COCONUT SHAKE MOKSU DI PASIR MAS, SEDAP TAK TERKATA
Air Tikrie |
Bagi yang berada di Pasir Mas, Kedai Warung Kurnia Ibu atau lebih popular dengan Kedai Mok Su mesti sudah tahu berapa lama kedai ini sudah bertapak. Dari warung yang sekadar boleh berdiri, kini semakin membesar dan dapat memuatkan lebih 50 orang dalam satu-satu masa.
Apa yang istimewanya kedai ini adalah coconut shake-nya yang begitu sedap. Sejak dari awal berdirinya kedai Mok Su ini, menu coconut shake adalah menu utamanya. Bila sebut nak makan air coconut shake, mesti yang terlintas di kepala adalah Kedai Mok Su.
RESIPI COCONUT SHAKE
Aku pun tak berapa jelas, resipi apa yang diguna oleh Mok Su sehingga coconut shakenya begitu sedap dan digemari ramai. Aku cuma syak yang rahsianya adalah menggunakan aiskrim jenama Mognolia selain menggunakan betul-betul air kelapa. Bukan air masak atau air kelapa yang dicampur air.
Coconut Shake Coklat |
MENU KEGEMARAN
Setiap kali aku pergi ke Kedai Mok Su, apa yang menjadi kesukaan aku adalah Air Tikrie. Air Tikrie ini adalah semacam air coconut shake juga tetapi dia gubah beberapa bahagian saja. Ada isi kelapa muda di dalamnya dan aiskrim juga adalah aiskrim yang perisa warna warni gitu (ada ke perisa warna-warni?). Tak boleh pilih nak aiskrim perisa apa sebagaimana menu coconut shake yang biasa. Lepas tu, di atas aiskrim tu dia tabur pula kacang yang sudah diblend halus. Nampak meriah gitu.
Selain coconut shake, kedai ini juga menyediakan sajian berupa makanan panas. Ada pelbagai aneka masakan panas yang bagi aku boleh tahan sedapnya. Sesetengah kedai, kalau trademarknya coconut shake, biasanya coconut shake je yang sedap. Menu lain tu macam ke laut je rasa dia. Tapi tidak di Kedai Mok Su ini. Kalau waktu pagi, ada menu nasi lemak. Sambalnya pun sedap.
WESTERN FOOD
Tak nak makan masakan panas? Kedai ini ada juga menu western. Ada chicken chop, lamb chop dan binatang-binatang seumpamanya yang dichop. Nasi goreng lamb chop juga ada. Gabungan western dengan masakan panas. Untuk western, aku tak boleh nak komen sebab tak pernah order. Aku jenis eastern, tak berapa makan yang western. Haha.
LOKASI
Lokasi kedai ini adalah betul-betul di Bandar Pasir Mas. Nak spesifik, boleh search di dalam google maps atau guna waze. Cuma yang bestnya adalah kedudukan kedai yang berada di tepi rel kereta api. Ada rasa yang melonjak tinggi dan ada rasa kelainan bila tengah menyantap makanan tu, tiba-tiba terdengar bunyi kereta api datang. Sayup-sayup dari jauh yang kemudian semakin mendekat. Perasaan itu terlalu mahal bagi aku. Kemudian bunyi honnya pula. Tanda dia ingin berhenti di stesen di hadapannya. Pongggg... pongggg.. ponggg...
Ni ruang makan di bahagia belakang. Tak nampak rel kereta api. |
KESIMPULAN
Kesimpulannya, coconut shake Mok Su ini memang sedap. Minum sekali, memang tak puas. Terasa ingin repeat. Hari-hari pun tak apa sebab harganya untuk segelas cuma RM 3. Murah la juga berbanding dengan zaman kapitalis sekarang. Nak elak sesak dan ramai orang, jangan datang lepas waktu sekolah atau waktu lunch hour. Tu masa kemuncak.
Kalau musim sekolah, kedai ini penuh dengan budak-budak yang berseragam dengan seragam sekolah. Duduk lepak, ada yang bermadu asrama dengan bermodalkan RM 3 untuk segelas air coconut shake. Jadi, korang yang datang Kelantan, kedai ini adalah kedai wajib untuk korang datang dan cuba air coconut shakenya.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.