View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan |
Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya.
Rezeki dapat parking di starting point |
Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung.
Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi |
Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-lebih lagi bila hari minggu. Majoritinya adalah penduduk sekitar sini juga. Jadi, untuk yang nak datang ke sini, rancanglah dengan baik perjalanan. Ada orang jenis tak suka bersesak dengan manusia lain untuk menikmat indahnya alam.
Gunung Reng di balik awan |
Di mana Bukit Salor? Bukit Salor ini terletak di Jeli. Sekiranya datang dari Kota Bharu, ianya menghala ke Jalan Grik ada lorong sebelah kanan selepas USK Loader & Towing Enterprise. Ambil lorong tu dan terus masuk sampai ke starting point. Kalau lewat, nanti kena parking dekat luar tu dan kena berjalan sampai ke starting point.
View di starting point |
Seeloknya datang terus selepas Subuh. Kalau lagi boleh, solat Subuh di starting point. Sebab apa? Sebab kawasan bukit ini adalah bukit yang telah diteres untuk penanaman. Jadi, tidak ada pokok-pokok yang tinggi seperti dalam hutan dara atau pun hutan simpan kekal. Pokok ini penting sebab nanti bila matahari tinggi, tidak ada bayang untuk berlindung. Jadi, habislah kulit yang putih menjadi gelap. Kalau yang dah asal gelap tu, tak apa la.
Guide Bukit Salor, Kak Adah |
Tips dia, kalau tak boleh datang awal, siap sedia la dengan payung untuk korang berteduh dari panasnya matahari.
Semasa di starting point, trek dia adalah trek yang bersimen. Trek yang bersimen ni terus sampai ke hujung menara telekomunikasi. Jadi sebenarnya dia ada 2 bukit untuk korang naik. Satu boleh terus ke menara telekomunikasi, satu lagi yang menghala ke Bukit Salor. Nanti dia ada persimpangan, ke kiri ke menara, dan ke kanan ke Bukit Salor. Korang pilih sendiri, ke kiri dekat sikit. Ke kanan perjalanan masih lagi jauh.
Bukit yang diteres. Tida ada pohon-pohon yang tinggi merimbun |
Jika memilih yang kanan, nanti ada 2 trek lagi. Satu trek yang pacak dan satu lagi trek yang landai dan santai. Sesiapa yang ingin cepat sampai, pilih la trek yang pacak tu. Siapa yang tak cukup nafas, pilih la trek yang landai tetapi sedikit panjang. Jangan risau, dua-dua trek ni akan sampai ke puncak Bukit Salor. Aku cuma pilih trek yang landai sebab aku tahu aku tak padu untuk pilih trek pacak.
Sangat meriah. Ramai orang seperti ada pasar malam. |
Petanda dah sampai puncak bila terdapat bendera Malaysia dan Kelantan terpacak di akar pokok yang tumbang. Itu adalah port untuk bergambar yang berlatar belakang Gunung Reng. Berbanding dengan Bukit Salor, rasanya Bukit Salor lebih tertinggi jika diukur mengikut mata yang melihat.
Karpet sebelum menebal. Kelihatan Gunung Reng yang malu-malu. |
Dah sampai puncak, ambil la gambar banyak-banyak untuk post di Facebook dan buat orang dengki. Hahaha.
Karpet menebal sepenuhnya. Yang baju biru tu bukan penjual karpet ye. |
Trimas info bos
ReplyDeleteSama-sama bos
DeletePenuh info boss… mantapp Thank Youu
ReplyDeleteSama-sama berkongsi info bos.
DeleteBerapa minit ni bos nak sampai puncak agak-agak?
ReplyDeletedalam 20 minit je jalan santai-santai. pergi awal, udara fresh, matahari masih lagi tak ada, jadi tak panas sangat.
DeleteMudah solat subuh di puncak atau di kaki bukit?
ReplyDeletesaya haritu solat subuh dekat petronas bukit panau. kalau datang awal, boleh solat subuh di puncak bukit terus. tapi ambil wudhuk siap-siap kalau tak bawa air. dekat atas sana tak ada punca air atau paip air.
Deletesalam…lokasi nak masuk parking tu kat mana ye…asyik tersilap masuk je..adui
ReplyDeleteParking dekat sebelum jalan semen tu. Dekat area sini https://goo.gl/maps/caAd9XkzSeF7oZxT9
Delete