Longgokan sampah di tempat campsite “Kawe kecewa juga sebenarnya dengan sikap sesetengah pengunjung dekat sini. Mari berkelah, bawa makanan, lepas tu sisa makan yang tak habis tinggal dekat sini bersama sampah-sarap.” Luah seorang lelaki yang mendakwa dirinya AJK Pembangunan Pondok Sungai Kenerong, Dabong. Termenung panjang aku melihat longgokan sampah yang ditinggalkan. Ada tong gas, sisa makanan, plastik makanan, pinggan cawan polisterin. Di kala Malaysia bercita-cita untuk menaiki kereta terbang di tahun 2020, dan sekarang di tahun 2022, masih ada masyarakat kita yang sampah. Mentaliti sampah, sikap sampah, hati sampah. “Abang, kenapa abang tak caj sahaja pengunjung yang datang? Boleh upahkan orang datang cuci sampah yang mereka tinggalkan,” aku bertanya kepada abang yang mendakwa dirinya AJK Pembangunan Pondok Sungai Kenerong. “Tak boleh. Ini memang amanat almarhum tuan guru sebelum ni. Jangan caj apa-apa bayaran terhadap pengunjung yang ingin guna kemudahan yang pihak pondok sedia...
melakar apa yang minda sering kusut