IDOLA ANDRES INIESTA
Kawan ambo yang dulu periang kini nampak suram. Dia kerja di Hulu Terengganu dan tiap-tiap minggu balik ke Kelantan. Jarang nampak dia muram begini.
.
.
Semalam semasa duduk di kedai kaklong, ambo cuba siasat apa punca dia jadi muram dan suram.
.
.
Aku tanya dia, “Wei laaa… kawe tengok nampak parah benar demo sekarang ni? Emosi koyak. Ada masalah ke?”
.
.
Dia tak tengok pun mata aku. Mata dia asyik tengok kaklong yang jaga kaunter jauh di sana. Hairan betul.
.
.
“Wei, jawab la.” Aku serius..
.
.
Kali ni dia berpaling sambil tersenyum. Senyum sebab boleh tengok kaklong agaknya.
.
.
“Ya, betul tu. Ada masalah besar sekarang ni. Kawe tengah dilema dan kena buat pilihan yang terbaik.”
.
.
“Dilema nah. Dilema macam mana tu?” Aku tanya lagi.
.
.
“Macam ni, sebelum ni kawe main posisi tengah. Midfielder. Sekarang team kawe kekurangan pemain defend. Jadi, mereka nak kawe main defender.”
.
.
“Habis tu? Apa masalahnya? Demo kan bisa main defend. Tak boleh bola, demo rembat kaki kan?” Aku terjujur.
.
.
“Kawe dilema la. Sanggup ke team kawe kehilangan pemain tengah yang power, main macam Iniesta? Mereka tak tahu ke hantaran kawe tepat sampai di kaki team mate?
Lorongan yang berbahaya kepada penyerang. Control ball yang memeningkan lawan, pantas menggelecek, lepas tu rembat bola pula padu. Sedih betul kawe dengan mereka. Tidak menghargai.” Panjang dia luah.
.
.
“Kawe rasa ada part yang patut dan ada part yang tak patut.” Ambo cuba beri pandangan.
.
.
“Apa part yang patut?” Dia bertanya.
.
.
“Part yang patut tu, memang patut team letak demo kat posisi defend. Sebab kawe kenal demo ni memang pemain defend terbaik SK. Kubang Kiat. Pakar rembat kaki lawan. Tak mudah jatuh, kebal macam kereta kebal.”
.
.
Kembang semacam hidung dia. “Habis tu apa part yang tak patut?”
.
.
“Part yang tak patut tu, memang sangat tak patut demo anggap diri demo midfileder hebat macam Iniesta. Kawe tahu demo beli kasut Asics Iniesta harga RM 700 new in box, tapi itu tak menjadikan demo seperti Andres Iniesta. Demo kena terima hakikat. Jangan syok sendiri.”
.
.
“Aii demo... Setakat ni, demo jah berani kabo gitu.”
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.