Skip to main content

Februari 2015

Kita sudah berada dalam Februari 2015. Begitu cepat masa itu berlalu. Baru je rasanya up entry pada Januari hari tu. Tup tup, hari ni dah masuk Februari. Masa entry awal Januari, bukan main berkobar semangat untuk up entry paling kurang seminggu sekali. Tapi, tak mengapalah semua itu. Semangat itu sudah ada. Kekangan masa sejak menjadi pendidik yang tak bertauliah ni mungkin faktor utama untuk blog ni suci daripada tutupan debu - debu nipis. Haha

TERIMA KASIH

First, aku ada dapat give away daripada Cik Fafa dan juga satu lagi giveaway. Rezeki join giveaway. Tapi, yang tak sedapnya aku tak sempat nak reply emel Cik Fafa yang bertanyakan sama ada aku dah terima tak giveaway yang diposkan olehnya kepada aku. Sempat tengok aje Cik Fafa. Ndak sempat nak mereplynya. Kat sini aku nak minta maaf dekat Cik Fafa dan ingin mengucap terima kasih kepada sponsor give away yang lain ye. Tapi, semalam dah reply dah. Harap - harap Cik Fafa tak marah ye.

PENDAM

Banyak benda yang nak dicoretkan. Banyak benda yang nak diceritakan. Banyak benda yang nak diluahkan dengan papan kekunci ini. Tapi, tak semua benda dapat diluahkan dengan tulisan mahupun lakaran. Yang tak dapat diluahkan biarlah ianya tersimpan kejap, dibiarkan hanya untuk kita sahaja yang mampu memahaminya. Awal 2015 sudah banyak sejarahnya, baki perjalanannya masih ada lagi 10 bulan. Semuanya dalam pengetahuan Allah. Tapi, kekal untuk kita tidak mengetahuinya sehingga detik masa dan saat itu berjalan dengan seiringya takdir dari Allah.


Comments

  1. wahhh dah jadi cikgu hafizin la ye sekarang ni? ehehehehe. gud luck dik. moga dipermudahkan segala urusan amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu gitu2 je kak. haha. terima kasih. moga dipermudahkan juga urusan akak sekeluarga. :)

      Delete
  2. Terlalu banyak perkara yang nak diluah tetapi terpaksa dipendam. Tak apa, Allah kan ada. Luah pada Dia. Salam Februari abe dio... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Februari adik dio. Bereh jah. Nak luoh belako. Haha

      Delete
  3. semoga berjaya cikgu hafizin.. jgn garang2. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.