Tubuh masih lagi rasa sengal-sengal disebabkan aktiviti pada pagi dan petang tadi. Malam ini diteruskan lagi dengan aktiviti yang diselia sendiri oleh pengetua.
Program Team Building yang sangat lama dirancang dan merupakan hasrat pengetua, tetapi dekat hujung tahun 2023 baru dapat dilaksanakan.
“Selama saya mengajar dekat sini, tak pernah lagi ada team building. Kalau dapat buat, memang terbaik la.” Kata Wardi pada aku suatu ketika dahulu.
Wardi yang merupakan anak jati Kg. Kelimat tempat dimana sekolah ini bertapak sudah berkhidmat selama 15 tahun. Tengok muka pun sudah tahu; dia seorang otai lagi berbisa.
Malam itu, aktiviti pengetua cuma santai sahaja. Seorang diberi sehelai kertas. Tiap seorang kena tulis namanya sendiri. Kemudian kertas itu akan diberi secara rawak pada guru.
Guru yang mendapat kertas tersebut dikehendaki menulis apa sikap positif pemilik kertas dan sifat negatif yang perlu diubah. Selesai tulis, kertas beredar kepada guru lain yang berada di sebelah.
Bila kertas pulang ke tangan masing-masing, ramai yang tersenyum. Agaknya banyak sifat positif yang diri sendiri tak tahu, tapi sebenarnya sangat dihargai oleh orang sekeliling.
“Mil, ni komen kawe untuk demo.” Kata Amin sambil jarinya menunjuk ke arah kertas. Tertulis di kertas itu,
‘Kurangkan tackle janda!’
“Min, silap orang tu. Bukan kawe suka tackle janda. Yang suka tackle janda tu… Zikri!!” Serentak aku dengan Amin tergelak. Terbayang muka Zikri yang suka membantu orang terutamanya janda-janda yang punya anak yang ramai.
Satu sikap yang terpuji. Boleh dipuji.
bagus zikri..bukan apa .kadang tu janda ni ada yang balu yang takda temoat bergantung susah nak teruskan kehidupan nak bangun semula dengan anak anak. kadang ada juga yang cerai hidup tapi masih terumbang ambik. ramai yang susah sebenarnya
ReplyDelete