Skip to main content

Posts

PERATURAN SEKOLAH LAGI ZALIM DARI YAHUDI

“Mil, kita kalau jadi guru ni, kena banyak sabar.” Sahabat ambo nama Hafizi melontar kata nasihat. . “Ji ada pengalaman ko?” . “Ada juga walaupun tak banyak. Kita nak didik anak dia, tapi ibu bapa pula semacam tak menyokong usaha kita. Bahkan siap dipersalahkan lagi,” intonasi suaranya seakan mengandungi rasa kecewa. . “Cuba Ji cerita pengalaman Ji.” . “Ceritanya begini Mil. Pada suatu hari, datang seorang bapa kepada pelajar di sekolah.” . Hafizi memulakan cerita. . “Ustaz, ambo mari ni nak bincang pasal telefon anak ambo yang dirampas oleh pihak sekolah. Boleh ke kalau ambo nak tebus balik?” Seorang bapa dalam umur 40-an bertanya kepada Hafizi yang merupakan ketua unit HEM di sebuah sekolah. . Keduanya duduk di atas sofa di dalam bilik tamu sekolah. Saling mengadap antara satu sama lain. Di tengah-tengah mereka ada sebuah meja kayu beralaskan cermin jernih. . “Minta maaf banyak Encik. Memang kita tak boleh bagi tebus. Saya ikut polisi sekolah. Barang larangan yang dirampas oleh pihak...

SLIMCASE : CASING TERBAIK UNTUK IPHONE

Slimcase.co packaging dari slimcase. Sudah lama saya perhatikan casing buatan Slimcase. Iklannya sering dipaparkan di feed instagram. Ada saja yang muncul ketika saya scroll feed instagram. Pandai betul dia iklan. Apa yang menarik perhatian saya adalah casing buatannya begitu nipis dan seakan memegang handphone tanpa ada sebarang casing . Boleh rasa seperti memegang body handphone itu sendiri. Seringkali ketika membuat pilihan untuk beli handphone, kita nak yang nipis, tak nak yang tebal. Yang tebal itu berat, nipis pula ringan. Tak ada la lenguh-lenguh tangan nak memegang handphone. Alih-alih, kita pakai casing yang tebal juga. Jadi, apa fungsi kita pilih handphone yang nipis pada mulanya? Sejak saya beralih memakai casing dari Slimcase, baru terasa feel memakai iphone. Dalam katalog iphone sendiri pun ada menunjukkan saiz, diameter, ketebalan. Jika kita ambil kira semua itu, tetapi tetap pakai case yang tebal, semua itu sudah tidak bermakna. Kita cuma mahu bergaya sebab jenamanya...

KRONOLOGI PKPD DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah dikenakan perintah PKPD bermula 23 April sehingga 6 Mei. Nampaknya MTAQA turut mengikuti jejak sekolah tahfiz yang lain. Mula-mula sekali sekolah SMU Bunut Sarang Burung, kemudian Kolej Tahfiz Sains Kok Lanas, kemudian MTAQ Pulai Chondong dan akhirnya MTAQA Banggol Chicha. Ada orang kata ini adalah agenda freemason untuk menghapuskan pelajar-pelajar tahfiz di bumi Kelantan. Betul ke? Kalau betul, bermakna agenda mereka masih lagi tidak berjaya kerana virus ini lebih merbahaya kepada pesakit yang mempunyai antibodi yang lemah dan juga yang mempunyai penyakit kritikal. Tapi, pelajar ini antibodi dia masih berada di fasa sedang membina. Mungkin ada yang sudah matang, jadi tak semudah itu virus ini untuk menyerang dan meruntuhkan sistem antibodi pelajar tahfiz. Lagipun, setiap hari sel-sel badan pelajar tahfiz dijamu dengan zikir dan alunan ayat-ayat al-Quran. Ayat kebal, ayat pengasih, ayat pelindung semua dibacanya dan didengarkan kepada sel-sel badan, ne...

RESIPI TOGIN / TOJIN MESIR

Tengok gambar macam tak berapa menarik, tapi rasanya memang sedap! Beberapa hari sudah berlalu puasa, entah dari mana angin yang membawa rasa dan aroma menyebabkan aku terkenang makanan mesir. Togin namanya. Togin? Apa tu? Kalau nak cari di internet ikut Bahasa Arab, taip huruf to’, alif, jim, dan nun. Togin adalah salah satu makanan yang terdapat di Mesir. Bahan utamanya adalah makaroni atau pasta. Disaluti dengan sos tomato dan di celah-celahnya ada daging hancur yang sangat sedap rasanya. Jika disiram dengan minyak lada akan bertambah lagi aroma dan rasanya. Pedas sekata dengan masam tomato. Cukup rencah dengan daging kisar sebagai lauk. Tuang kuah tomato di atasnya supaya meresap Jika dekat Mesir, ada satu port berdekatan dengan Muzollat yang selalu aku singgah untuk makan. Kedainya betul-betul jalan menghala ke stesen bas. Jika turun bas, dalam perjalanan balik ke rumah, pasti singgah di kedai ini. Order togin. Datang togin yang panas-panas dan terus disuap ke dalam mulut. Fuhh. S...

TAKTIK BALIK ASRAMA SECARA HALAL : GOSOK DAHI SAMPAI PANAS

Gambar hiasan semata-mata Hari Sabtu lepas ketika kelas tambahan pagi, aku ditugaskan di kelas tingkatan 1 Warsy. Pelajar tingkatan 1 baru saja datang dan sudah hampir seminggu berada di sekolah dan juga asrama. Aku tengok ramai yang nampak gembira dan ada juga yang berwajah sayu. Mungkin teringatkan mak ayah di rumah. Ataupun teringat handphone yang ditinggalkan oleh mereka. Habis segala game tidak dikemaskini. Itulah cabarannya. Cabaran semasa zaman kita di bangku tingkatan 1 dengan zaman pelajar tingkatan 1 di tahun 2021. Ada halangan. Ada cabaran biarpun bentuknya berbeza-beza. Emosi yang kental saja dapat mengharunginya. Kelas hampir tamat dalam 15 minit lagi. Aku mencapai buku kedatangan dan mula memanggil nama setiap pelajar yang tertera di dalam buku tersebut. Tiap kali aku menyebut nama pelajar, aku akan perhatikan wajah pelajar tersebut. Bukan untuk membaca air muka mereka sama ada mereka ini sedang teringatkan mak ayah di rumah atau teringatkan Mobile Legend mahupun PUBG yan...

TRIP CAMPING LATA Y 2.0, KUALA KRAI, KELANTAN

TRIP LATA Y 31 MAC – 01 APRIL Trip ini sudah dirancang berkali-kali namun banyak halangan sehingga akhirnya berjalan dengan lancar pada 31 Mac. Kebetulan 31 Mac adalah cuti pertengahan penggal untuk sesi persekolahan, maka aku juga turut cuti. Memang kebiasaanya, sesuatu trip atau sesuatu program yang dirancang sangat awal dari Tarikh kejadian, kadang-kadang tidak menjadi. Ada yang kecundang di pertengahan jalan, ada yang berubah rancangan sehingga terlampau banyak dan akhirnya trip juga tidak berjaya. Namun, tidak dinafikan, ada trip yang berjaya dengan cemerlang dengan rapinya aturan bermula awal perancangan lagi. Jadi, untuk trip kali ini, rancangan sudah ada dua bulan awal. Rancangan untuk ke Lata Y, Kuala Krai. Tapi, butiran terperinci untuk ke sana masih lagi dalam perbincangan. Antara halangan terbesar adalah kenderaan untuk dibawa masuk ke sana dan bilangan ahli yang ingin turut serta ke sana. Kadang-kadang, ada ahli yang cukup. Maksud cukup di sini adalah ahli yang m...