Skip to main content

SLIMCASE : CASING TERBAIK UNTUK IPHONE

Slimcase.co packaging dari slimcase.


Sudah lama saya perhatikan casing buatan Slimcase. Iklannya sering dipaparkan di feed instagram. Ada saja yang muncul ketika saya scroll feed instagram. Pandai betul dia iklan.


Apa yang menarik perhatian saya adalah casing buatannya begitu nipis dan seakan memegang handphone tanpa ada sebarang casing. Boleh rasa seperti memegang body handphone itu sendiri.



Seringkali ketika membuat pilihan untuk beli handphone, kita nak yang nipis, tak nak yang tebal. Yang tebal itu berat, nipis pula ringan. Tak ada la lenguh-lenguh tangan nak memegang handphone. Alih-alih, kita pakai casing yang tebal juga. Jadi, apa fungsi kita pilih handphone yang nipis pada mulanya?



Sejak saya beralih memakai casing dari Slimcase, baru terasa feel memakai iphone. Dalam katalog iphone sendiri pun ada menunjukkan saiz, diameter, ketebalan. Jika kita ambil kira semua itu, tetapi tetap pakai case yang tebal, semua itu sudah tidak bermakna. Kita cuma mahu bergaya sebab jenamanya adalah Apple, bukan kerana fizikal ciptaannya yang slim dan elegan.


Rabak ketika jatuh motorsikal.


Setakat nipis, sebenarnya berlambak case yang dijual di kedai-kedai aksesori handphone. Tetapi apa yang ditawarkan oleh Slimcase adalah case yang nipis, tahan lasak, dan tahan pudar warnanya. Ini bermakna nipis bukan sebarang nipis, tapi nipis yang tahan serangan fizikal. Sama ada jatuh, tergolek, masuk gaung, diyakini ianya tahan.


Slimcase memberi jaminan selama 2 tahun sekiranya berlaku apa-apa terhadap case sama ada koyak disebabkan kemalangan ataupun warnanya pudar menjadi kekuning-kuningan. Biasanya, kebanyakan case yang putih, tak sampai 6 bulan, warnanya akan bertukar kekuning-kuningan.


Ini adalah pengalaman saya sendiri yang mana case yang dibeli telah koyak akibat terjatuh daripada motorsikal. Saya terus menghubungi Slimcase melalui Facebook Messenger. Walaupun responnya tidak berapa pantas, tapi jawapannya sangat menggembirakan.


Tak banyak kerenah. Terus nak replacement.


Tanpa banyak siasatan, tanpa banyak kerenah, tanpa banyak tanya, pihak Slimcase terus menghantar case baru tanpa sebarang caj. Ya. Tanpa sebarang caj hatta caj penghantaran.


Dah dapat case yang baru. Bukan refurbished ya.

Servis dan perkhidmatan yang diberikan oleh Slimcase menyebabkan saya merasakan bayaran untuk pembelian case ini sangat berbaloi. Dalam Peribahasa Melayu ada menyebut, alah membeli menang memakai.


Setakat ini, dalam websitenya tidak banyak model handphone yang ada untuk case ini. Slimcase hanya mengeluarkan model Iphone dan Samsung. Mungkin ini adalah target pelanggan mereka dengan harga untuk setiap case yang ditawarkan.


Jadi, ini adalah review ikhlas hati selepas mendapat gantian case yang baru dari pihak Slimcase. Hati saya rasa teruja betapa senangnya untuk membuat tuntutan dengan pihak Slimcase. Tidak perlu report polis, tidak perlu report hospital. Tunjuk gambar dan nyatakan sebab, terus dapat gantian baru.


Satu kekurangan case ini cuma tak tahan calar. Kalau masukkan bersama kunci atau apa-apa objek yang kasar bersamanya, nanti ada garis-garis halus di belakang case. Tapi tak mengapa, ianya tidak jelas pada pandangan mata yang jauh.


Korang yang masih lagi tercari-cari case yang sedap dipegang, ringan dibawa, lasak diguna, boleh cuba dapatkan case dari slimcase.co. Berbaloi dan puas hati. 


Terima kasih Slimcase! Yang mahu cuba tengok, cuba risik, boleh terus ke website slimcase.co/


Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.