Kenapa dinamakan taufan Sandy
Daging korban masih belum habis. Tersimpan rapi di dalam fridge. Tapi, bagi orang yang bekerja.. tak dapat tidak terpaksa pergi menjalankan kerjanya, pelajar terpaksa menghadiri kuliahnya, budak medic yang sibuk dengan work project pula terpaksa pergi hospital. Tiada alasan untuk menghabiskan daging - daging korban yang belum lagi terusik di dalam peti sejuk. Cuti amat singkat kan..?
Pelbagai menu masakan berasaskan daging masih segar berlegar dalam kotak minda ibu - ibu yang caring, tapi kita dikejutkan dengan ribut taufan Sandy yang melanda negara Amerika Syarikat. Ada yang langsung tidak ambil peduli kerana katanya Amerika ini adalah satu negara yang jahat dan patut diboikot walhal dia adalah pengguna setia produk Apple.
Aku sebenarnya tiba - tiba terlintas kenapa taufan ini dinamakan dengan Sandy. Adakah ianya satu ribut yang membawa pasir bertan - tan yang mengakibatkan satu New York ditutupi pasir? Tidak!! Sangkaan aku jauh sekali. Ribut ni hanya membawa angin yang laju dan bersamanya ada awan-awan tebal dan bergulung yang menurunkan hujan. Tidak ada kaitan dengan pasir pun walau sedikit.
Rupanya Sandy ini adalah nama orang, bukannya nama benda seperti pasir. Pihak ajk meteorologi di sana akan menamakan ribut taufan yang melanda negara diorang ni dengan satu nama orang mengikut abjad daripada huruf A-Z. Ribut kali ni adalah giliran huruf S sebab tu dinamakan Sandy. Sebelum ribut Sandy ni ada satu ribut yang dinamakan dengan Rafael dan ribut yang akan datang ni sudah ada namanya iaitu ribut Tony dan ribut selepas Tony juga sudah ada nama iaitu Valerie.
Manakala, huruf Q, U, X, Y, dan Z pula tidak digunakan kerana ada masalah sebutan nama atau pun kurangnya nama yang bermula dengan huruf tersebut. Nama - nama ribut yang sudah lepas ini juga tidak akan berulang. Hanya sekali untuk untuk seumur hidup. Aku pun tak tahu kenapa diorang suka melabelkan ribut ni dengan nama orang dan kebanyakannya adalah nama perempuan. Katanya, kesan sesuatu negara selepas dilanda ribut ni sama dengan kesan yang diakibatkan oleh perempuan yang baru lepas mengamuk. Nampak macam betul kan..? Haha..
rujukan : yahoo news

boleh laa letak nama sendiri pasni kan..
ReplyDeletebyk lagi nama lain boleh buat tak kreatif langsung =.=
ReplyDeletebetol3...cti kejap jer..xsmpat nk mnkmati singgang tulang, sup tulang, kerabu perut, air asam daging, kari tulang, kari daging n banyak lagi..huhu
ReplyDeletepasni leh ltak nma ak kot..WNA..
assalamualaikum H.J...bestnya boleh letak nama yang menarikkan...:)
ReplyDeletehai abg H.J ... :D
ReplyDeletekalau da habis guna semua huruf mcm manaaaaaaa? hehe'
sedap jugak nama Sandy tu... hehe
ReplyDeletesepatutnya untuk huruf U ade name, Taifan Ubi. Sebab kesannya macam tanah selepas ubi dicabut. Sengih
ReplyDeleteApsal la nama prmpuan kn? Rekala nama lain..nasib sume nama org putih.
ReplyDeleteouh..yeke..xde kait dgn pasir..yeah..*sy slh..huhu..xD
ReplyDeletebtw,xkreatif ar dyorg kasi name..tettt..~^^
waa nice info.. ;)
ReplyDeletenama lelaki/prmpuan ikut arah pusaran angin itu...
ReplyDeletekalau tak salah nama prmpuan untuk arah pusingan jam...
dan laki2 untuk lawan putar jam