Sahabat itu bukanlah seperti chewing-gum

Sudah lama blog hitam ni tidak menyerikan wajahnya dengan entry - entry terbaru. Andaikan blog ini ada perasaan, sudah pasti ianya akan menangis hiba kerana terlalu lama ditinggalkan oleh tuannya. Tinggal tanpa khabar berita. Ibarat memberikan seribu pengharapan... tetapi ditinggalkan tanpa sebarang kata.. Alangkah zalimnya..

Mungkin sudah tidak sempat untuk seperti masa dahulu. Kalau sempat pun setakat 2 3 jam sehari hanya untuk twitter. Minta maaf rakan - rakan blogger. Nak singgah menyinggah pun tak sempat. Sekarang ini aku hanya menulis bila ada masa dan ada idea.

Ada someone yang aku kenal melontarkan persoalan :
 " what have we do if we trust to somebody. Tapi somebody tu tak appericiate?"
Kalau aku, serius aku bagitau yang aku akan rasa geram, marah, tak puas hati.. Senangnya semua benda-benda negatif mesti ada.. Contoh mudah la... kita ada seorang kawan.. keluar sama - sama, stay sama - sama, makan sama - sama.. kita percaya yang dia adalah seorang sahabat yang baik. Tiba - tiba kita dapat tahu yang bila dia bersama kawan - kawan dia yang lain, kita selalu menjadi mangsa umpatan. Kita menjadi bahan ejekan. Seolah - olah kita ni amat jijik di matanya.

Apakah perasaan di saat kita tahu kita diperlakukan sedemikian rupa..? Kita mungkin bermonolog sendirian.. " kenapalah aku kenal dengan dia ni..? " "kenapalah perbuatan dia selama ini  Allah bongkarkan, pedih aku nak menerima semua ini." Mungkin lebih banyak lagi monolog - monolog yang akan tercipta. Yang penting, kita rasa macam dikhianati kan? Selama ni kita percaya yang dia adalah seorang sahabat dunia dan akhirat, tetapi, kepercayaan kita itu dengan senangnya dicarik - carikkan. Koyak dan rabak. Semuanya adalah palsu. Hanya indah di mata. Busuk di belakang.

Setakat ni aku masih lagi bersyukur kerana belum lagi ditemukan dengan orang yang sebegitu. Mungkin ada. Mungkin tiada. Kalau ada, mungkin Allah belum tunjukkan lagi. Tapi, syukur itu perlu kerana Allah belum lagi tunjukkan. Mungkin Dia tahu yang sabar aku buat masa sekarang ni masih lagi cetek.

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan banyak banyak terima kasih buat sahabat dan teman aku selama ini. Especially semua member member kat Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Tak kira senior atau junior. Kita adalah sahabat dunia akhirat. Korang memang tidak menghampakan. Sememangnya yang terbaik. 
Dan untuk si dia. Harap bersabar. Kerenah manusia, tidak ada penghujung jika dilayannya. Jangan ambil serius dan jangan dilayan sangat.

*sahabat itu bukanlah macam chewing-gum, bila habis manisnya, bila jemu dikunyahnya...kita buang di pinggiran jalan, perlahan-lahan ianya ditutup oleh debu jalanan.

Comments

  1. betul, ader spesies yg time susah je cari.....

    ReplyDelete
  2. dikk
    manusia macam nie
    ada shaja di dunia nie
    kalau bukan kena pada kita , akan kena pada org lain ..
    baik di mata , dihati siapa tahu dikk .. itulah kelemahan manusia yg diakui sendiri oleh nabi allah adam ... da bukan kah itu janji syaitan ..

    kita cuma perlu berdoa pada allah , agar allah melindungi kita dari sikap sebegini kerana kalau bukan kita buat org , org akan buat kita , kerana itu ujian dari allah ..
    kita selalu tlg org susah , tapi bila time kita org perlekehkan kita .. jadi .. ikhlaslah kita menerima ujian dari allah ini ..
    dgn harapan allah memberikan kebaikan dan petunjuk buat manusia2 macam nie huhuhu

    ReplyDelete
  3. lelaki mungkin jarang kot mcm tu. kalau pmpuan ni senang kantoi sebab suka sgt bercerita (sesuka hati je mengutuk kaum sendiri). tpi bukan apa, sebab dah penah terkena mcm ni.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..akak pun blm jumpa lg yg mcm tu. sume baik2 belaka.

    ReplyDelete
  5. mmg la klu x dhargai rasa sakit hati sgt. akak dh pernah rasa.

    tp adat berhubungan ngn manusia kan dik. nak xnak kita kena tingkatkan perasaan sabar setinggi yg blh kan

    ReplyDelete
  6. nothing to say.. just i never trust people easily since my best friend betrayed me!

    ReplyDelete
  7. People who talk smack about other shouldn't be trusted. Because the one that backbites or gossips to you will be the first to gossip or backbite about you.

    ReplyDelete
  8. mostly girls dear..
    ckp kt si dia, bnyk2 sbr ye..
    itu semua mengajar kita lebih berhati2 dlm bersahabat..

    sahabat yang ketawa saat kita ketawa tak bermakna dia akan turut menangis saat kita menangis..^^

    ReplyDelete
  9. memg ade mnusia mcm ni.. slalunye bile ade kwn yg ckp buruk pasal kwn lain mse kwn lain tu tk de, automatik sy akn assume yg blakg sy maybe die akan ckp buruk psl sy plak

    ReplyDelete
  10. mudah-mudahan tidak berjumpa dgn kawan seperti itu.. jika ada alangkah sedihnya rasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun