Skip to main content

Posts

AHLAN YA RAMADAN

Hidup itu tidak ada rehat. Selama kita hidup, selama itu lah kita bekerja. Kita mencari bekalan yang secukupnya. Sebanyak yang mungkin. Kita menyemai dengan tekun di atas dunia ini. Kita ladangi dia dengan benih yang paling baik. Baja yang paling bermutu dan bekalan air yang sentiasa cukup. Kita semaikan ia, dengan sabar kita menuggu ia membesar. Daripada biji benih ianya bercambah, perlahan - lahan tumbuh meninggi. Sampai masa kita akan menuainya. Kita ambil hasilnya. Bukan di dunia, tapi di akhirat. Selamat datang Ramadan 1444 Hijri. Ahlan. Semoga Ramadan tahun ini adalah Ramadan yang terbaik.

SINGKAT! BAJU KORPORAT 2023

Singkat ke? Macam tak je. “Kawe tak puas hati! Baju kawe singkat! Nak butang pun ketat! Sangkut.” Rintih Amin sambil memegang baju korporat di tangan kanannya. Baju korporat yang diukur sebulan sebelum cuti baru-baru ini sudah siap dijahit. Warnanya lembut dan cantik. Wajib untuk semua guru dan staf. Wajib ambil dan wajib juga bayar. “Sangkut dekat mana Min?” Tanya aku. “Aii… demo… buat-buat tanya. Ni… sangkut sini la.” Jawab Amin sambil tapak tangannya mengusap-usap perut. Sambil usap perut, sambil bibirnya tersenyum bangga. Nak kata boroi, tak boroi. Nampak sado ada lah. Berat Amin 83kg, lebih 3kg dari berat aku. “Betul dah tu Min. Masa demo ukur hari tu, perut demo tak maju ke depan lagi. Dalam masa sebulan lebih ni, perut demo membusung tanpa sedar. Tu jadi tak muat tu.” Jawapan aku seolah-olah berpihak kepada tukang jahit. Seperti bukan salah tukang jahit yang menyebabkan baju Amin singkat. “Masalahnya… bukan kawe sorang. Demo tengok Zikri. Tak muat juga! Sangkut! Lagi terut dari

LATA PERAHU : JANGAN INGAT BANYAKNYA PERAHU

Setahun di Perak, baru sempat jalan-jalan dan pusing-pusing kawasan sekitar. Berbekalkan petrol RM 3 dalam tangki motor berjenama Honda, dapat juga jelajah 2-3 tempat di kawasan daerah Kuala Kangsar dan juga Lenggong. Lata Perahu Mengikut orang tempatan, dulu Lata Perahu dikenali dengan Lata Peghor. Ada sejarah berkait dengan Lata Perahu yang mana dikatakan air dari Lata Perahu ini akan mengalir masuk ke Sungai Temong. Temong pula nama besar dan orang penting dalam sejarah kesultanan negeri Perak. Namanya Tok Temong. Jangan ingat nama Lata Perahu disebabkan sini banyaknya perahu pula. Tempatnya tak adalah besar sangat. Parkiran amat terhad. Dalam 200 meter nak sampai, jalan agak mencanak naik. Tapi Honda Wave boleh naik dan lulus dengan jayanya. Jangan risau, jalan diturap dengan baik. Bukan macam jalan lebuhraya Grik nak ke Jeli. Ada gerai jual makanan dan juga laksa. Boleh makan laksa sambil menikmati pemandangan air sungai yang mengalir. Bunyi uggas-unggas hutan berkicauan mendamai

UJIAN KEMASUKAN SABK : DILEMA

Khairum sedang menemuduga calon “Mil, nak bagi lepas macam mana ni budak?” Tanya Amin usai sahaja Ujian Kemasukan Tingkatan Satu untuk SABK. Amin salah seorang antara guru yang dilantik sebagai panel temuduga peringkat sekolah. “Sebab apa min? Budak tak jawab ke?” Tanya aku kehairanan. “Tak boleh baca Quran langsung ni!” Jawab Amin tegas. Tangannya yang terletak atas meja digenggam erat. Geram. Boleh membaca al-Quran adalah salah satu elemen yang diguna pakai dalam menilai kelayakan untuk masuk ke SABK. Kenapa? Sebab kurikulum yang dipakai di sekolah aliran SABK adalah kurikulum dini dan kurikulum dini subjek utamanya adalah subjek agama dan bahasa arab. “Parah tu. Kalau demo tak bagi lepas, budak ni mesti akan pergi sekolah harian biasa Min.” Memang itu sahaja pilihan yang ada sekiranya ingin bersekolah di sekolah kerajaan. “Emmm… ikut gaya, macam tu lah.” Suara Amin seakan pasrah. Matanya jauh merenung ke hadapan. Banyak benda yang difikir olehnya. “Nanti sampai bila-bila la dia tak

FINAL TOUCHDOWN SPM SMANF 2022

Pegawai dari PPD Kuala Kangsar datang ke sekolah kami pada hari ini. Segak berbaju batik warna biru. Bercermin kaca. Tertera nama ‘Sabri’ pada nametag di sebelah dada kirinya. Tuan Sabri datang untuk bertemu dengan semua guru yang mengajar subjek SPM dan juga semua anak-anak SMANF yang akan menduduki peperiksaan bertulis SPM dalam masa 19 hari lagi. Program Final Touchdown SPM. “Kita sudah tidak mempunyai masa yang lama. 19 hari sahaja. Ingat 3 perkara ini anak-anak.” Ujar Tuan Sabri tegas. Program ini berlangsung di dalam Dewan Tun Musa. “Apa dia 3 perkara tu? Pertama adalah extraordinary. Apa dia extraordinary?” Tanya Tuan Sabri kepada anak-anak SMANF. “Luar biasa… bersungguh-sungguh….” Jawab anak-anak SMANF. Intonasi suara mereka tidak kuat. Tidak ada keyakinan. Entah betul entah salah agak mereka. “Ya! Bersungguh-sungguh. Kita usaha sungguh-sungguh. Kalau sebelum ini kita tidur 6 jam, kita pendekkan jadi 5 jam. Sejam itu kita guna untuk belajar. Itu namanya bersungguh-sungguh!” Lan

AMBIL ALIH SUBJEK SYARIAH TINGKATAN 5

Lawatan PPD ke kelas tingkatan 5 "Eh, aku bagitahu hang awal ni. Hang kena ajar Syariah tingkatan 5, cover Uzair.” Ujar Zahrul kepada aku. Uzair yang mendapat 26 hari mc adalah seorang ustaz yang mengajar subjek al-Syariah tingkatan 5 di sekolah. Dan, SPM sudah tidak lama lagi untuk pelajar menempuhinya. “Hang la ni. Uzair dah bagitahu dia tak boleh datang kelas tambahan malam, hang cakap dia kena datang juga. Dia stress la tu, terus jatuh dekat tandas tadi.” Aku bergurau dengan Zahrul. Uzair pada tengah hari sebelum berakhirnya sesi persekolahan, telah jatuh dan nampak dari raut wajahnya seakan perit menahan kesakitan. Nasib baik ketika dia jatuh tu ada orang yang berdekatan dengannya dan dapat memapah dia masuk ke dalam kereta. “Tu la… aduh. Aku pun rasa bersalah dengan dia. Aku keras sangat dengan dia tadi. Aku cakap dekat dia, hang pandai-pandai la cari pengganti kalau tak boleh nak datang kelas malam. Tengok-tengok tengah hari tadi dia jatuh dan esoknya dapat MC. 26 hari pula

SAMSUL KE YANG SALAH?

“Su, ada nak pergi mana-mana ke hari ni?” Tanya aku pada Su melalui panggilan telefon. Pok Su, nama manja untuk Raja Saiful Azhar, adik kepada Raja Lelong di Kelantan. “Tak ada. Kawe ada rumah je ni.” Su membalas. Suaranya serak kering seperti baru sahaja bangkit dari tidur. “Tunggu Su kat rumah. Kejap lagi kawe sampai Batu Caves. Kita minum teh.” Perjalanan dari Muadzam Shah ke Batu Caves mengambil masa 3 jam. Biasanya, perjalanan yang kadang kala 2 minggu sekali itu dari Muadzam Shah melalui jalan Genting - Batang Kali untuk ke Sg. Siput, tetapi jalan Genting - Batang Kali sudah ditutup disebabkan tanah runtuh baru-baru ini. Oleh itu, alternatifnya adalah melalui jalan Gombak - Rawang - Batang Kali. Mungkin jauh sikit. Kena pusing bukit, naik jambatan paling tinggi di Malaysia, kena lalu tol Genting Sempah. Kali ini, Raja Saiful Azhar membawa aku ke sebuah kedai mamak. “Lauk telor sotong sini terbaik Mil. Demo try la.” Syor Raja Saiful Azhar kepada aku. “Su, apa isu dengan Samsul?” T