Asalnya ambo daftar sebagai pemain team G21 pada futsal alumni baru-baru ni.
.
Bila tengok player team G21 sudah ramai walapun ada yang lipak kehadiran, ambo beralih untuk bersama-sama dengan team batch, gen 24.
.
Masa awal tu, ambo rasa was-was pasal Kapten G21 bagitahu, “Kalau demo nak jadi ‘champion’ malam ni, demo kena main dengan team G21.”
.
Ambo duduk termenung sejenak. Gerak hati ambo lebih cenderung untuk bersama dengan batch sendiri.
.
“Tak apalah Kapten Jesh, ambo undur diri lah. Team G21 cukup molek tu pemain. Sek 24, pemain pun tak cukup. Lagipun G21 ramai wakil PEKDIS. Ada import player Johor kasut pink.” Ambo rendah hati mohon undur diri.
.
“Beres kalau macam tu. Team kawe nak guna taktik gerila malam ni. Main macam Real Madrid lawan Barcelona dulu-dulu. Kepung ramai-ramai, cari kaki dulu. Masa main tu muka serius. Biar pemain lawan panas dan rasa diprovok.”
.
“Tak bergaduh ke nanti? Kang panas-panas jadi stage tomoi pula.” Ambo buat-buat risau.
.
“Rileks. Dalam court jah gitu. Buat-buat main kasar sikit. Kita kan alumni tahfiz, takkan nak buat betul-betul. Luar court nanti kita salam-salam la.” Kapten Jesh beri jaminan.
.
“Okay… baiklah kalau macam tu. Nanti sek kawe bahagian panas line dari luar court deh.”
.
Tamat liga, team G21 dapat tempat naib johan. Taktik gerila tak menjadi. Salah taktik atau salah goal keeper?
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.