Skip to main content

PERATURAN BAHARU UNTUK KEJOHANAN SMAN?



Usai sudah taklimat untuk sukan sekolah agama bagi peringkat negeri Perak. Nama lain yang mudah disebut adalah SMAN.
“Tengok peraturan pemakaian. Untuk tahun ini, kita tidak benarkan peserta memakai seluar pendek dan tight dalam acara bola sepak. Bukan bola sepak sahaja, termasuk semua acara sukan yang dipertandingkan dalam SMAN.” Terang penyelaras teknikal seraya pengurus pasukan melihat kertas peraturan yang terdapat di tangan masing-masing.
“Yang dibenarkan cuma seluar track atau seluar tiga suku sahaja. Mana-mana yang tidak setuju, kami tak akan benarkan pasukan tersebut menyertainya.” Dia menyambung.
“Tapi, kalau ikut JAKIM, dia benarkan pemain memakai seluar pendek dan tight di peringkat kebangsaan.” Seorang cikgu yang sudah agak berumur mengajukan ketidakpuasan hatinya.
Baginya, mungkin susah untuk seorang pemain bola sepak memakai seluar track atau seluar tiga suku ketika beraksi di atas padang.
“Ya, saya faham. Tetapi, keputusan ini adalah keputusan mesyuarat di peringkat JAIPk. Kita terpaksa akur dengan apa yang telah diputuskan.” Jelas penyelaras teknikal. Begitulah jadi kuli, apa yang diperintahkan, kena akur. Jangan banyak soal. Begitu ke?
Ada kelainan sikit untuk tahun ini bila Jabatan Agama Islam Perak menetapkan peraturan untuk tidak membenarkan pemain memakai seluar pendek dengan tight dalam setiap acara sukan yang dipertandingkan.
Bola tampar, badminton, sepak takraw, semua pemain tidak dibenarkan memakai seluar pendek dengan tight. Alasannya, pemakaian seluar tight akan menyebabkan bentuk-bentuk anggota badan dari pinggang ke bawah akan terbentuk. Sekali sekala bentuk tadi boleh jadi suatu pandangan yang menjolok mata.
Hampir sejam, taklimat pun selesai.
“Jom, pekena mi udang Tanjung Tualang?” Ajak Ustaz Mizwan, PK Ko di sekolah. Biasanya PK Ko ni dia tak ajak melainkan dia nak belanja. Kalau dia belanja, semestinya bukan makanan biasa-biasa.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.