Skip to main content

Posts

DIARI PKP 2021 : PART 3

Tangga tolak laras Sebuah banglo berwarna hijau terpacak di hujung jalan. Rahim terus memarkir kereta dia di hadapan rumah. Pagar sudah terbuka luas. Mungkin tuan rumah sudah menjangka kehadiran Rahim. “Mil, hari ni job servis aircond.” Rahim memberitahu aku. “Servis aircond? Haritu kata kerja wiring.” “Aircond jarang-jarang. Wiring kadang-kadang.” Rahim selamba menjawab. “Aii… ajar hing. Kawe tak pandai bab aircond. Basic pun kosong.” “Beres. Jangan kalut. Kawe ajar la.” Seorang lelaki muda keluar dari rumah. Mungkin anak tuan rumah. “Kita mari nak buat kerja ni. Bilik mana yang nak servis aircond tu?” Rahim terus menanyakan lelaki muda tersebut. “Masuk la bang. Bilik saya yang nak servis aircond tu.” Lelaki muda tadi menjawab. Terus di bawa kami ke ruang biliknya. Rahim merenung Aircond berjenama Topaire yang tegak di dinding. Kata nama ‘aircond’ adalah perkataan Bahasa Inggeris. Jika mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ianya adalah penyaman udara. Kalau sebelum ini, istilah lama

DIARI PKP 2021 : PART 2

Pukul 9 pagi, masuk satu panggilan. Terpampang di skrin telefon, ‘Rohing 20’. Angka 20 bukan menunjukkan Rahim berumur 20 tahun, tapi sebagai tanda yang Rahim merupakan senior di zaman sekolah dulu-dulu. “Assalamualaikum Mil. Dah siap ke?” Rahim menghulurkan salam. Aku perhati Rahim, memang setiap kali dia buat panggilan, wajib untuk dia menghulurkan salam terlebih dahulu hatta untuk bercakap beberapa patah perkataan. Ada sekali tu dia menghubungi seseorang, “Assalamualaikum bos, beres.” 3 patah perkataan dan terus dia mematikan panggilan. “Waalaikumusalam Hing. Ya, siap dah. Kawe tengah tunggu demo mari ambil. Sama macam janji demo semalam.” “Mil, tukar plan boleh? Demo mari sendiri. Tempat kerja kawasan Lati. Berasa malas nak ambil demo.” Lati ni memang kawasan rumah Rahim, kalau Rahim nak ambil aku, dia kena menyeberang beberapa kampung untuk pergi dan patah balik semula ke Lati. “Boleh. Kawasan mana Lati tu?” Hari mula-mula kerja, aku tidak cakap banyak. Terus sahaja bersetuju. “Ma

DIARI PKP 2021 : PART 1

Jentera Rahim “Hing, kalau nak pasang plug bahagian dapur rumah kawe tu, berapa demo ambil caj?” Aku melontar satu persoalan kepada Abdul Rahim, tapi selesa dipanggil dengan panggilan Rohing. Rahim sekarang kerjayanya sebagai electrical engineer. Rahim termenung sejenak. Merenung siling sambil jari-jemari mengusap janggutnya yang sejemput. “Biasa kawe duk ambil RM 180 untuk satu plug, tarik wayar dari DB,” Rahim memberi jawapan. “Kalau kawe minta demo buat, boleh?” “Hmmm… berapa plug nak pasang?” “Satu.” “Hmmm… macam ni la. Kawe ajar demo, lepas tu demo pasang sendiri. Boleh?” “Sebenarnya, demo malas nak buat ke kalau satu plug?” Soalan Rahim sengaja tidak dijawab bahkan dilontar pula satu soalan lain. “Bukan. Kawe rasa kalau demo pasang satu plug, 2, 3 bulan lagi demo nak pasang satu plug lagi. Baik demo belajar pasang sendiri. Bila-bila masa demo boleh pasang.” Rahim menjelaskan. “Demo rasa kawe mudah faham ke nak belajar wiring ni? Lepas tu demo rasa kawe boleh buat sendiri ke lepas

PERATURAN SEKOLAH LAGI ZALIM DARI YAHUDI

“Mil, kita kalau jadi guru ni, kena banyak sabar.” Sahabat ambo nama Hafizi melontar kata nasihat. . “Ji ada pengalaman ko?” . “Ada juga walaupun tak banyak. Kita nak didik anak dia, tapi ibu bapa pula semacam tak menyokong usaha kita. Bahkan siap dipersalahkan lagi,” intonasi suaranya seakan mengandungi rasa kecewa. . “Cuba Ji cerita pengalaman Ji.” . “Ceritanya begini Mil. Pada suatu hari, datang seorang bapa kepada pelajar di sekolah.” . Hafizi memulakan cerita. . “Ustaz, ambo mari ni nak bincang pasal telefon anak ambo yang dirampas oleh pihak sekolah. Boleh ke kalau ambo nak tebus balik?” Seorang bapa dalam umur 40-an bertanya kepada Hafizi yang merupakan ketua unit HEM di sebuah sekolah. . Keduanya duduk di atas sofa di dalam bilik tamu sekolah. Saling mengadap antara satu sama lain. Di tengah-tengah mereka ada sebuah meja kayu beralaskan cermin jernih. . “Minta maaf banyak Encik. Memang kita tak boleh bagi tebus. Saya ikut polisi sekolah. Barang larangan yang dirampas oleh pihak

SLIMCASE : CASING TERBAIK UNTUK IPHONE

Slimcase.co packaging dari slimcase. Sudah lama saya perhatikan casing buatan Slimcase. Iklannya sering dipaparkan di feed instagram. Ada saja yang muncul ketika saya scroll feed instagram. Pandai betul dia iklan. Apa yang menarik perhatian saya adalah casing buatannya begitu nipis dan seakan memegang handphone tanpa ada sebarang casing . Boleh rasa seperti memegang body handphone itu sendiri. Seringkali ketika membuat pilihan untuk beli handphone, kita nak yang nipis, tak nak yang tebal. Yang tebal itu berat, nipis pula ringan. Tak ada la lenguh-lenguh tangan nak memegang handphone. Alih-alih, kita pakai casing yang tebal juga. Jadi, apa fungsi kita pilih handphone yang nipis pada mulanya? Sejak saya beralih memakai casing dari Slimcase, baru terasa feel memakai iphone. Dalam katalog iphone sendiri pun ada menunjukkan saiz, diameter, ketebalan. Jika kita ambil kira semua itu, tetapi tetap pakai case yang tebal, semua itu sudah tidak bermakna. Kita cuma mahu bergaya sebab jenamanya

KRONOLOGI PKPD DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah dikenakan perintah PKPD bermula 23 April sehingga 6 Mei. Nampaknya MTAQA turut mengikuti jejak sekolah tahfiz yang lain. Mula-mula sekali sekolah SMU Bunut Sarang Burung, kemudian Kolej Tahfiz Sains Kok Lanas, kemudian MTAQ Pulai Chondong dan akhirnya MTAQA Banggol Chicha. Ada orang kata ini adalah agenda freemason untuk menghapuskan pelajar-pelajar tahfiz di bumi Kelantan. Betul ke? Kalau betul, bermakna agenda mereka masih lagi tidak berjaya kerana virus ini lebih merbahaya kepada pesakit yang mempunyai antibodi yang lemah dan juga yang mempunyai penyakit kritikal. Tapi, pelajar ini antibodi dia masih berada di fasa sedang membina. Mungkin ada yang sudah matang, jadi tak semudah itu virus ini untuk menyerang dan meruntuhkan sistem antibodi pelajar tahfiz. Lagipun, setiap hari sel-sel badan pelajar tahfiz dijamu dengan zikir dan alunan ayat-ayat al-Quran. Ayat kebal, ayat pengasih, ayat pelindung semua dibacanya dan didengarkan kepada sel-sel badan, ne

RESIPI TOGIN / TOJIN MESIR

Tengok gambar macam tak berapa menarik, tapi rasanya memang sedap! Beberapa hari sudah berlalu puasa, entah dari mana angin yang membawa rasa dan aroma menyebabkan aku terkenang makanan mesir. Togin namanya. Togin? Apa tu? Kalau nak cari di internet ikut Bahasa Arab, taip huruf to’, alif, jim, dan nun. Togin adalah salah satu makanan yang terdapat di Mesir. Bahan utamanya adalah makaroni atau pasta. Disaluti dengan sos tomato dan di celah-celahnya ada daging hancur yang sangat sedap rasanya. Jika disiram dengan minyak lada akan bertambah lagi aroma dan rasanya. Pedas sekata dengan masam tomato. Cukup rencah dengan daging kisar sebagai lauk. Tuang kuah tomato di atasnya supaya meresap Jika dekat Mesir, ada satu port berdekatan dengan Muzollat yang selalu aku singgah untuk makan. Kedainya betul-betul jalan menghala ke stesen bas. Jika turun bas, dalam perjalanan balik ke rumah, pasti singgah di kedai ini. Order togin. Datang togin yang panas-panas dan terus disuap ke dalam mulut. Fuhh. S