15 Mei 2015 menyaksikan satu lagi tragedi yang boleh dipertikaikan tentang nilai kemanusian bagi tiga buah negara. Malaysia, Thailand dan juga Indonesia. Berita Reuters melaporkan yang sebuah kapal yang memuatkan kira – kira 400 orang pelarian Rohingnya berlayar tanpa arah di Teluk Andaman dan ketiga – tiga negara ini nampaknya tidak mahu menerima kedatangan mereka. Mereka tidak dibenarkan memasuki perairan negara masing – masing. Apa yang menyedihkan lagi, Indonesia dan Malaysia merupakan negara yang majoritinya adalah Islam dan merupakan saudara seagama dengan pelarian Rohingnya tersebut. Rohingnya sudah hilang arah dan sudah tiada tempat untuk dituju. Di tanahnya sendiri pun sudah diusir oleh pelampau Buddha dan tentera Burma. Kehormatan, harta dan hak mereka dirobek dengan rakus oleh pelampau agama. Bukan setakat diusir, malahan sudah beribu – ribu saudara seIslam kita dibunuh disana. Di manakah sensitiviti kita bila mana saudara – saudara kita diperlakukan dengan sedemikian
melakar apa yang minda sering kusut