Skip to main content

Posts

Tahun Baru Cina 2015

Tahun Baru Cina Mungkin ramai perantauan di kota raya mengambil peluang ini untuk bercuti di kampung halaman. Mungkin tak seramai yang balik pada Hari Raya Aidilfitri. Aku boleh rasa sebab bila aku tengok jalan - jalan utama di Kelantan semalam penuh dengan deretan kereta dengan pelbagai nombor pendaftaran dari pelbagai negeri. Benda ni senang nak perasan sebab malam - malam sebelum ni tak adalah macam ni. Keluar pergi beli burger tepi jalan pun kena makan jem juga. Haha. Kedai Tutup Kalau perasan, setiap kali Tahun Baru Cina mesti banyak kedai yang tutup. Bila Raya Cina, Melayu pula yang resah dan kesah bila Cina tutup kedai. Cina yang beraya, kita pula yang susah? Nak salahkan Cina ke? Salah mereka ke tutup kedai pada hari perayaan mereka? Siap ada yang marah - marah lagi bila Cina tutup kedai. Nak beli ubat nyamuk pun susah bila Cina tutup kedai. Bukan salah mereka. Salah kita. Salah Melayu. Haha. Boleh ke letak seratus peratus salah tu dekat bahu orang - orang Mela...

Tok Guru, Pemergianmu Sukar Diganti

Satu Malaysia seakan bersedih dengan pemergian Tok Guru atau nama sebenarnya adalah Nik Aziz bin Nik Mat. Pemergiannya untuk mengadap Yang Maha Esa adalah suatu kehilangan besar buat umat manusia di Malaysia. Ibarat kehilangan suatu permata diantara permata yang paling 'rare' dalam dunia ini. Namun, apakan daya dan kudrat kita sebagai manusia untuk menahan daripada kematian itu berlaku. Hanya ada redha dan pasrah yang mengalir bersama titis air mata yang tumpah pabila mendengar berita perginya Tok Guru. REHAT Perjuangan yang diperjuangkan oleh Tok Guru sudah berakhir  dan yang tinggal hanyalah kita - kita yang masih hidup ini untuk meneruskan amanat dan juga apa yang diperjuangkan olehnya semasa dia masih bernyawa. Tok Guru sedang berehat, rehat setelah penat dan lelah dengan mehnah dan kerenah semasa dia hidup atas dunia ini. Rehat daripada permainan politik Malaysia yang saban hari semakin kotor dan busuk atas nama demokrasi. Perginya cuma sebentar dengan meninggalka...

Februari 2015

Kita sudah berada dalam Februari 2015. Begitu cepat masa itu berlalu. Baru je rasanya up entry pada Januari hari tu. Tup tup, hari ni dah masuk Februari. Masa entry awal Januari, bukan main berkobar semangat untuk up entry paling kurang seminggu sekali. Tapi, tak mengapalah semua itu. Semangat itu sudah ada. Kekangan masa sejak menjadi pendidik yang tak bertauliah ni mungkin faktor utama untuk blog ni suci daripada tutupan debu - debu nipis. Haha TERIMA KASIH First, aku ada dapat give away daripada Cik Fafa dan juga satu lagi giveaway. Rezeki join giveaway. Tapi, yang tak sedapnya aku tak sempat nak reply emel Cik Fafa yang bertanyakan sama ada aku dah terima tak giveaway yang diposkan olehnya kepada aku. Sempat tengok aje Cik Fafa. Ndak sempat nak mereplynya. Kat sini aku nak minta maaf dekat Cik Fafa dan ingin mengucap terima kasih kepada sponsor give away yang lain ye. Tapi, semalam dah reply dah. Harap - harap Cik Fafa tak marah ye. PENDAM Banyak benda yang nak di...

Menyorok di Siang Hari

2015. Selangkah manusia terjun ke arus kemajuan. Mengalir laju dalam sungai kemodenan. Sedangkan bumi yang semakin tua sudah semakin penat dengan kerenah dan tangan - tangan jahat yang merosakkan keindahan bumi itu sendiri. Tenat. Semakin maju ketamadunan manusia itu, semakin rendah nilai moral. Teori yang boleh dipakai? Tak boleh? Sekarang adalah zaman yang semakin sukar dan mencabar untuk menyembunyikan perbuatan ikhlas. Ibarat menyorok di waktu siang. Menyorok di waktu siang? Ya, menyorok di waktu siang. Peluang untuk ikhlas kerana Tuhan itu amat tipis sekali. Takkan korang tak pernah main menyorok - nyorok masa waktu kecil dulu. Tak pernah? Opsss.. lupa. Orang dah tak main benda tu. Sekarang ni budak - budak pegang tab sambil main Clash of Clans je.  Kalau korang pernah main, korang boleh faham la kenapa aku cakap macam tu. Senang je nak jumpa orang menyorok di waktu siang kalau nak berbanding dengan waktu malam. Apa kaitannya ikhlas dengan menyorok di waktu siang? Mak...

Cerita di Bulan Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Selang dua tiga selang, kita sudah berada di bulan Rabi'ul Awal iaitu bulan yang mana ada sejarahnya dalam lipatan perjalanan agama Islam. Semua penganut agama Islam harus tahu yang bulan Rabi'ul Awal adalah bulan yang mana lahirnya seorang manusia sebagai penutup segala Nabi yang menjadi utusan Allah sejak penurunan Adam a.s ke muka bumi. Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w. Selawat dan salam ke atas baginda. Aku pelik. Sangat pelik. Ramai orang yang menyanjung, mengakui yang mereka menyayangi Nabi s.a.w, meraikan dengan pelbagai cara sempena kelahiran junjungan Nabi s.a.w. Mereka mendakwa mereka sayang kepada Rasulullah, tapi kelakuan mereka seolah - olah mengundang murka Muhammad s.a.w itu sendiri. Oh, aku kelu. Kala ramai manusia yang tersepit dengan kehidupan dunia dek bencana bah yang menimpa di beberapa buah negeri, masih ada yang sanggup menganjurkan program atas nama agama, atas nama baginda Muhammad s.a.w. Tidak aku tentangnya habis - habisan. Tidak aku katakan ...

Tahun Baru 2015 Tiada Makna

Berakhir tahun 2014 dengan tragedi yang menimpa negeri Kelantan. Negeri yang mana tempat kelahiran aku. Moga mangsa - mangsa tragedi banjir dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian. Tanda orang - orang yang beriman ialah apabila mereka diuji oleh Allah mereka mengucap "Inna Lillahi Wainna Ilai Roji'un.." Semuanya datang daripada Allah, jangan keji jangan cela apa yang hujan turun, apa yang air sungai melimpah. Insafi diri, cari hikmah, insyaAllah semuanya selamat. So, cakap memang sedap kan? Sebab tak kena dekat diri sendiri. Boleh la cakap sabar, tabah, bawa bertenang. Kau tak rasa, tak tahula macam mana!! Alhamdulillah, aku yang menetap di Kelantan adalah salah seorang daripada rakyat yang terselamat daripada tragedi banjir 2014. Walaupun ada dua tiga kampung sebelah yang ditimpa bencana ini, da terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir, namun kampung aku terselamat daripadanya. Betul, aku bukan mangsa banjir, dan aku tak tahu apa yang mereka r...

Cara Bisnes di Instagram

[STICKY POST] Scroll bawah untuk entry terbaru . Ada tak sesiapa kat sini yang ada kenalan atau pun kawan dia yang buat bisnes online dengan menggunakan instagram? Atau pun ada kawan yang ingin berbisnes secara atas talian tapi belum jelas langkah dan cara untuk memasarkan barangan mereka kepada para pembeli? Ataupun kawan yang baru nak berkecimpung dalam dunia bisnes secara online? Atau pun kawan yang ada produk tapi tak tahu nak jual macam mana? Ada ke? Sekarang ni, sudah ramai yang menceburkan diri dalam bidang bisnes online menjadikan instagram sebagai platform untuk mengiklan barangan mereka dan menjadi medium perantara antara dia dan juga pelanggan. Instagram adalah suatu jenis media sosial yang pada hemat saya begitu efisyen untuk memasarkan produk dan barangan disebabkan penggunaannya adalah percuma. Cuma, yang menjadi masalah adalah cara dan langkah yang betul perlu diambil untuk memastikan para follower kita itu adalah betul - betul orang yang berminat dengan produk...