FOOD REVIEW : CENDOL 'ABANG CENDOL' MEMANG YANG TERBAIK!

Yummyyy.. Tengok pun dah sedap.

Antara nikmat dunia. Hari panas-panas, boleh menyantap air cendol dari Abang Cendol. Tekak berasa sejuk. Lelangit rasa ngilu gitu.


Santan segar yang pure, nisan cair yang pekat dan manis. Dikacau bersama cendol dan kacang. Slurppp... bila sedut, cramp otak sekejap. Tersentap segala saraf. Kejang beb!


Ada duit lebih, boleh request cendol dengan isi durian. Hantu durian boleh la cuba. Tapi tengok musim durian juga la, kalau bukan musim durian, mungkin menu ni tak ada. 

Cendol dengan durian. Mahal la juga kalau yang ni. Dalam RM 15 semangkuk.


Kedai kat mana? Kalau kat Pasir Mas dari Rantau Panjang, kedai Abang Cendol ni berada selepas jambatan Salor. Sebelah kiri bersebelahan dengan Nasi Ulam Umi. Kalau tak jumpa, boleh google maps taip nama Restoran D'Umi Nasi Ulam. Warung dia kecil je.

Bagi aku, selera tekak, dan rasa lidah aku, cendol dari Abang Cendol adalah antara cendol terbaik yang pernah aku try di sekitar Kelantan. Di Kelantan sendiri, Abang Cendol ni ada beberapa buah cawangan tapi yang aku pernah try cuma cawangannya yang di Pasir Mas. Cendol terbaik di Kelantan dan juga cendol terbaik di Pasir Mas!

Siap ada pulut lagi tu. Tak terliur ke?
Harga yang berpatutan. Rasa yang segar dan sedap. Sesuai untuk dinikmati ketika panas-panas. Bagi sesiapa yang berkunjung ke Kelantan, Abang Cendol boleh dimasukkan di dalam senarai makanan yang wajib korang cuba. Bagi yang sudah berada di Kelantan, apa lagi, cepat-cepat la pergi try cendol Abang Cendol.

Comments

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK