Hari Arafah

Selamat menunaikan haji buat jemaah haji Malaysia yang berada di mekah. Tak lupa juga kepada bakal mertua yang berada di mekah sana. hehe.. Moga semuanya selamat dan dapat menjalankan ibadah haji dengan baik dan sempurna. Moga kesihatan terjaga. Kesihatan adalah yang paling utama untuk membuat ibadah haji. Untuk mendapat ketenangan dan keselesaan dalam ibadah.

Kita yang diberi kesihatan ni mungkin berasa cemburu untuk turut sama dalam mengerjakan ibadah haji kan.. ? Tapi, kesihatan sahaja tak cukup.. harta pun perlu juga. Sebab tu Islam tak mewajibkan bagi sesiapa yang tidak mempunyai harta ataupun wang yang cukup untuk pergi menunaikan haji. Yang tak mampu nak buat macam mana kan? Ada rezeki sampai la tu.

Kita yang tak pergi untuk ibadah haji ni ada kelebihannya yang lain. Kelebihan pada Hari Arafah. Hari Arafah ni selalunya jatuh pada 9 dzulhijjah. Tak de tarikah lain dah. Bagi jemaah haji, Hari Arafah ni adalah di mana mereka berada di suatu tempat bernama Arafah untuk wukuf. Sebab tu dipanggil juga hari wukuf untuk nama pendek. Kalau nama panjang hari wukuf di Arafah. Hehe. Mereka disarankan untuk berdoa dan berzikir kerana doa pada hari Arafah adalah sebaik - baik doa.

Nabi s.a.w menggalakan umatnya untuk berpuasa pada Hari Arafah bagi sesiapa yang tidak mengerjakan haji. Allah menjanjikan ganjaran kepada sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut dengan ganjaran diampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang. Tengok. Betapa kasihnya Nabi s.a.w kepada umatnya dan betapa Allah itu melebihkan umat Nabi s.a.w

Bagi sesiapa yang sihat tubuh badannya... sama - samalah kita berpuasa. Hanya sekali dalam setahun. Peluang sudah ada. Rugi sesiapa yang tak merebutnya. Perlu diingatkan di sini yang dosa diampunkan disini adalah dosa - dosa yang kecil bukannnya dosa yang besar. Dosa besar tak dapat tidak kena bertaubat dahulu sebelum diampunkan oleh Tuhan.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ، إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ  - الترمذي
  

Comments

  1. semoga ibadah mereka diterima Allah dan mendapat haji yg mabrur..insyaAllah

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya ubi badok :P

    mentua kamo meme sihat ...heheee

    ReplyDelete
  3. peringatan yg baik..puasa arafah.

    tapi yg tak tahan..part p/s mertua tu yg jelas! hahaa

    ReplyDelete
  4. insyaAllah dik, kalau diizinkan esok akak tunaikan posa tue. thanks ingatkan!!! :D

    *semoga mertua ko selamat disana Amin, kawen jgn lupa akak ko nie!!! hihihihi

    ReplyDelete
  5. HJ!! hee =)


    sejak bile kau ade mertua dowhhh

    ReplyDelete
  6. amboi..bakal mertua uoollss! keh2..

    selamat berpuasa sunat!

    ReplyDelete
  7. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

    =_=

    ReplyDelete
  8. PS : semoga mertua sentiasa sihat... :D

    did i miss somethin??? errrr

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun