Skip to main content

FINAL TOUCHDOWN SPM SMANF 2022

Pegawai dari PPD Kuala Kangsar datang ke sekolah kami pada hari ini. Segak berbaju batik warna biru. Bercermin kaca. Tertera nama ‘Sabri’ pada nametag di sebelah dada kirinya.

Tuan Sabri datang untuk bertemu dengan semua guru yang mengajar subjek SPM dan juga semua anak-anak SMANF yang akan menduduki peperiksaan bertulis SPM dalam masa 19 hari lagi.

Program Final Touchdown SPM.

“Kita sudah tidak mempunyai masa yang lama. 19 hari sahaja. Ingat 3 perkara ini anak-anak.” Ujar Tuan Sabri tegas.

Program ini berlangsung di dalam Dewan Tun Musa.

“Apa dia 3 perkara tu? Pertama adalah extraordinary. Apa dia extraordinary?” Tanya Tuan Sabri kepada anak-anak SMANF.

“Luar biasa… bersungguh-sungguh….” Jawab anak-anak SMANF. Intonasi suara mereka tidak kuat. Tidak ada keyakinan. Entah betul entah salah agak mereka.

“Ya! Bersungguh-sungguh. Kita usaha sungguh-sungguh. Kalau sebelum ini kita tidur 6 jam, kita pendekkan jadi 5 jam. Sejam itu kita guna untuk belajar. Itu namanya bersungguh-sungguh!” Lantang suara Tuan Sabri.

Anak-anak SMANF nampak mencatit sesuatu ke dalam Buku Kecil Ku milik mereka.
“Yang kedua adalah avoid complancy. Apa dia tu? Kita jangan berasa selesa. Kalau sekarang subjek kita tu kita skor A, jangan berasa selesa. Kita kena pastikan kita dapat A plus.” Sesekali mata Tuan Sabri memandang tepat ke belakang. Di situ ada Cikgu Azu yang tenang mendengar setiap bait ucapan Tuan Sabri.

Sekali lagi nampak anak-anak SMANF mencatit sesuatu ke dalam buku mereka.

“Yang ketiga apa? Yang ketiga adalah 'attitude'. Sikap kamu. Nak berjaya, kena bersikap dengan sikap orang yang berjaya."

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.