Suasana dalam dewan Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar Pengalaman baharu. Tidak semua yang dapat. Hanya yang dipilih sahaja. Bila dipilih, ia akan menjadi terpilih. "Mil, mesyuarat G9 memutuskan untuk demo pergi ke Bengkel Tahsin al-Fatihah hari Rabu ni." Ustaz Mizwan selaku PK Ko di sekolah memaklumkan kepada aku. "Boleh Ustaz Wan. Dekat mana tu?" Dengar sahaja mesyuarat memutuskan, aku tak fikir panjang nak bagi jawapan. Terima sahaja. Adat bekerja dengan majikan. Nak bantah, nak komen, boleh komen sendiri dalam hati. "Dekat Masjid Ridzwaniah. Pukul 8 pagi hingga 2 petang." Jawab Ustaz Mizwan. Masjid Ridzwaniah terletak dalam daerah Kuala Kangsar. Bersebelahan dengan Kolej Melayu Kuala Kangsar atau dikenali dengan MCKK. Awal pagi lagi aku sampai di masjid ini dengan jentera Honda. Panel pula adalah Ustaz Samad dan juga Ustaz Quddus. Yang Ustaz Quddus cuma menyampaikan teori hukum tajwid. Bahagian klimaks dia adalah penyampaian oleh Ustaz Samad. Suara d
melakar apa yang minda sering kusut