Skip to main content

Tahun Baru Cina 2015

Tahun Baru Cina

Mungkin ramai perantauan di kota raya mengambil peluang ini untuk bercuti di kampung halaman. Mungkin tak seramai yang balik pada Hari Raya Aidilfitri. Aku boleh rasa sebab bila aku tengok jalan - jalan utama di Kelantan semalam penuh dengan deretan kereta dengan pelbagai nombor pendaftaran dari pelbagai negeri. Benda ni senang nak perasan sebab malam - malam sebelum ni tak adalah macam ni. Keluar pergi beli burger tepi jalan pun kena makan jem juga. Haha.

Kedai Tutup

Kalau perasan, setiap kali Tahun Baru Cina mesti banyak kedai yang tutup. Bila Raya Cina, Melayu pula yang resah dan kesah bila Cina tutup kedai. Cina yang beraya, kita pula yang susah? Nak salahkan Cina ke? Salah mereka ke tutup kedai pada hari perayaan mereka? Siap ada yang marah - marah lagi bila Cina tutup kedai. Nak beli ubat nyamuk pun susah bila Cina tutup kedai.

Bukan salah mereka. Salah kita. Salah Melayu. Haha. Boleh ke letak seratus peratus salah tu dekat bahu orang - orang Melayu? Sama - sama boleh fikir. Cina seakan telah memegang ekonomi di Tanah Melayu. Lihat saja bila Raya Cina, ramai Melayu yang turut bercuti sebab kedai - kedai dan kebanyakan syarikat orang Cina turut bercuti. Melayu tak boleh menafikan yang orang Cina sekarang ini telah memegang sebahagian besar ekonomi Malaysia.

Tak salah kalau Cina yang memegang ekonomi Islam itu adalah Cina yang Islam. Tak begitu? Aku rasa terancam bila yang pegang ekonomi itu adalah orang bukan Islam, orang kafir. Orang yang punyai niat yang jahat terhadap orang Islam. Lambat - laun mereka akan menekan ekonomi umat Islam dari segenap penjuru. Sejak dari dahulu lagi, ramai yang dengki dan hasad terhadap orang Islam. Sejarah membuktikan. Krisitan, Yahudi, Musyrikin Mekah. Tak begitu?

Bersama Keluarga

Hakikat yang sebenar, negara kita memang negara yang pelbagai kaum. Cuti Tahun Baru Raya Cina merupakan cuti umum buat seluruh rakyat Malaysia dan ini memberikan sedikit ruang dan peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga. Anak - anak yang tinggal berjauhan dapat pulang untuk menjenguk orang tua mereka di kampung halaman. Ayah ibu yang tidak punyai masa untuk bersama anak - anak dapat melakukan aktiviti kekeluargaan bersama - sama. Tak lupa juga yang masih bujang, ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan mereka sempena musim cuti ini. Tamat sudah zaman bujang mereka. Tinggal yang teruna sorang - sorang. Terkadang tersenyum kelat mengenang perjalanan hidup mereka. 

Comments

  1. traffik jammed dan cuti panjang tidak boleh dipisahkan :-)

    ReplyDelete
  2. cuti adalah masa bersama keluarga

    ReplyDelete
  3. akak pun tergolong org yg blk kg bila cuti tu hihihi.

    betoi huuuu kdang sedih jugak tgk bisnes byk dimonopoli bukan islam

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.