PERSEKOLAHAN PERTAMA SESI 2021
Hari ini, persekolahan sesi 2021 bermula biarpun seluruh negara kecuali Sarawak menjalani PKP. Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, cuma pelajar tingkatan 5 dan 4 sesi 2020 yang diwajibkan hadir. Tingkatan 4 meneruskan peperiksaan percubaan SMTQ yang tertangguh. Ada beberapa kertas lagi yang belum diselesaikan. Menunggu peperiksaan sebenar yang bermula pada 26 Januari nanti. Bermula dengan mata pelajaran al-Quran. Harapnya bersedia semua. Manakala tingkatan 5 meneruskan pengajian bersemuka bersama para guru. Persediaan menghadapi SPM tidak lama lagi. Mudir baru, Ustaz Othman Bin Lah menghantar pesanan, meminta semua pelajar menjaga SOP untuk mengelakkan dijangkiti COVID-19. Mana-mana yang dijangkiti semasa peperiksaan, bermakna tiada lagi peperiksaan buatnya. Mereka perlu ulang tahun, dua kali di tingkatan lima. Tambah beliau lagi, para guru lebih-lebih lagi kena jaga SOP. Tunjuk contoh yang baik kepada pelajar. Baiklah tuan mudir. Kantin huru-hara hari ini. Tender baru, Zara Ikhtiar Ente...