Skip to main content

HILANG BISA, TINGGAL TARING

Atas kiri; Amin, Syuaib, Hakimi, Hafiz
Bawah dari kiri; Arafat, Faiz, Jamil, Shauqi

Terima kasih kepada alumni MTAQ kerana menganjur futsal mahabbah untuk ahli-ahlinya. Penganjurannya boleh dikatakan berjaya kerana hampir kesemua batch kecuali satu batch; bermula batch 21 hingga batch 29 yang berdaftar.


Pada mulanya, team kami batch 24 ni agak hambar. Suam-suam kuku bila yang nak bermain cuma 5 orang sahaja.


Tapi, akhirnya cukup satu team. Rupanya ada beberapa ‘player star’ kena pm tepi, merayu supaya turun beraksi.


Diletakkan bersama team batch 21, 25 dan juga Golden Age boleh dikatakan agak mencabar kerana team mereka telah menempa nama di peringkat antarabangsa. Dulu-dulu, satu Mesir kenal dengan team mereka. Jazari FC & Jentufy FC. 


Kena pula game pertama, team kami kalah 0-1 dengan batch 21. Semangat kami mula pudar. Tambahan, player star kami belum sampai lagi.


Tapi kami bangkit dengan seri 1-1 melawan Golden Age. Dan penentu untuk kami mara ke tempat ketiga dan keempat adalah perlawanan dengan batch 25.


Kami gugup. Mereka ada ramai atlit. Seorang tu atlit kayuh basikal 100km sehala. Seorang lagi ayam tambatan Ultimate FC. Mental kami mula bercelaru.


Ketika berbincang posisi dan taktikal, kami mendapat satu khabar gembira. Ada seorang batch kami, Izhar Amin aka IFAB, taikun besar yang duduk jauh di sana telah bank in bayaran sebanyak RM 1000 untuk perbelanjaan kami malam itu.


Ahh. Tiba-tiba semangat kami yang gentar telah menjulang tinggi. Kami tekad untuk tidak mahu menghampakan harapan beliau. Terima kasih taukey Mawar Teraju Sdn Bhd, Nak beli baja, nak beli pisang tanduk, nak buat rumah, boleh deal dengan dia.


Akhirnya, kami berjaya memberi kesedihan buat team batch 25 dan menjadikan kami berada di tempat kedua dalam kumpulan, bawah team batch 21.


Rupa-rupanya, team batch 25 ni biasa-biasa sahaja. Ini bermakna kami dapat pergi ke peringkat penentuan tempat ketiga dan keempat. Berentap melawan team batch 29.


Wisel penamat berbunyi. Dengan jaringan 4-1 melawan team batch 29, berjaya menjadikan kami berada di tempat ketiga untuk keseluruhan liga futsal alumni kali ini.


Satu pencapaian yang boleh dibanggakan buat batch kami. Taring tu ada, tapi bisanya telah hilang.


Terima kasih presiden AMTAQ, Adib Saat kerana dapat mengumpulkan kami semua di sini. Berukhuwah sambil bersukan. 

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.