Skip to main content

CARI KERJA SANTAI DI KELANTAN?



Bila duduk semeja dengan orang yang ada skrol Master, perbualan dia jadi lain sikit. Ambo adalah antara orang yang bertuah malam tadi.
.
“Mad, demo kerja KL, acap kali balik Kelantan sebab nak ziarah ayah yang tak berapa sihat. Kawe rasa, baik demo cari kerja di Kelantan. Boleh duduk dekat dengan mak ayah. Bila-bila masa boleh jenguk mak ayah.”
.
“Betul. Kawe ada terlintas juga. Tapi kalau balik Kelantan, kawe tak sempat cover.” Kening Mad berkerut.
.
“Apa yang tak sempat cover?” Ambo tanya dia.
.
“Hutang. Kawe kerja sekarang ni banyak untuk cover hutang. Kalau balik Kelantan, rasa tak sempat nak cover. Kena start balik dari gaji basic.”
.
“Ooo… banyak hutang. Kawe bagi cadangan jer. Pasal Mad orang bijak, ada Master, malam-malam pakai spek kuning. Mesti ada planing lain.”
.
“Plan setakat ni ada. Rasa nak cari kerja yang rilek-rilek sikit.”
.
“Kerja sekarang tak rilek ke?”
.
“Tak rilek. Letih sangat sehingga kawe rasa kawe tak ada masa untuk diri sendiri. Kehidupan kawe seharian hanya untuk kerja. Balik kerja dalam pukul 5-6 petang. Kadang-kadang lepas Maghrib boleh terlelap. Balik rumah nampak macam balik, tapi banyak benda kena fikir pasal kerja untuk esok.” Panjang Mad cerita pasal kerja dia.
.
“Ooo… penat juga. Ada Mad kerja rilek, boleh duduk di Kelantan.” Ambo cuba bagi solusi.
.
“Ada? Kerja apa?” Mad teruja. Macam ada sinar harapan.
.
“Kerja dengan YIK!”

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.