Skip to main content

HANTU MENYAPA TUKANG MASAK DI KANTIN SEKOLAH


Pagi sebelum Subuh, ambo terserempak dengan Abe Li. Abe Li merupakan seorang bekas tentera yang sekarang ini menjadi tukang masak di kantin sekolah.

.


Bukan Abe Li kasut pink yang main futsal lipak kawan tu.

.


Abe Li melihat ambo sebaik saja dia keluar bilik memasak. Bergegas hendak pulang.

.


“Alllah ustaz… terkena ambo pagi ni.” Spontan saja terucap dari mulut Abe Li sebaik melihat ambo berjalan menuju ke arahnya.

.


“Aaa… beres. Abe Li kena deh pagi ni. Masa mana Abe Li?” Ambo dah tahu apa maksud Abe Li bila dia cakap dia terkena pagi tu. Maksudnya, dia dikacau hantu.

.

“Dalam pukul 4 macam tu.”

.

“Acu cuba Abe Li cerita. Ambo nak dengar.”

.

“Maso ambo duk memotong bawang tu, dengar pintu roller shutter ni bergegar. Ambo ingatkan budak. Ambo pun kata ‘Mu nak apa?’ Lepas tu senyap.” Abe Li bercerita sambil berdiri.

.

“Lepas tu Abe Li?” Ambo tak sabar nak dengar. Minat dengar cerita hantu.


“Lepas tu dalam beberapa minit, ambo dengar suara perempuan dari arah pintu. Pintu memang dah terbuka. Dia cakap ‘Abe Li, buat apa tuuuuuu?’ Jelas betul suaranya. Ambo pun pergi la dekat pintu. Nak tengok siapa yang memanggil. Rupa-rupanya tiada orang!”

.

Abe Li menyambung ceritanya.

.

“Ambo masa tu meremang habis bulu roma, sampai tengkuk. Hati mari rasa takut. Tapi ambo lawan. Buat berani. Masa ni ambo memaki hantu tu dengan suara yang kuat sambil sambung potong bawang. Ambo turut tanya dia, ‘Mu tak puas hati ke dengan aku? Mari keluar, kita berbincang!’”

.

“Masa tu senyap. Tak bunyi apa-apa. Ambo pun pergi dekat pintu, ambo pasang audio mengaji. Kemudian nampak pokok di hadapan kantin bergoyang kuat. Angin tak ada. Pokok lain pun tak bergoyang. ‘Mu duk sini rupanya.’” Cerita Abe Li dah nak sampai ke penghujung.

.

“Aiii… kalau pokok tu. Depan rumah kita tu Abe Li.” Aku turut berasa seram bila Abe Li tunjuk pokok yang arah kiri sedikit menghadap rumah aku.

.


“Ooo… malam ni dia tumpang rumah tu la. Sejuk duduk atas pokok ni.” Abe Li nak bergurau.


Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci