Skip to main content

Posts

COCONUT SHAKE MOKSU DI PASIR MAS, SEDAP TAK TERKATA

Air Tikrie Bagi yang berada di Pasir Mas, Kedai Warung Kurnia Ibu atau lebih popular dengan Kedai Mok Su mesti sudah tahu berapa lama kedai ini sudah bertapak. Dari warung yang sekadar boleh berdiri, kini semakin membesar dan dapat memuatkan lebih 50 orang dalam satu-satu masa. Apa yang istimewanya kedai ini adalah coconut shake-nya yang begitu sedap. Sejak dari awal berdirinya kedai Mok Su ini, menu coconut shake adalah menu utamanya. Bila sebut nak makan air coconut shake, mesti yang terlintas di kepala adalah Kedai Mok Su. RESIPI COCONUT SHAKE Aku pun tak berapa jelas, resipi apa yang diguna oleh Mok Su sehingga coconut shakenya begitu sedap dan digemari ramai. Aku cuma syak yang rahsianya adalah menggunakan aiskrim jenama Mognolia selain menggunakan betul-betul air kelapa. Bukan air masak atau air kelapa yang dicampur air. Coconut Shake Coklat MENU KEGEMARAN Setiap kali aku pergi ke Kedai Mok Su, apa yang menjadi kesukaan aku adalah Air Tikrie. Air Tikrie

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, NORMAL BAHARU UNTUK PELAJAR SEKOLAH

Selepas hampir 100 hari PKP dan sekarang ini adalah PKPP, sekolah sudah dibuka untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Peperiksaan SPM, STAM dan STPM antara yang utamanya. Walaupun sekolah dibuka, ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan diambil berat oleh pihak sekolah yang mana ianya dipanggil dengan SOP (Standard Operation Procedure) pasca COVID-19. Laluan Pergi dan Balik Pelajar Sekolah aku juga sudah dibuka seperti biasa. Sesi persekolahan bermula 24 Jun, tapi disebabkan sekolah ini adalah sebuah sekolah berasrama penuh, maka pelajar datang pada petang 23 Jun lagi. Bermakna pelajar akan bermalam di asrama pada malam itu. Normal baharu sudah aku siapkan sebelum itu, iaitu dengan membahagikan pelajar kepada 8 orang sebilik dengan penjarakan satu meter antara katil dengan katil yang lain. Hari pertama persekolahan selepas PKP. YIK dah datang melawat. Kebiasaannya, setiap bilik memuatkan 20 orang pelajar. Had muatan yang paling maksima dalam bilik

FOOD REVIEW : NASI KERABU ABE YIE DEPAN PETRON SALOR, LAUK PERUT BAKAR

Perut Bakar Jalan-jalan di Kelantan dan mencari port kedai makan terbaik? Duduk berdekatan dengan Pasir Mas? Aaaa... maknanya wajib kena pergi Kedai Nasi Kerabu Abe Yie ni. Aduuu laaa. Aku pula lama betul mengidam nak makan Nasi Kerabu Kedai Abe Yie ni. Hari ni baru boleh merasa. Nasi kerabu kedai ni eksotik sikit. Istimewa dia ada lauk perut bakar dan lidah bakar. Dihidangkan pula sekali dengan kicap digaul bawang, lada dan asam limau sebagai pencicah. Aummm... masyuk betul rasanya. Sambal Kicap Lauk perut bakar ni memang sedap. Walaupun dibakar, ianya begitu juicy. Tengok pun dah kecur air liur. Bila dicicah dengan kicap, rasanya memang sedap. Secukup rasa bila diadun pula dengan nasi kerabu dengan tumis budu. Aduuu.. meleleh air liur. Peminat perut boleh cuba Kedai Abe Yie ni. Rasanya yang pejal-pejal bersama dengan aroma asap yang dibakar. Memang masuk dengan kicap sebagai pencicah. Puas hati! Padu bos! Nasi Kerabu. Sepinggan berharga RM 2

TEMPAT MAKAN SEDAP DI PASIR MAS? NASI NARKOBA KAMAL?

Nasi Narkoba Kamal, Pasir Mas Pagi-pagi lagi dah sampai Pasir Mas. Perut lapar dan ingin merasa santapan yang sedap di mulut dan kenyang di perut? Boleh singgah di Kedai Nasi Narkoba Kamal. Kedainya tak besar dan sedikit tersorok di Bandar Pasir Mas. Berdekatan dengan Pejabat Pos Pasir Mas. Menariknya kedai ini ada pelbagai jenis lauk pauk dan semestinya rasa yang sangat sedap. Kena dengan tekak. Apa yang menarik sebenarnya kat sini ada lauk otak lembu dan side dish kulat goreng tepung yang begitu rangup dimakan begitu saja. Dihidang pula di atas daun pisang. Pehhh... merecik. Kedai dibuka seawal jam 9.00 pagi lagi dan biasanya mula sesak dengan pelanggan ketika waktu lunch hour. Portion nasi memang banyak dan harganya boleh tahan ‘terik’. Tapi, bila habis makan tu seakan berbaloi rasa dan kenyang tu dengan harganya. Kos hangus untuk 3 orang makan:- 1. nasi + sayur taugeh + acar timun + otak lembu + pedal hati goreng + kulat goreng tepung + teh o pan

STATUS HAJI 2020 KEPADA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA

Kenyataan Rasmi dari Arab Saudi Hari ini Arab Saudi telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dengan status haji yang akan dikerjakan oleh umat Islam tidak lama lagi. Mengikut kalendar Masihi, raya Haji jatuh pada 24 Julai ini bersamaan dengan 10 Zulhijah dalam kalendar Islam.  HAJI DITANGGUHKAN SELURUH DUNIA Status haji untuk tahun ini diputuskan hanya untuk umat Islam seluruh dunia yang telah berada di dalam negara Arab Saudi. Ini bermakna, Arab Saudi tidak membenarkan negara-negara luar untuk menghantar rakyatnya mengejakan haji di tanah suci Mekah. Secara terperincinya, sekiranya ada warganegara seperti Pakistan, Indonesia, Brunei, Vietnam, Rusia, China, Malaysia atau mana-mana warganeraga beragama Islam yang sekarang berada di Arab Saudi, sama ada sedang bekerja, belajar mahupun secara suka-suka berada di sana, mereka dibenarkan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Hanya yang sudah berada di dalam negara Arab Saudi, bukan yang masih berada di negara masing-masin

KAMBING PERAP MUZDALIFAH ADALAH KAMBING PERAP PALING SEDAP?

Semalam punya cerita, ada hamba Allah yang kacak dan baik hati telah menyumbang 3kg Kambing Perap Muzdalifah untuk Program BBQ Haluan Kiri. Terima kasih kepada hamba Allah tersebut. Awak terlalu baik untuk dia dan awak juga memang terlalu baik untuk kami. 3kg untuk program kali ini rasanya memang mencukupi. Ikutkan yang sebelum ni buat 5kg, tapi banyak yang lebih. Tak habis. Tapi tidak untuk kali ini. 3kg tak cukup. Gara-gara penangan Kambing Perap Muzdalifah. Sedap. Lazat. Penuh dengan rempah. “Molek bekas dia ni. Packaging nampak premium betul.” Amjes melahirkan rasa teruja bila Kambing Perap Muzdalifah dikeluarkan dari plastik. Betul, packagingnya memang nampak kemas. Bekas plastik hitam putih nampak begitu elegan. Setaraf dengan brand-brand yang berada di supermarket. Atas penutupnya ditampal dengan sticker dengan tulisan Kambing Perap Muzdalifah. Sticker berwarna merah berapi-api. Memang memainkan emosi yang rasanya meluap-luap dan tak sabar untuk mela

FOOD REVIEW : NASI BERLAUK KAK CHIK TERSEDAP DI KELANTAN?

TEMPAT MAKAN BEST DI KELANTAN? Mencari tempat makan best di Kelantan? Tempat makan sedap di Kelantan? Jadi, ini posting berkaitan dengan salah satu tempat makan yang best di Kelantan. Tempat ini adalah tempat yang boleh dikira best la makanan dia. Ini adalah pandangan peribadi aku. Tapi makanan dia ni sebenarnya sudah jauh tersebar di merata dan pelusuk jajahan tanah Malaysia. Pergi je mana-mana bandar utama di Malaysia, mesti ada makanan ni. Makanan apa? Makanan yang aku maksudkan adalah Nasi Berlauk Kak Chik. Korang yang selalu makan nasi bungkus yang dijual tidak kira masa, sama ada pagi, tengah hari atau petang dan juga malam mesti perasan ada gerai-gerai yang jual nasi bungkus dengan jenama Kak Chik ini. Tak pun ada brader-brader yang pacak payung dan jual nasi ni di tepi jalan. Asal usul Nasi Berlauk Kak Chik ini adalah dari Kelantan. Lebih tepat lagi adalah di Berangan, Tumpat. Sekarang ni kedai dia sudah upgrade dan sudah dapat menampung ramai orang. Dibuka sea