Skip to main content

PERATURAN SEKOLAH LAGI ZALIM DARI YAHUDI



“Mil, kita kalau jadi guru ni, kena banyak sabar.” Sahabat ambo nama Hafizi melontar kata nasihat.
.
“Ji ada pengalaman ko?”
.
“Ada juga walaupun tak banyak. Kita nak didik anak dia, tapi ibu bapa pula semacam tak menyokong usaha kita. Bahkan siap dipersalahkan lagi,” intonasi suaranya seakan mengandungi rasa kecewa.
.
“Cuba Ji cerita pengalaman Ji.”
.
“Ceritanya begini Mil. Pada suatu hari, datang seorang bapa kepada pelajar di sekolah.”
.
Hafizi memulakan cerita.
.
“Ustaz, ambo mari ni nak bincang pasal telefon anak ambo yang dirampas oleh pihak sekolah. Boleh ke kalau ambo nak tebus balik?” Seorang bapa dalam umur 40-an bertanya kepada Hafizi yang merupakan ketua unit HEM di sebuah sekolah.
.
Keduanya duduk di atas sofa di dalam bilik tamu sekolah. Saling mengadap antara satu sama lain. Di tengah-tengah mereka ada sebuah meja kayu beralaskan cermin jernih.
.
“Minta maaf banyak Encik. Memang kita tak boleh bagi tebus. Saya ikut polisi sekolah. Barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah, tidak akan dikembalikan semula kepada pelajar.” Lembut tapi tegas jawapannya.
.
Sudah berzaman sekolah tempat sahabat ambo berkhidmat mengguna pakai peraturan ini. Jika bawa barang larangan, kena berani untuk terima hukumannya; iaitu tidak boleh dipulangkan buat selamanya.
.
“Tapi saya bukan pelajar. Saya ayah dia.”
.
“Tapi dia tu pelajar dekat sini encik. Jadi encik tu ayah kepada pelajar. Sama!” Jawapan bapa pelajar tadi mengundang rasa geram dalam hati. Namun, masih lagi dapat dikawal oleh Hafizi.
.
“Telefon mahal tu ustaz. Model baru Iphone. 512 GB pula.”
.
“Saya minta maaf sekali lagi. Memang kami tidak boleh pulangkan. Lagipun semasa hari pendaftaran, ketua warden dah bagi taklimat tentang barang larangan. Tidak kira nilainya sejuta pun, jika itu sudah barang larangan, kami tidak akan pulangkan semula jika dirampas.” Sudah berkali Hafizi memberi kata maaf walaupun bukan salahnya.
.
Bapa pelajar tadi terkedu. Kepalanya tunduk ke bawah, merenung lantai.
.
“Bagi la pengecualian kepada saya seorang saja ustaz.” Kali ini dia cuba merayu. Memohon simpati.
.
“Maaf banyak-banyak. Jika saya bagi pengecualian kepada Encik, bagaimana dengan ibu bapa yang sebelum ni datang untuk menebus barangan anak-anak mereka? Apa kata pelajar lain? Saya kena bersikap adil, Encik.”
.
Pantas bapa pelajar tadi bangun dan merenung ke arah Hafizi seraya berkata, “Peraturan sekolah ni lagi zalim dari Yahudi!!”
.
Kemudian, dia bergegas keluar dengan mendengus kecewa. Mungkin bercampur dengan marah.
.
Selamat Hari Guru buat semua guru dan para pendidik.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.