PERLU KE DENGKI DENGAN ORANG NAIK MERCEDES AMG?



Kawan aku bernama Amin aka Unjai

Kawan aku ado luah rasa terbuku di hatinya. Masa tu sesi menakir di sebuah kedai makan.

“Kawe sebenarnya ada mari rasa dengki juga tengok orang-orang lain berjaya ni. Tengok orang ni buka restoran, buka kelas mengaji, jual ABC, trade saham, jadi kontraktor, jual emas, jual kambing perap, jual goreng pisang. Lepastu boleh naik motor besar, beli kereta BMW baru, naik Mercedes AMG, beli banglo tiga tingkat..”

Aku cuma mengangguk. Aku pun bagitahu.

“Tu semua nikmat Allah kepada dia. Rezeki Allah kepada dia. Bukankah rezeki Allah tu tidak salah alamat?”

Tapi itu semua kata-kata dalam hati aku sahaja. Sebenarnya aku tak berani nak bangkang apa yang dia kata. Orang Kelate panggil “letey (lintang) angin”. Lagipun dia ni jenis panas baran. Aku layan je.

Dia pun sambung.

“Tapi kawe yakin, semua tu qada’ dan qadar Allah. Kawe pun syukur boleh naik Proton X50 baru. Warna merah pula tu.”

Aku cuma angguk-angguk sambil tengok notification handphone aku.

Katanya lagi, “Kita ni kalau nak ukur nikmat dunia, kena tengok orang bawah dari kita. Kawe boleh rasa syukur sampai tahap ni sebab kawe sokmo duk tengok demo.”

Aii dia ni. Dah la jenis panas baran. Mujur tahap sabar aku tinggi.

“Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurniaanNya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.” Ad-Dhuha : 5

Comments

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK