Skip to main content

MANTERA SUPAYA MAKANAN DIMASAK TAK HABIS-HABIS

“Daging kerbau ni tak macam daging lembu. Dia tak kecut. Kalau masuk dalam kawah banyak ni, nanti dah masak tetap banyak ni juga.” Kata Pak Cik Naim sambil meletakkan sebatang sigaret di antara kedua bibirnya.
Bekwah kali ini mengorbankan seekor kerbau dan 2 ekor kambing. Bekwah kesyukuran sempena menyambut kehadiran menantu baharu. Menantu dari anak paling bongsu.
Pak Cik Naim menyalakan sigaretnya. Asap berkepul-kepul keluar dari kedua rongga hidung.
“Basuh daging cepat-cepat dan masukkan dalam kawah. Daging kerbau ni dia lambat nak lembut. Lambat empuk. Cepat! Cepat!” Arah Pak Cik Naim selaku ketua chef bahagian gulai.
Kami yang berada di situ bergegas ke arah paip air dan daging yang sudah dilonggokkan di dalam raga. Kena bertindak mengikut arahan Pak Cik Naim. Tak boleh buat silap walaupun sekecil-kecil silap.
Daging yang sudah siap dibasuh, dimasukkan ke dalam kawah. Ada 3 kawah semuanya. Api dinyalakan. Kalau dulu, orang masak guna kayu sebagai bahan api. Tapi zaman sekarang, semuanya serba-serbi mudah. Ada duit semua jalan. Pakai guna gas.
“Nak masuk daging tu baca ayat ni, ‘Allah kata genap, Nabi Muhammad kata cukup, Jibril kata limpah’.”
“Ayat apa ni Pak Cik Naim?” Aku bertanya.
“Ayat ni kalau dibaca, Insya-Allah makanan yang kita masak cukup untuk semua tetamu yang datang hari ini. Aku selalu masak pakai ayat ni. Bila orang cebok gulai, tak habis-habis!” Ujar Pak Cik Naim.
Bila duduk bersama dengan orang-orang tua, boleh dengar banyak cerita dan pengalaman mereka. Cerita yang kadang-kadang macam betul, kadang-kadang baru direka.



Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.