ANEKDOT : HONDA KEHABISAN MINYAK
Belum lagi E, tapi minyak dah Empty |
Jarum minyak baru mencecah warna merah. Merah tandanya amaran minyak hampir habis. Meter sampai di E, bermakna tangki minyak sudah kosong. Itu kebiasaannya untuk motor honda wave type R 100 kepunyaan aku.
Motor Honda Wave, tapi laju macam motor Yamaha 125z.
Tapi, hari ini satu sejarah yang lain dari kebiasaan. Jarum meter baru mencecah merah, tiba-tiba motor yang aku naiki mati. Tak ada kuasa. Dipulas tali minyak, kosong.
“Aaa… kalau jenis macam ni, masalah minyak habis,” hatiku mengomel sendirian.
Aku syak memang habis minyak. Aku turun dan buka seat. Aku pusing penutup minyak. Ya, memang betul minyak sudah habis. Patut la dari semalam meter minyak tidak berganjak dari kedudukan mencecah amaran.
Perjalanan aku untuk ke stesen minyak tidak berjaya. Terkandas di tengah jalan. Dalam 500 meter lagi untuk sampai ke stesen minyak Caltex, Pasir Mas.
Nak telefon kawan, tak berbaloi sebab dekat sangat. Aku buat keputusan untuk tolak saja motor. Cuaca baik, redup. Tak panas dan tak hujan.
Sedang aku menolak motor, ada beberapa buah kereta melintas. Tapi mereka buat tak tahu. Aku terus pakai mask. Tak nak orang tengok muka aku yang sedang menolak motor. Mungkin ego yang tidak mahu simpati orang.
Kemudian, ada abang dengan motor Yamaha ego berwarna kuning, nombor pendaftaran DCY 1229 datang dari arah bertentangan. Memakai sweater biru dan berpelitup muka.
“Kenapa?” Soal dia.
“Minyak motor habis bang.”
“Naik la. Biar saya tolak dari belakang,” abang motor Ego menawarkan bantuan.
Abang itu uturn. Aku naik atas motor. Abang terus menolak motor aku dengan kaki dia. Sampai juga di stesen minyak tanpa setitik peluh.
Bantuan Allah tiba. Urusan dipermudahkan. Alhamdulillah.
Kita mungkin perlu sedikit sabar. Kita juga mungkin perlu berusaha sendiri sehabis baik terlebih dahulu. Kemudian, bantuan Allah pasti tiba.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.