Kita tunjuk kepada yang masih bujang.
“Bos Yi, jauh betul demo nak menikah. Rentas negeri tu.” Ambo tanya sain ambo, Bakari.
“Jauh pun, bila kawe kata nak, kawe tak hirau dah.” Dia jawab dengan nada sedikit tinggi.
“Demo fikir sehabis molek dah ke?”
“Hmmm… kawe fikir sehabis,dua habis tiga habis. Banyak kali dah kawe fikir sampai habis. Tapi bila sayang dan cinta itu sungguh tinggi dan menebal, jauh pun kawe rela.” Sambil tangannya buat isyarat tinggi melepasi kepala.
“Molek dan sangat molek kalau begitu. Demo ada prinsip. Kawe sebagai sain akan support dan sokong demo. Lepas ni, kita cakap guna ‘hang’ dengan ‘cheq’ pun kawe rela.”
“Ermm… hang ni, cheq ligan baru tahu. ‘Kopek’ hang tahu ke padia maksud dia?” Tanya Bakari sambil tersengih.
“Amboi… pandai dah sebut ‘kopek’.”
**kopek dalam bahasa loghat utara bermaksud dompet/beg duit
********
Tahniah buat sahabat semeja kedai kopi ambo. Sudah melangsungkan perkahwinan. Moga rumah tangga yang dibina sentiasa bahagia dan dalam rahmat Allah.
.
Ada dua lagi dalam gambar, sahabat ambo yang belum ada suri dalam hidup mereka. Seorang sahabat peneman hutan
Muzakkir Zakaria
, seorang lagi sahabat starbuck Mohd Ikram
.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.