Skip to main content

Malaysia April Ini

Malaysia semakin panas. Panas dek musim kemarau yang sedang melanda. Paras air di sungai - sungai utama pun semakin menyusut. Sungai Kelantan pun aku boleh nampak penyusutannya yang boleh dikatakan agak banyak. Beberapa bulan yang lepas, aku saksikan yang paras air Sungai Kelantan, arusnya hampir mencecah jambatan arusnya. Hari ini aku saksikan butir - butir kasar pasir kelihatan jelas di dasarnya.

Alhamdulillah. Semalam hujan menimpa bumi ini. Rahmat untuk semua. Binatang, tumbuhan dan manusia yang serba bijak dalam serba serbi perkara. Bijak, tapi tak pandai untuk bersyukur atas anugerah yang diberikan. Berbalik kepada topik Malaysia yang semakin panas tadi, bahangnya belum lagi hilang biarpun selebat mana hujan yang turun mencurah di atas tanah yang pernah terkenal dengan lubuk emas pada suatu ketika dahulu. Sejarah Tanah Melayu. Kian dilupakan. Bukan?

Panas dengan GST masih belum lagi hilang. Katanya akan ada demo besar - besaran pada 1 Mei ni. Entah jadi entah tidak. Demo yang akan diadakan di ibu negara. Panas dengan harga topup pun boleh naik sebanyak 6%. Tapi, lagi panas sebab semua rakyat telah dipermainkan. Mana tidaknya, dipermainkan oleh menteri - menteri yang dipilih oleh rakyat. Sekali kata topup tak dikenakan GST. Alih - alih pada 1 April, nak beli topup RM 10 kena bayar RM 10.60. Sekali topup bukan RM 10 kan? Nak subscribe data internet 2GB, paling tidak kena topup RM 40!!

Itu baru panas pasal GST. Sudah 10 hari berlalu. Nanti dulu, ada lagi yang tengah panas sekarang ni. Mainan pertikaian, dan juga mainan soal jawab antara Perdana Menteri dan juga bekas Perdana Menteri. Yang itu soal, yang itu pertikai, yang itu inginkan jawapan, manakala yang ini jawab, yang ini bersumpah, yang ini berhujah. Rakyat sedang menyaksikan dua individu yang ada pangkat dan mempunyai nama ini dalam gelanggang permainan politik mereka. Yang itu pertikai siapa yang menjadi dalang pembunuhan Altantuya. Yang ini bersumpah yang dia tak kenal siapa itu Altantuya. Yang itu... Yang ini... di mana kesudahannya?

Malaysia semakin hari semakin kucar kacir aku tengok. Tak gitu? Sebab politikkah? Sistem demokrasi berparlimenkah? Nak kata sistem yang salah 100 peratus mungkin tidak adil. Mana - mana sistem tetap ada flaw kecuali sistem itu daripada Allah. Aku berani kata yang negara kita kucar - kacir dek kerana individu. Daripada individu yang bermasalah, dia akan beralih kepada masyarakat dan seterusnya kepada negara. Islahkan diri sendiri, islahkan keluarga, nescaya masyarakat yang majmuk akan damai dan harmoni. Masyarakat yang harmoni akan melahirkan negara yang aman dan stabil. Tak gitu?



Sekali lagi telah dipermainkan oleh para menteri yang bijak pandai. Sebelum 1 April, beriya yang mereka kata harga rumah tak akan naik dan akan dikecualikan daripada dikenakan GST. Hmmm... sampai bila kita nak kena kencing macam ni? Habis hancing baunya. Kalau sekali tak apa lagi, kalau dah berkali - kali kena kencing. Macam mana tu? Eh, boleh didakwa di bawah akta hasutan ni. POTA pun dah diluluskan untuk menggantikan ISA. Okay. Ha ha ha.

Comments

  1. akak pun dah letih dgn senario semasa di negara kita, sampai dah malas nak tulis kat blog. Ikutkan GST akan kurangkan harga barang, tapi skrg..cuba sebut satu brg yg selalu kita beli dan harganya turun sbb GST. Takde!

    ReplyDelete
  2. usaha saya skrg ni lebih drpd usaha untuk memperbaiki dan menambah pendapatan keluarga sendiri daripada membuang masa pikir masalah mcm ni yg tidak banyak usaha boleh dilakukan untuk mengelak drpd terjadi....

    ReplyDelete
  3. kalau dah naik cakap macamana pun mmg dh ssh nak turun....

    ReplyDelete
  4. Lamo tok dengar blogger sore ni blebe & lamo jugok tok kelik Kelate!!! Nowadays kalu yg kijo, keno kijo kuat lagi so that buleh survive hidup perfectly, tmbh2 bilo ado GST. Lamo kae gara2 GST tok make, tok minum, semuanya "TOK". Hahahahaha siye kokre dih?

    ReplyDelete
  5. letih pk masalah. serahkan pada Allah je untuk balas segala 'kebaikkan' dan pecah amanah yang dah dorg lakukan. biarlah Allah yang tentukan

    dan akak sekeluarga sedang cuba usaha majukan diri dan keluarga sendiri selain lebih rapat dgn Allah huuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.