Skip to main content

COMMUNITY SHIELD CUP 2020 : ARSENAL JUARA

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1mohGM7iXxP8TAnvWs2iNm6eE-fGRlccg

Siapa sangka Arsenal boleh julang Piala Perisai Komuniti 2020? Tak ada yang sangka kecuali fans Arsenal sendiri. Lawan Liverpool kot. Team paling power dalam EPL.
.

Tapi, nampaknya team paling power telah tersungkur di kaki Arsenal dan ini menjadikan Arsenal adalah team paling power di seluruh England. Bukan Manchester United, bukan juga Chelsea, bukan juga Manchester City. Tottenham? Lagi la bukan!
.

Arsenal mendahului dengan 1-0 melalui jaringan Aubameyang. Serius, gol Aubameyang memang sangat cantik sengan rembatan melengkung dari sisi sebelah kiri padang dan menerjah gawang Alonso di sebelah kanan. Gerakan cantik dan Aubameyang pandai menggunakan peluang yang sedia terhidang.
.

Kemudian, permainan sedikit hambar. Arsenal kelihatan bermain secara bertahan. Tapi boleh tahan juga pertahanan Arsenal. Kukuh walaupun ada David Luiz sebagai Center Defender. Budak muda, Rob Holding dan Tierniey boleh puji. Rajin dan fokus.
.

Taktik bertahan Arsenal tidak bertahan selamanya bila gawang Martinez bolos dengan jaringan Minamino. Kecewa sekejap bila tengok gol Liverpool. Gol hasil gerakan lincah Salah menyebabkan pertahanan Arsenal kalut dan kucar-kacir. Masa ini lah bola sampai ke kaki Minamino yang terus menjaringkan gol.
.

Permainan seri sehingga tamat separuh masa kedua dan diteruskan dengan sepakan penalti untuk menentukan siapa pemenang. Akhirnya Arsenal menang jaringan 5-4 yang mana kesemua pengambil penalti Arsenal menjaringkan gol. Pemain Liverpool, Brewster telah mensia-siakan peluang apabila sepakannya terkenal palang gol dan dia adalah antara sebab besar Liverpool kalah pada malam ini.
.

Tapi tak mengapa Brewster. You will never walk alone kerana masih ramai lagi pemain-pemain Liverpool seperti anda. Selalu menyusahkan team. Kalau tak ada pemain, peminat Liverpool masih ada yang jenis menyusahkan orang lain seperti anda. Hik hik hik.

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google