coconut shake, mesti yang terlintas di kepala adalah Kedai Mok Su. RESIPI COCONUT SHAKE Aku pun tak berapa jelas, resipi apa yang diguna oleh Mok Su sehingga coconut shakenya begitu sedap dan digemari ramai. Aku cuma syak yang rahsianya adalah menggunakan aiskrim jenama Mognolia selain menggunakan betul-betul air kelapa. Bukan air masak atau air kelapa yang dicampur air. Coconut Shake Coklat MENU KEGEMARAN Setiap kali aku pergi ke Kedai Mok Su, apa yang menjadi kesukaan aku adalah Air Tikrie. Air Tikrie

FOOD REVIEW : NASI KERABU ABE YIE DEPAN PETRON SALOR, LAUK PERUT BAKAR

Perut Bakar Jalan-jalan di Kelantan dan mencari port kedai makan terbaik? Duduk berdekatan dengan Pasir Mas? Aaaa... maknanya wajib kena pergi Kedai Nasi Kerabu Abe Yie ni. Aduuu laaa. Aku pula lama betul mengidam nak makan Nasi Kerabu Kedai Abe Yie ni. Hari ni baru boleh merasa. Nasi kerabu kedai ni eksotik sikit. Istimewa dia ada lauk perut bakar dan lidah bakar. Dihidangkan pula sekali dengan kicap digaul bawang, lada dan asam limau sebagai pencicah. Aummm... masyuk betul rasanya. Sambal Kicap Lauk perut bakar ni memang sedap. Walaupun dibakar, ianya begitu juicy. Tengok pun dah kecur air liur. Bila dicicah dengan kicap, rasanya memang sedap. Secukup rasa bila diadun pula dengan nasi kerabu dengan tumis budu. Aduuu.. meleleh air liur. Peminat perut boleh cuba Kedai Abe Yie ni. Rasanya yang pejal-pejal bersama dengan aroma asap yang dibakar. Memang masuk dengan kicap sebagai pencicah. Puas hati! Padu bos! Nasi Kerabu. Sepinggan berharga RM 2

TEMPAT MAKAN SEDAP DI PASIR MAS? NASI NARKOBA KAMAL?

Nasi Narkoba Kamal, Pasir Mas Pagi-pagi lagi dah sampai Pasir Mas. Perut lapar dan ingin merasa santapan yang sedap di mulut dan kenyang di perut? Boleh singgah di Kedai Nasi Narkoba Kamal. Kedainya tak besar dan sedikit tersorok di Bandar Pasir Mas. Berdekatan dengan Pejabat Pos Pasir Mas. Menariknya kedai ini ada pelbagai jenis lauk pauk dan semestinya rasa yang sangat sedap. Kena dengan tekak. Apa yang menarik sebenarnya kat sini ada lauk otak lembu dan side dish kulat goreng tepung yang begitu rangup dimakan begitu saja. Dihidang pula di atas daun pisang. Pehhh... merecik. Kedai dibuka seawal jam 9.00 pagi lagi dan biasanya mula sesak dengan pelanggan ketika waktu lunch hour. Portion nasi memang banyak dan harganya boleh tahan ‘terik’. Tapi, bila habis makan tu seakan berbaloi rasa dan kenyang tu dengan harganya. Kos hangus untuk 3 orang makan:- 1. nasi + sayur taugeh + acar timun + otak lembu + pedal hati goreng + kulat goreng tepung + teh o pan

KAMBING PERAP MUZDALIFAH ADALAH KAMBING PERAP PALING SEDAP?

Semalam punya cerita, ada hamba Allah yang kacak dan baik hati telah menyumbang 3kg Kambing Perap Muzdalifah untuk Program BBQ Haluan Kiri. Terima kasih kepada hamba Allah tersebut. Awak terlalu baik untuk dia dan awak juga memang terlalu baik untuk kami. 3kg untuk program kali ini rasanya memang mencukupi. Ikutkan yang sebelum ni buat 5kg, tapi banyak yang lebih. Tak habis. Tapi tidak untuk kali ini. 3kg tak cukup. Gara-gara penangan Kambing Perap Muzdalifah. Sedap. Lazat. Penuh dengan rempah. “Molek bekas dia ni. Packaging nampak premium betul.” Amjes melahirkan rasa teruja bila Kambing Perap Muzdalifah dikeluarkan dari plastik. Betul, packagingnya memang nampak kemas. Bekas plastik hitam putih nampak begitu elegan. Setaraf dengan brand-brand yang berada di supermarket. Atas penutupnya ditampal dengan sticker dengan tulisan Kambing Perap Muzdalifah. Sticker berwarna merah berapi-api. Memang memainkan emosi yang rasanya meluap-luap dan tak sabar untuk mela

Muliakan Jiran

Dalam kita ghairah ditimbuni nikmat makanan yang beraneka jenis daripada Allah, jenguk-jenguklah jiran kita. Adakah jiran kita perutnya kenyang membuncit ataupun lapar sehingga kepis perutnya. Ada satu hari jiran aku bawa balik aneka durian. Ada durian musang king, tok litok, D24, kunyit, B61, 4G93 dan macam-macam jenis lagi. Durian level kayangan. Kalau ada syarikat perniagaan durian di Bursa Saham, mesti harga tengah top sekarang. Walupun berjarak 20-30 meter dengan rumah jiran, aroma durian sudah menusuk hidung hingga memenuhi ruang rumah aku. Aku tumpang syukur, rezeki jiran haritu dapat makan durian. Aku? Tak apalah.  Sekilo durian musim sekarang ni boleh tahan juga harganya. Lagi-lagi jenis durian yang bertaraf kayangan. Tapi sedih, jiran aku ni tak bertanya sepatah apa pun dekat aku.  “Oii... tak bau durian musang king ke? 10kg kawe beli ni.” “Kawe beli tok litok ni. Sedappp boss. Kunyit pun ada ni. Demo bau saja jah deh.” Apatah lagi dia nak