UEL SEMI FINAL : MANCHESTER UNITED TEWAS KEPADA SEVILLA 1 - 2

Bruno Penaldes

“Awak, ada nampk Faiz tak? Biasa waktu macam ni dia ada di kantin.” Kawan ambo yang sekali imbas, rupa parasnya nampak lebih matang berbanding usia menanya ambo.

“Sekarang ni tak ada. Dekat bilik guru tadi ada nampak dia. Macam tak berapa sihat. Monyok.” Ambo menjawab pertanyaan kawan ambo. Azhar nama dia.

“Saya perhati lama dah perangai Faiz ni. Mesti ada benda yang tak kena kalau dia monyok macam tu. Awak tak perasan ke?” Tanya Azhar lagi sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.

“Saya perasan juga tu. Faiz kalau dia monyok, biasanya ada dua sebab. Sebab pertama bila awek tak balas whatsapp. Sebab nombor dua awak tahu tak?” Tanya pula ambo kepada Azhar.

“Tahu! Tahu!.” Laju Azhar menjawab sambil melirik senyuman sinis.

“Apa dia awak?” Ambo rasa geli hati bila tengok Azhar senyum macam tu.

“Bila Manyu kalah game!! Hahaha” Bukan main kuat lagi Azhar ketawa.

Comments

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK