Daging korban masih belum habis. Tersimpan rapi di dalam fridge. Tapi, bagi orang yang bekerja.. tak dapat tidak terpaksa pergi menjalankan kerjanya, pelajar terpaksa menghadiri kuliahnya, budak medic yang sibuk dengan work project pula terpaksa pergi hospital. Tiada alasan untuk menghabiskan daging - daging korban yang belum lagi terusik di dalam peti sejuk. Cuti amat singkat kan..? Pelbagai menu masakan berasaskan daging masih segar berlegar dalam kotak minda ibu - ibu yang caring, tapi kita dikejutkan dengan ribut taufan Sandy yang melanda negara Amerika Syarikat. Ada yang langsung tidak ambil peduli kerana katanya Amerika ini adalah satu negara yang jahat dan patut diboikot walhal dia adalah pengguna setia produk Apple. Aku sebenarnya tiba - tiba terlintas kenapa taufan ini dinamakan dengan Sandy. Adakah ianya satu ribut yang membawa pasir bertan - tan yang mengakibatkan satu New York ditutupi pasir? Tidak!! Sangkaan aku jauh sekali. Ribut ni hanya membawa angin yang laju dan b
melakar apa yang minda sering kusut