Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pendidik

TEAM BUILDING SMANF 2023

Tubuh masih lagi rasa sengal-sengal disebabkan aktiviti pada pagi dan petang tadi. Malam ini diteruskan lagi dengan aktiviti yang diselia sendiri oleh pengetua. Program Team Building yang sangat lama dirancang dan merupakan hasrat pengetua, tetapi dekat hujung tahun 2023 baru dapat dilaksanakan. “Selama saya mengajar dekat sini, tak pernah lagi ada team building. Kalau dapat buat, memang terbaik la.” Kata Wardi pada aku suatu ketika dahulu. Wardi yang merupakan anak jati Kg. Kelimat tempat dimana sekolah ini bertapak sudah berkhidmat selama 15 tahun. Tengok muka pun sudah tahu; dia seorang otai lagi berbisa. Malam itu, aktiviti pengetua cuma santai sahaja. Seorang diberi sehelai kertas. Tiap seorang kena tulis namanya sendiri. Kemudian kertas itu akan diberi secara rawak pada guru. Guru yang mendapat kertas tersebut dikehendaki menulis apa sikap positif pemilik kertas dan sifat negatif yang perlu diubah. Selesai tulis, kertas beredar kepada guru lain yang berada di sebelah. Bila kertas

KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

Perlawanan final Kejohanan Futsal Sekolah-sekolah Menengah Agama Peringkat Kebangsaan sudah 5 minit berlalu. Para VIP dan tetamu jemputan sedang asyik melihat perlawanan antara SMKA Arau B melawan SMKA Syeikh Abdullah Fahim. Satu sekolah dari Perlis, satu sekolah lagi dari Pulau Pinang. Perak yang menganjurkan kejohanan, namun sayang tidak ada rezeki untuk mara ke peringkat akhir. Di gelanggang sebelah, kelihatan AJK Persiapan Tempat sedang sibuk menyusun pentas untuk majlis perasmian penutup. Mereka cuma ada lebih kurang 20 minit. Kalut! Semua nampak sibuk. Amin sibuk dengan speaker dan mikrofon. Ditarik wayar extension mencari plug terdekat bagi menghidupkan speaker. “Tarik… tarik… tarik belakang lagi wayar tu.” Arah Amin kepada Zahrul. Peluh yang kelihatan merecik di dahinya tidak dihiraukan. “Angkat meja mari sini. Hampar kain. Lepas tu susun hadiah atas ni.” Cikgu Ili yang bahagian hadiah tak kurang sibuknya. Memberi arahan kepada pelajar untuk membantunya. Tugasnya adalah menyusu

PERGINYA SAHABAT, HANZALAH

Hanzalah di tengah memakai baju belang Ψ₯Ω†Ψ§ Ω„Ω„Ω‡ وΨ₯Ω†Ψ§ Ψ₯Ω„ΩŠΩ‡ Ψ±Ψ§Ψ¬ΨΉΩˆΩ† Telah perginya sahabat kami, Ustaz Hanzalah dari dunia yang fana ini pada malam tadi. Ajalnya telah tiba. Takdir Allah. Tidak lewat seminit, tidak awal seminit. Awalnya, Ustaz Hanzalah dimasukkan ke hospital kerana kemalangan pada awal pagi ketika dalam perjalanan ke sekolah. Ketika itu, keadaannya tidak sedarkan diri. Doktor pula mengkhabarkan ada sedikit pendarahan dalam kepala. Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Seorang sahabat yang baik. Tidak pernah merungut jika diberikan kerja. Jarang menolak jika meminta pertolongan. Tuturnya tidak banyak dan bicaranya juga sopan dan tertib. Pernah dulu jika perlu mencari pengganti kelas al-Quran malam, Hanzalah adalah tempat untuk meminta pertolongan. “Lah, ganti kelas kawe malam ni boleh ke?” “Boleh. Beres!” Tanpa banyak tanya, tanpa banyak kerenah, terus saja dia menerima. “Lah, AJK Persiapan Tempat, boleh ke?” “Boleh.” Elok saja dia membereskan tempat untuk suatu program yan

COACH SOFBOL

Atas kertas, tertera nama Jamil sebagai jurulatih sofbol. “Zahrul, tak apa ke letak aku sebagai jurulatih sofbol ni?” “Tak apa. Aku nampak hang ada bakat nak jadi jurulatih sofbol.” Jawab Zahrul, seorang otai sofbol Kuala Kangsar. Atas kertas, namanya sebagai ketua jurulatih. “Hang tak payah risau, kita nombor 2 dalam tangan.” Ujar Zahrul untuk menyedapkan hati. “Okay, kalau macam tu, aku pastikan kita dapat johan. Bawa balik medal emas!”

PERATURAN BAHARU UNTUK KEJOHANAN SMAN?

Usai sudah taklimat untuk sukan sekolah agama bagi peringkat negeri Perak. Nama lain yang mudah disebut adalah SMAN. “Tengok peraturan pemakaian. Untuk tahun ini, kita tidak benarkan peserta memakai seluar pendek dan tight dalam acara bola sepak. Bukan bola sepak sahaja, termasuk semua acara sukan yang dipertandingkan dalam SMAN.” Terang penyelaras teknikal seraya pengurus pasukan melihat kertas peraturan yang terdapat di tangan masing-masing. “Yang dibenarkan cuma seluar track atau seluar tiga suku sahaja. Mana-mana yang tidak setuju, kami tak akan benarkan pasukan tersebut menyertainya.” Dia menyambung. “Tapi, kalau ikut JAKIM, dia benarkan pemain memakai seluar pendek dan tight di peringkat kebangsaan.” Seorang cikgu yang sudah agak berumur mengajukan ketidakpuasan hatinya. Baginya, mungkin susah untuk seorang pemain bola sepak memakai seluar track atau seluar tiga suku ketika beraksi di atas padang. “Ya, saya faham. Tetapi, keputusan ini adalah keputusan mesyuarat di peringkat JAIP

BENGKEL TAHSIN AL-FATIHAH OLEH PPD KUK

  Suasana dalam dewan Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar Pengalaman baharu. Tidak semua yang dapat. Hanya yang dipilih sahaja. Bila dipilih, ia akan menjadi terpilih. "Mil, mesyuarat G9 memutuskan untuk demo pergi ke Bengkel Tahsin al-Fatihah hari Rabu ni." Ustaz Mizwan selaku PK Ko di sekolah memaklumkan kepada aku. "Boleh Ustaz Wan. Dekat mana tu?" Dengar sahaja mesyuarat memutuskan, aku tak fikir panjang nak bagi jawapan. Terima sahaja. Adat bekerja dengan majikan. Nak bantah, nak komen, boleh komen sendiri dalam hati.  "Dekat Masjid Ridzwaniah. Pukul 8 pagi hingga 2 petang." Jawab Ustaz Mizwan. Masjid Ridzwaniah terletak dalam daerah Kuala Kangsar. Bersebelahan dengan Kolej Melayu Kuala Kangsar atau dikenali dengan MCKK. Awal pagi lagi aku sampai di masjid ini dengan jentera Honda. Panel pula adalah Ustaz Samad dan juga Ustaz Quddus. Yang Ustaz Quddus cuma menyampaikan teori hukum tajwid. Bahagian klimaks dia adalah penyampaian oleh Ustaz Samad.  Suara d

SINGKAT! BAJU KORPORAT 2023

Singkat ke? Macam tak je. “Kawe tak puas hati! Baju kawe singkat! Nak butang pun ketat! Sangkut.” Rintih Amin sambil memegang baju korporat di tangan kanannya. Baju korporat yang diukur sebulan sebelum cuti baru-baru ini sudah siap dijahit. Warnanya lembut dan cantik. Wajib untuk semua guru dan staf. Wajib ambil dan wajib juga bayar. “Sangkut dekat mana Min?” Tanya aku. “Aii… demo… buat-buat tanya. Ni… sangkut sini la.” Jawab Amin sambil tapak tangannya mengusap-usap perut. Sambil usap perut, sambil bibirnya tersenyum bangga. Nak kata boroi, tak boroi. Nampak sado ada lah. Berat Amin 83kg, lebih 3kg dari berat aku. “Betul dah tu Min. Masa demo ukur hari tu, perut demo tak maju ke depan lagi. Dalam masa sebulan lebih ni, perut demo membusung tanpa sedar. Tu jadi tak muat tu.” Jawapan aku seolah-olah berpihak kepada tukang jahit. Seperti bukan salah tukang jahit yang menyebabkan baju Amin singkat. “Masalahnya… bukan kawe sorang. Demo tengok Zikri. Tak muat juga! Sangkut! Lagi terut dari

UJIAN KEMASUKAN SABK : DILEMA

Khairum sedang menemuduga calon “Mil, nak bagi lepas macam mana ni budak?” Tanya Amin usai sahaja Ujian Kemasukan Tingkatan Satu untuk SABK. Amin salah seorang antara guru yang dilantik sebagai panel temuduga peringkat sekolah. “Sebab apa min? Budak tak jawab ke?” Tanya aku kehairanan. “Tak boleh baca Quran langsung ni!” Jawab Amin tegas. Tangannya yang terletak atas meja digenggam erat. Geram. Boleh membaca al-Quran adalah salah satu elemen yang diguna pakai dalam menilai kelayakan untuk masuk ke SABK. Kenapa? Sebab kurikulum yang dipakai di sekolah aliran SABK adalah kurikulum dini dan kurikulum dini subjek utamanya adalah subjek agama dan bahasa arab. “Parah tu. Kalau demo tak bagi lepas, budak ni mesti akan pergi sekolah harian biasa Min.” Memang itu sahaja pilihan yang ada sekiranya ingin bersekolah di sekolah kerajaan. “Emmm… ikut gaya, macam tu lah.” Suara Amin seakan pasrah. Matanya jauh merenung ke hadapan. Banyak benda yang difikir olehnya. “Nanti sampai bila-bila la dia tak

AMBIL ALIH SUBJEK SYARIAH TINGKATAN 5

Lawatan PPD ke kelas tingkatan 5 "Eh, aku bagitahu hang awal ni. Hang kena ajar Syariah tingkatan 5, cover Uzair.” Ujar Zahrul kepada aku. Uzair yang mendapat 26 hari mc adalah seorang ustaz yang mengajar subjek al-Syariah tingkatan 5 di sekolah. Dan, SPM sudah tidak lama lagi untuk pelajar menempuhinya. “Hang la ni. Uzair dah bagitahu dia tak boleh datang kelas tambahan malam, hang cakap dia kena datang juga. Dia stress la tu, terus jatuh dekat tandas tadi.” Aku bergurau dengan Zahrul. Uzair pada tengah hari sebelum berakhirnya sesi persekolahan, telah jatuh dan nampak dari raut wajahnya seakan perit menahan kesakitan. Nasib baik ketika dia jatuh tu ada orang yang berdekatan dengannya dan dapat memapah dia masuk ke dalam kereta. “Tu la… aduh. Aku pun rasa bersalah dengan dia. Aku keras sangat dengan dia tadi. Aku cakap dekat dia, hang pandai-pandai la cari pengganti kalau tak boleh nak datang kelas malam. Tengok-tengok tengah hari tadi dia jatuh dan esoknya dapat MC. 26 hari pula

ABANG BOMBA

Perasan segak dengan uniform bomba! Tidak pernah terfikir dan juga terlintas dalam fikiran yang aku akan menyarung uniform lengkap seorang bomba. Dulu, pernah ada cita-cita untuk menjadi askar. Pakai celoreng, masuk hutan, mengendap dan menyorok dari musuh, kemudian bertempur dengan pistol dan juga senapang. Tapi itu ketika masih lagi zaman kanak-kanak yang terpengaruh dengan cerita Arnold Schwarzenneger dalam movie setiap Rabu pada pukul 10.00 malam. Kemudian, cita-cita itu lebur bersama masa yang bergerak tanpa henti yang seiring dengan fikiran turut menjadi matang. Terpengaruh juga dengan kata-kata kawan yang jadi askar boleh cepat mati. Askar akan berada di barisan yang paling hadapan bila mana berperang. Bila di barisan hadapan, bila kena tembak, yang depan akan tumbang terlebih dahulu. Darah membuak merata-rata, ambulans tidak dapat nak menolong, akhirnya rebah menjadi mayat. "Mu nak mati awal ke jadi askar?" soalan ini pernah dilontarkan kepada aku. Ahh... sudah. Tukar

PERATURAN SEKOLAH LAGI ZALIM DARI YAHUDI

“Mil, kita kalau jadi guru ni, kena banyak sabar.” Sahabat ambo nama Hafizi melontar kata nasihat. . “Ji ada pengalaman ko?” . “Ada juga walaupun tak banyak. Kita nak didik anak dia, tapi ibu bapa pula semacam tak menyokong usaha kita. Bahkan siap dipersalahkan lagi,” intonasi suaranya seakan mengandungi rasa kecewa. . “Cuba Ji cerita pengalaman Ji.” . “Ceritanya begini Mil. Pada suatu hari, datang seorang bapa kepada pelajar di sekolah.” . Hafizi memulakan cerita. . “Ustaz, ambo mari ni nak bincang pasal telefon anak ambo yang dirampas oleh pihak sekolah. Boleh ke kalau ambo nak tebus balik?” Seorang bapa dalam umur 40-an bertanya kepada Hafizi yang merupakan ketua unit HEM di sebuah sekolah. . Keduanya duduk di atas sofa di dalam bilik tamu sekolah. Saling mengadap antara satu sama lain. Di tengah-tengah mereka ada sebuah meja kayu beralaskan cermin jernih. . “Minta maaf banyak Encik. Memang kita tak boleh bagi tebus. Saya ikut polisi sekolah. Barang larangan yang dirampas oleh pihak

KRONOLOGI PKPD DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah dikenakan perintah PKPD bermula 23 April sehingga 6 Mei. Nampaknya MTAQA turut mengikuti jejak sekolah tahfiz yang lain. Mula-mula sekali sekolah SMU Bunut Sarang Burung, kemudian Kolej Tahfiz Sains Kok Lanas, kemudian MTAQ Pulai Chondong dan akhirnya MTAQA Banggol Chicha. Ada orang kata ini adalah agenda freemason untuk menghapuskan pelajar-pelajar tahfiz di bumi Kelantan. Betul ke? Kalau betul, bermakna agenda mereka masih lagi tidak berjaya kerana virus ini lebih merbahaya kepada pesakit yang mempunyai antibodi yang lemah dan juga yang mempunyai penyakit kritikal. Tapi, pelajar ini antibodi dia masih berada di fasa sedang membina. Mungkin ada yang sudah matang, jadi tak semudah itu virus ini untuk menyerang dan meruntuhkan sistem antibodi pelajar tahfiz. Lagipun, setiap hari sel-sel badan pelajar tahfiz dijamu dengan zikir dan alunan ayat-ayat al-Quran. Ayat kebal, ayat pengasih, ayat pelindung semua dibacanya dan didengarkan kepada sel-sel badan, ne

TAKTIK BALIK ASRAMA SECARA HALAL : GOSOK DAHI SAMPAI PANAS

Gambar hiasan semata-mata Hari Sabtu lepas ketika kelas tambahan pagi, aku ditugaskan di kelas tingkatan 1 Warsy. Pelajar tingkatan 1 baru saja datang dan sudah hampir seminggu berada di sekolah dan juga asrama. Aku tengok ramai yang nampak gembira dan ada juga yang berwajah sayu. Mungkin teringatkan mak ayah di rumah. Ataupun teringat handphone yang ditinggalkan oleh mereka. Habis segala game tidak dikemaskini. Itulah cabarannya. Cabaran semasa zaman kita di bangku tingkatan 1 dengan zaman pelajar tingkatan 1 di tahun 2021. Ada halangan. Ada cabaran biarpun bentuknya berbeza-beza. Emosi yang kental saja dapat mengharunginya. Kelas hampir tamat dalam 15 minit lagi. Aku mencapai buku kedatangan dan mula memanggil nama setiap pelajar yang tertera di dalam buku tersebut. Tiap kali aku menyebut nama pelajar, aku akan perhatikan wajah pelajar tersebut. Bukan untuk membaca air muka mereka sama ada mereka ini sedang teringatkan mak ayah di rumah atau teringatkan Mobile Legend mahupun PUBG yan

PERSEKOLAHAN PERTAMA SESI 2021

Hari ini, persekolahan sesi 2021 bermula biarpun seluruh negara kecuali Sarawak menjalani PKP. Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, cuma pelajar tingkatan 5 dan 4 sesi 2020 yang diwajibkan hadir. Tingkatan 4 meneruskan peperiksaan percubaan SMTQ yang tertangguh. Ada beberapa kertas lagi yang belum diselesaikan. Menunggu peperiksaan sebenar yang bermula pada 26 Januari nanti. Bermula dengan mata pelajaran al-Quran. Harapnya bersedia semua. Manakala tingkatan 5 meneruskan pengajian bersemuka bersama para guru. Persediaan menghadapi SPM tidak lama lagi. Mudir baru, Ustaz Othman Bin Lah menghantar pesanan, meminta semua pelajar menjaga SOP untuk mengelakkan dijangkiti COVID-19. Mana-mana yang dijangkiti semasa peperiksaan, bermakna tiada lagi peperiksaan buatnya. Mereka perlu ulang tahun, dua kali di tingkatan lima. Tambah beliau lagi, para guru lebih-lebih lagi kena jaga SOP. Tunjuk contoh yang baik kepada pelajar. Baiklah tuan mudir. Kantin huru-hara hari ini. Tender baru, Zara Ikhtiar Ente