Lata Mawo, Jeli. Belum lagi ramai pengunjung. |
Selepas pulang dari hiking Bukit Salor baru-baru ini, guide aku, Kak Adah telah buat satu deal untuk masuk ke Lata Mawo dengan kenalannya. Katanya tempat ini baru sangat dijumpai oleh orang tempatan. Aku cakap okay saja memandangkan hari masih lagi cerah dan panjang.
Lata Mawo. Tak pernah dengar. Cantik ke? Menarik ke? Itu pertanyaan yang buat aku jadi bertambah nak masuk tengok macam mana rupanya. Mungkin boleh jadi antara salah satu tempat menarik di Jeli dan juga tempat menarik di Kelantan.
Untuk masuk ke tempat ini, perlu menggunakan powil (four wheel) atau pick-up truck. Jalan balak dan dan kena menaiki bukit. Ada lopak air dan kena melintasi anak sungai. Kalau pergi dengan kereta Iswara, memang jahanam la kereta. Lagi-lagi kereta tu lowered.
Powil yang digunakan untuk mengangkut pengunjung. |
Jalannya masuk ke Kampung Batu Melintang. Terus sahaja menuju ke Empangan Pergau dan simpangnya sebelah kanan sebelum sampai di Empangan Pergau. Tidak ada signboard. Parking sahaja kereta di area situ, nanti powil akan siap sedia untuk mengangkut penumpang.
Powil ni bukan setiap masa tunggu orang di sini untuk masuk ke dalam. Kena deal dengan orang luar sana. Kalau macam aku, guide aku deal dengan lelaki yang bernama Mat Yie. Aku tak kenal. Tapi orang tempatan. Dia yang akan cari powil dan cari lagi mana-mana manusia yang nak pergi untuk cukupkan powil. Bayaran powil aku hari tu RM 5. Bayar selepas keluar semula ke tempat parking.
Tempat ini merupakan tempat private. Sebab semasa perjalanan tu, powil aku ini berhenti dan Mat Yi tadi turun untuk membuka pintu pagar. Ya, ada pintu pagar besar di tengah jalan balak dan berkunci. Kalau korang masuk sesuka hati walaupun dengan powil sendiri, tak ada anak kunci, memang tak boleh sampai juga.
Merentas jalan balak yang berlumpur dengan powil. Best dan mendebar. |
Dalam 10-15 minit naik powil, sampailah dekat air terjun untuk berkelah. Pengalaman naik powil yang merentas sungai dan lopak itu agak menarik. Katanya guide aku, boleh naik atas lagi dan ada tempat yang menarik lagi, tapi ada satu powil tu dah parking siap-siap kat hadapan dan mengganggu powil yang aku naik untuk terus ke hadapan. Jadi, turunlah juga kami dekat situ.
Tempat tu ada air terjun. Tinggi juga air terjun dan air juga laju. Kalau letak kepala bawah air terjun tu, boleh bengang kepala. Air kat bawah air terjun tak ada dalam sangat.Dekat lutut. Tapi air yang terjun dari atas tu betul-betul laju sampai tak boleh bawa berbincang.
Turun sikit dari tempat powil parking. Di depan sana air terjun. |
Cuma kurangnya tempat ni, tak ada port yang landai untuk hampar ground atau tikar untuk berkelah dan duduk berhimpun ramai-ramai. Ada banyak bongkah-bongkah batu yang kecil dan tempatnya sangat sempit. Ada satu family yang datang sekali, bawa bekal dia, siap ada tong icebox lagi, tapi nampak macam menyesal sebab tak ada port yang sesuai untuk berkelah.
Belakang powil penuh dengan gegurl sahaja |
Budak-budak suka la sebab tempat ni tak ada dalam. Cuma sempit untuk mereka bebas berenang dengan pelampung. Bagi aku, tempat ni cantik, tapi kalau dibuat tempat yang luas untuk camping, berkelah, mungkin boleh jadi tarikan sebagai tempat menarik untuk dilawati di Kelantan. Buat masa sekarang, kalau nak bawa keluarga dan anak-anak ke tempat ini, rasanya kurang sesuai.
Ada no powil tak boss..kalau ada boleh share tak
ReplyDeleteWhatsapp saya di 0 1 3 9 5 3 5 6 7 0 untuk no powil.
DeleteSemoga kerajaan negeri giatkan usaha pelancongan di negeri kelantan.
ReplyDeleteYa. Kalau kerajaan dapat cantikkan lagi kawasan ini dan perkenalkan kepada orang luar, insya-Allah ramai pelancong akan datang ke Kelantan. TIdak pun ada orang persendirian yang nak jv dengan kerajaan untuk sama-sama mencantikkan tempat.
Delete