Skip to main content

Posts

Showing posts with the label santai

CINTA... KALAU SUDAH TEKAD!

Kita tunjuk kepada yang masih bujang. “Bos Yi, jauh betul demo nak menikah. Rentas negeri tu.” Ambo tanya sain ambo, Bakari. “Jauh pun, bila kawe kata nak, kawe tak hirau dah.” Dia jawab dengan nada sedikit tinggi. “Demo fikir sehabis molek dah ke?” “Hmmm… kawe fikir sehabis,dua habis tiga habis. Banyak kali dah kawe fikir sampai habis. Tapi bila sayang dan cinta itu sungguh tinggi dan menebal, jauh pun kawe rela.” Sambil tangannya buat isyarat tinggi melepasi kepala. “Molek dan sangat molek kalau begitu. Demo ada prinsip. Kawe sebagai sain akan support dan sokong demo. Lepas ni, kita cakap guna ‘hang’ dengan ‘cheq’ pun kawe rela.” “Ermm… hang ni, cheq ligan baru tahu. ‘Kopek’ hang tahu ke padia maksud dia?” Tanya Bakari sambil tersengih. “Amboi… pandai dah sebut ‘kopek’.” **kopek dalam bahasa loghat utara bermaksud dompet/beg duit ******** Tahniah buat sahabat semeja kedai kopi ambo. Sudah melangsungkan perkahwinan. Moga rumah tangga yang dibina sentiasa bahagia dan dalam rahmat Allah

63 TAHUN MALAYSIA MERDEKA

  Di Kem Baha, Jelawang 63 tahun Malaysia merdeka. . Bumi ini bumi bertuah, Bukan kerana Hang Tuah, Bukan juga kerana durian berbuah, Kerana ianya dalam lindungan Allah. . InsyaAllah, mudah-mudahan.

HANTU MENYAPA TUKANG MASAK DI KANTIN SEKOLAH

Pagi sebelum Subuh, ambo terserempak dengan Abe Li. Abe Li merupakan seorang bekas tentera yang sekarang ini menjadi tukang masak di kantin sekolah. . Bukan Abe Li kasut pink yang main futsal lipak kawan tu. . Abe Li melihat ambo sebaik saja dia keluar bilik memasak. Bergegas hendak pulang. . “Alllah ustaz… terkena ambo pagi ni.” Spontan saja terucap dari mulut Abe Li sebaik melihat ambo berjalan menuju ke arahnya. . “Aaa… beres. Abe Li kena deh pagi ni. Masa mana Abe Li?” Ambo dah tahu apa maksud Abe Li bila dia cakap dia terkena pagi tu. Maksudnya, dia dikacau hantu. . “Dalam pukul 4 macam tu.” . “Acu cuba Abe Li cerita. Ambo nak dengar.” . “Maso ambo duk memotong bawang tu, dengar pintu roller shutter ni bergegar. Ambo ingatkan budak. Ambo pun kata ‘Mu nak apa?’ Lepas tu senyap.” Abe Li bercerita sambil berdiri. . “Lepas tu Abe Li?” Ambo tak sabar nak dengar. Minat dengar cerita hantu. “Lepas tu dalam beberapa minit, ambo dengar suara perempuan dari arah pintu. Pintu memang dah terb

BABI MANA BABI?

“Kawe tak sangka, dalam ramai-ramai sain kawe, ada yang dipanggil babi.” Abon memulakan cerita di warung kopi selepas bermain futsal. . Masalah Abe Li sudah Abon selesaikan. Tapi Abe Li masih lagi gelisah. Kejap pandang handphone. Kejap merenung siling warung kopi. . “Aaa… kasar Bon. Demo sain dengan babi ke sekarang ni?.” Jes terkejut dengan mukadimah cerita Abon. . “Bukan Bos Jes. Macam ni. Masa kawe duduk minum kopi tu, sain kawe mari. Muka dia masam. Lepas tu dia tanya, ‘bi mano bi?’ Kawe binggung. Kawe pun tanya dia, ‘Bi mana ni?’ Dia memuncung mulut sebagai isyarat, menunjuk ke arah sain kawe di meja sebelah yang sedang makan. ‘Tu, babi tu.’ Kawe terkejut Bos Jes.” Panjang lebar Abon bercerita. . “Benda gitu terkejut demo Bon. Mudah terkejut demo ni.” Nyes mencelah. . “Parah tu. Macam mana boleh sampai macam tu Bon?” Abe Li bertanya. . “Macam ni Bos Li. Siasat punya siasat. Kawe boleh tahu sebab dia marah sampai panggil babi adalah berpunca dari gambar!” Abon sambung bercerita. S

ANTARA KOPI DAN FUTSAL

Team Futsal Abe Li Lepas dari bermain futsal semalam, nampak sain ambo mundar-mandir di luar gelanggang. Peluh masih basah. Tangannya memegang handphone. Mukanya berkerut, nampak berserabut. . “Abe Li, beres ke tu? Nampak berserabut. Ada masalah besar ke?” Abon bertanya kepada Abe Li. . Memang Abon ni seorang kawan yang selalu menyibuk masalah kawannya. . “Masalah besar ni Bon. Aduuu la. Berasa bodoh piau dah ni dengan diri sendiri.” Abe Li menjawab. Nadanya cemas. . “Aaa… masalah apa tu Abe Li. Mari duduk. Cuba cerita apa masalahnya. Kita bincang. Ramai sain-sain nak dengar masalah Abe Li ni. Jes ada, Koha ada, Nyes ada, Jamel ada.” Abon nampak bijak menyusun kata. . Abe Li duduk di bangku yang tersedia di luar gelanggang. Peluh bermain futsal masih berjujuran turun hingga basah kasut pink yang dipakai olehnya. . “Kawe lipak sain kawe ni. Ado sain kawe ajak mengopi (lepak sambil minum kopi) malam ni. Lepas tu kawe lipak. Bagitahu dia kawe nak rest malam ni sebab pagi esok nak gerak ke

UEL SEMI FINAL : MANCHESTER UNITED TEWAS KEPADA SEVILLA 1 - 2

Bruno Penaldes “Awak, ada nampk Faiz tak? Biasa waktu macam ni dia ada di kantin.” Kawan ambo yang sekali imbas, rupa parasnya nampak lebih matang berbanding usia menanya ambo. “Sekarang ni tak ada. Dekat bilik guru tadi ada nampak dia. Macam tak berapa sihat. Monyok.” Ambo menjawab pertanyaan kawan ambo. Azhar nama dia. “Saya perhati lama dah perangai Faiz ni. Mesti ada benda yang tak kena kalau dia monyok macam tu. Awak tak perasan ke?” Tanya Azhar lagi sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya. “Saya perasan juga tu. Faiz kalau dia monyok, biasanya ada dua sebab. Sebab pertama bila awek tak balas whatsapp. Sebab nombor dua awak tahu tak?” Tanya pula ambo kepada Azhar. “Tahu! Tahu!.” Laju Azhar menjawab sambil melirik senyuman sinis. “Apa dia awak?” Ambo rasa geli hati bila tengok Azhar senyum macam tu. “Bila Manyu kalah game!! Hahaha” Bukan main kuat lagi Azhar ketawa.

"GUANA PRESS...SEKALO BERES"

Masa habis kelas ambo tadi, ambo melintas kelas tingkatan 4. Ambo tengok sahabat ambo tengah mengajar. Ambo berhenti kejap. Macam sedap topik yang dia ajar. Topik sedap, ulasan dari cikgu yang mengajar pun boleh tahan bersemangat. Macam dengar ceramah politik. Hari ini naik, esok minyak turun singgit lima puluh sen. Ambo pelik. Sain ambo mengajar Prinsip Akaun. Tapi masa tu dia ajar subjek Feqh. Bab sembelihan. Tengah cerita tips-tips sembelih binatang korban. Bagaimana lembu yang kurus, tapi boleh dapat banyak daging. “Awak semua paling kurang kena tahu cara nak sembelih ayam, biri-biri, lembu. Kemahiran yang perlu ada pada semua yang bergelar lelaki. Nanti, mertua suruh sembelih lembu, boleh sembelih. Tak kekok. Kena belajar. Kena usaha sampai pandai. Jangan asyik main pubg, moba. Lepas tu berjoget buat video tiktok macam beruk manyes.” Bersemangat dia syarah, macam dirasuk. Lepas tu ada seorang pelajar di barisan belakang angkat tangan. “Cikgu, guano press tu… sekalo bereh.”

MANCHESTER UNITED IS PENCHESTER UNITED / PENALTY UNITED?

Penchester United aka Penalty United “Betul ke Manchester United tukar nama kelab sekarang ni?” Aku bertanya kepada sahabat aku semasa makan di kantin pagi tadi. “Tukar nama? Nama apa? Aku tak tahu. Setakat aku jadi penyokong setia Manchester United, tak pernah lagi Manchester tukar nama.” Nampak terkejut sahabat aku. Seakan-akan percaya dalam tidak percaya. “Aku tengok Twitter tadi. Ada satu tweet bertulis ‘Manchester United is Penchester United’ . Itu sebab aku tanya tu. Maklumat sahih mesti ada dengan kau. Penchester. Bunyi sedap juga.” Aku jelaskan kepada dia. Lama dia tengok aku. Pandangan dia menembusi mata aku. Nampak macam dia tengah berfikir. Menerawang jauh. Menggali maklumat dalam benak kepala; kenapa Manchester United jadi Penchester United. Sahabat aku yang duduk meja sebelah menoleh kepada kami. Kepala dia botak. Nampak macam nak sertai perbualan kami. “Korang dua orang tak tahu ke kenapa jadi Penchester? Ni, tengok gambar ni.” Sahabat aku tunjuk skrin telefon dia yang te

FUTSAL ALUMNI AMTAQ AIDILADHA; TAKTIK GERILA G21

Team G21 yang belum lengkap Asalnya ambo daftar sebagai pemain team G21 pada futsal alumni baru-baru ni. . Bila tengok player team G21 sudah ramai walapun ada yang lipak kehadiran, ambo beralih untuk bersama-sama dengan team batch, gen 24. . Masa awal tu, ambo rasa was-was pasal Kapten G21 bagitahu, “Kalau demo nak jadi ‘champion’ malam ni, demo kena main dengan team G21.” . Ambo duduk termenung sejenak. Gerak hati ambo lebih cenderung untuk bersama dengan batch sendiri. . “Tak apalah Kapten Jesh, ambo undur diri lah. Team G21 cukup molek tu pemain. Sek 24, pemain pun tak cukup. Lagipun G21 ramai wakil PEKDIS. Ada import player Johor kasut pink.” Ambo rendah hati mohon undur diri. . “Beres kalau macam tu. Team kawe nak guna taktik gerila malam ni. Main macam Real Madrid lawan Barcelona dulu-dulu. Kepung ramai-ramai, cari kaki dulu. Masa main tu muka serius. Biar pemain lawan panas dan rasa diprovok.” . “Tak bergaduh ke nanti? Kang panas-panas jadi stage tomoi pula.” Ambo buat-buat risa

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 'SINGLE'

Selamat Hari Raya Aidiladha 'Single' Biasanya ambo akan jumpa dengan sahabat ambo ni pada hari raya pertama lagi. Rumah dia dengan rumah ambo tak berapa jauh. Sekangkang kera. Kampung sebelah menyebelah. Hari ni ambo jumpa dia lewat sikit. Dia nampak bersahaja. Misai baru trim. Nampak rapi. Ambo pun ucap, “Selamat hari raya ber’single’ sobat.” Dia tengok ambo. Kelopak matanya berkelip dua tiga kali. Ambo pun ucap sekali lagi, “Selamat hari raya ‘single’ sobat!” Nada suara sedikit tinggi. Dia pun tanya ambo, “Apa benda single tu?” Alosss. Dia blur rupanya. “Single tu demo la. Demo kan single. Bujang. Tak menikah lagi.” Ambo bagitahu dia. “Ooo… samalah dengan demo. Tak beza sangat kita dua sebenarnya. Demo pun single juga. Kahwin tapi duduk berjauhan. Sama jah tu dengan kawe. Hahaha.”

IDOLA ANDRES INIESTA

Kawan ambo yang dulu periang kini nampak suram. Dia kerja di Hulu Terengganu dan tiap-tiap minggu balik ke Kelantan. Jarang nampak dia muram begini. . Semalam semasa duduk di kedai kaklong, ambo cuba siasat apa punca dia jadi muram dan suram. . Aku tanya dia, “Wei laaa… kawe tengok nampak parah benar demo sekarang ni? Emosi koyak. Ada masalah ke?” . Dia tak tengok pun mata aku. Mata dia asyik tengok kaklong yang jaga kaunter jauh di sana. Hairan betul. . “Wei, jawab la.” Aku serius.. . Kali ni dia berpaling sambil tersenyum. Senyum sebab boleh tengok kaklong agaknya. . “Ya, betul tu. Ada masalah besar sekarang ni. Kawe tengah dilema dan kena buat pilihan yang  terbaik .” . “Dilema nah. Dilema macam mana tu?” Aku tanya lagi. . “Macam ni, sebelum ni kawe main posisi tengah. Midfielder. Sekarang team kawe kekurangan pemain defend. Jadi, mereka nak kawe main defender.” . “Habis tu? Apa masalahnya? Demo kan bisa main defend. Tak boleh bola, demo rem

COCONUT SHAKE MOKSU DI PASIR MAS, SEDAP TAK TERKATA

Air Tikrie Bagi yang berada di Pasir Mas, Kedai Warung Kurnia Ibu atau lebih popular dengan Kedai Mok Su mesti sudah tahu berapa lama kedai ini sudah bertapak. Dari warung yang sekadar boleh berdiri, kini semakin membesar dan dapat memuatkan lebih 50 orang dalam satu-satu masa. Apa yang istimewanya kedai ini adalah coconut shake-nya yang begitu sedap. Sejak dari awal berdirinya kedai Mok Su ini, menu coconut shake adalah menu utamanya. Bila sebut nak makan air coconut shake, mesti yang terlintas di kepala adalah Kedai Mok Su. RESIPI COCONUT SHAKE Aku pun tak berapa jelas, resipi apa yang diguna oleh Mok Su sehingga coconut shakenya begitu sedap dan digemari ramai. Aku cuma syak yang rahsianya adalah menggunakan aiskrim jenama Mognolia selain menggunakan betul-betul air kelapa. Bukan air masak atau air kelapa yang dicampur air. Coconut Shake Coklat MENU KEGEMARAN Setiap kali aku pergi ke Kedai Mok Su, apa yang menjadi kesukaan aku adalah Air Tikrie. Air Tikrie

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, NORMAL BAHARU UNTUK PELAJAR SEKOLAH

Selepas hampir 100 hari PKP dan sekarang ini adalah PKPP, sekolah sudah dibuka untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Peperiksaan SPM, STAM dan STPM antara yang utamanya. Walaupun sekolah dibuka, ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan diambil berat oleh pihak sekolah yang mana ianya dipanggil dengan SOP (Standard Operation Procedure) pasca COVID-19. Laluan Pergi dan Balik Pelajar Sekolah aku juga sudah dibuka seperti biasa. Sesi persekolahan bermula 24 Jun, tapi disebabkan sekolah ini adalah sebuah sekolah berasrama penuh, maka pelajar datang pada petang 23 Jun lagi. Bermakna pelajar akan bermalam di asrama pada malam itu. Normal baharu sudah aku siapkan sebelum itu, iaitu dengan membahagikan pelajar kepada 8 orang sebilik dengan penjarakan satu meter antara katil dengan katil yang lain. Hari pertama persekolahan selepas PKP. YIK dah datang melawat. Kebiasaannya, setiap bilik memuatkan 20 orang pelajar. Had muatan yang paling maksima dalam bilik

FOOD REVIEW : NASI KERABU ABE YIE DEPAN PETRON SALOR, LAUK PERUT BAKAR

Perut Bakar Jalan-jalan di Kelantan dan mencari port kedai makan terbaik? Duduk berdekatan dengan Pasir Mas? Aaaa... maknanya wajib kena pergi Kedai Nasi Kerabu Abe Yie ni. Aduuu laaa. Aku pula lama betul mengidam nak makan Nasi Kerabu Kedai Abe Yie ni. Hari ni baru boleh merasa. Nasi kerabu kedai ni eksotik sikit. Istimewa dia ada lauk perut bakar dan lidah bakar. Dihidangkan pula sekali dengan kicap digaul bawang, lada dan asam limau sebagai pencicah. Aummm... masyuk betul rasanya. Sambal Kicap Lauk perut bakar ni memang sedap. Walaupun dibakar, ianya begitu juicy. Tengok pun dah kecur air liur. Bila dicicah dengan kicap, rasanya memang sedap. Secukup rasa bila diadun pula dengan nasi kerabu dengan tumis budu. Aduuu.. meleleh air liur. Peminat perut boleh cuba Kedai Abe Yie ni. Rasanya yang pejal-pejal bersama dengan aroma asap yang dibakar. Memang masuk dengan kicap sebagai pencicah. Puas hati! Padu bos! Nasi Kerabu. Sepinggan berharga RM 2