Selamat Hari Buruh untuk para pekerja di Malaysia. Genap juga sebulan pelaksanaan GST 6% oleh kerajaan Malaysia. Sudah berapa juta, berapa billion hasil GST yang berjaya dikutip? Sudah berapa banyak barang - barang yang turun seperti yang didakwa oleh para menteri yang dapat meringankan beban marhaen? Sebulan pelasanaannya, semuanya boleh dinilai oleh jiwa dan raga. Secara amnya, mental dan fizikal sememangnya terkesan oleh kesan GST ini. Stress jiwa, penat raga.
Kalau awal - awal April hari tu, rakyat naik bengang disebakan harga isian prepaid naik sebanyak 60 sen untuk setiap isian yang bernilai RM 10. Maka, datanglah hero malaya, Pak Menteri Kewangan Ahmad Maslan untuk menjernihan keadaan. Kononnya untuk menenangkan suasana. Katanya, dia akan bermesyuarat dengan syarikat - syarikat telco ini dan hasilnya, syarikat telco meminta masa sebulan untuk mengkajinya dan harga prepaid akan kembali seperti asal pada awal bulan Mei.
Asalnya dia sendiri kecoh di twitter menerangkan yang harga prepaid tidak akan naik apabila GST dilaksanakan. Kononnya sedang memberi pendidikan GST kepada rakyat melalui akaun twitter. Katanya, GST akan menggantikan SST dan harganya kalau ikut logik, tidak akan naik. Tapi, tergamaknya semua syarikat telco di Malaysia ni menaikkan harga prepaid dan membuatkan Ahmad Maslan terkontang - kanting mencari jawapan untuk menutup kenyataan awalnya itu.
Pagi semalam Ahmad Maslan yakin yang harga prepaid akan kembali seperti asal. Tup - tup, pada petangnya SKMM mengeluarkan kenyataan yang harga prepaid untuk turun harga tu tak jadi pula. Tergantung. Kajian belum habis lagi dan tidak dapat hasil lagi daripada kajian tersebut. Habis? Macam mana Maslan nak jawab dengan rakyat? Sekarang ni rakyat tengok sketsa Ahmad Maslan dan Ahmad Maslan dengan trending CGPA 3.85 seolah - olah menjadi viral dan bahan troll di laman - laman media.
Sekarang ni, rakyat dah bijak wahai Pak Menteri. Gaji menteri yang banyak tak menjamin kebijaksaanaan para pemimpin. Tengok sahaja Tun Mahathir. Dia pun bukannya bijak sangat bila Ahmad Maslan kata yang Tun Mahathir sendiri pun belum jelas lagi pasal GST. Mufti Perlis Dr. Asri pun terkecuali juga daripada memahami dengan baik apa itu sistem GST yang dilaksanakan di Malaysia. Hanya Ahmad Maslan yang ada pengetahuan yang penuh tentang GST.
"jadi menteri tak semestinya otak pandai",,,, hehe..... kat universiti sekarang ni dh ramai pelapis pak/mak menteri sama buat PhD nak menunjukkan klu mereka dpt jd menteri penuh kebijasanaan mereka terserlah dgn pangkat lulus di sijil.... huhu... sedangkan ada menteri yg dh ada PhD, bila viva siap bawa assistant... apa kes.... lepas juga, kalau tak lepas universiti yg kena saman.... power is everything.... sekali kena hentam masa msa viva habis keturunan si penghentam kena gum...
ReplyDeletesengan syarikat telco besar besar ni bila x dengar cakap kerajaan, tak berani pulak kerajaan nak ambil tindakan kan... asyik ajak berunding macam kes service charges hotel gak.... sementara nak tunggu diorg settle berunding tu, dah berjuta juta Duit hasil GST diorg dapat.
ReplyDelete*dengan
ReplyDelete