Skip to main content

Posts

CARA PEGANG MUSHAF KETIKA SOLAT TERAWIH

Beberapa hari lagi PKP fasa ketiga akan tamat dan akan diteruskan dengan PKP fasa keempat sebagaimana yang dimaklum oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Penghujung PKP fasa ketiga ini adalah bermulanya bulan puasa, bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam. Ramadan 1441. Dengan belum berakhirnya PKP ini, masjid dan surau juga tidak berfungsi untuk solat terawih, maka menjadi imamlah para lelaki yang sado untuk keluarganya masing-masing. Jadi, sebagai alternatif yang ingin menjadi imam di hadapan mertua, tetapi nak nampak macho dengan membaca ayat-ayatyang panjang, bolehlah tengok mushaf al-Quran dengan diletakkan di hadapan ketika menjadi imam. Kalau korang bukannya seorang hafiz al-Quran, tak perlu malu dan tak perlu untuk merasakan diri korang adalah seorang yang tidak bermaruah sekiranya korang menjadi imam terawih dengan melihat mushaf al-Quran. Sekurang-kurangnya, solat terawih akan jadi lebih panjang dengan panjangnya ayat-ayat yang dibaca ketika solat. Lagi banyak ayat...

REVIEW BUKU : GURU AINI KARYA ANDREA HIRATA

Karya Andrea Hirata yang tidak mengecewakan. Terbaik. Sebuah cerita yang berlatar belakang tentang pendidikan. Matematik khususnya. Sungguh, mampu meninggalkan satu kesan yang dalam pada jiwa manusia yang normal. Menceritakan tentang seorang yang dari bangku sekolah lagi bercita-cita ingin menjadi seorang guru matematik. Guru matematik yang jauh di pedalaman, mengajar anak-anak desa dan kampung supaya mahir matematik. Namanya Desi Istiqamah. Dipanggil Bu Desi oleh anak muridnya. Seorang guru yang berprinsip dah sentiasa teguh dengan prinsipnya. Dalam kalangan muridnya, Bu Desi mungkin boleh dianggap seorang yang garang dan tegas. Hanya mahukan kejayaan sebagai hasil daripada anak muridnya. Buku ini boleh dibahagikan kepada 2 babak besar. Satu babak menceritakan tentang Bu Desi. Bagaimana pada awalnya dia boleh bercita-cita ingin menjadi seorang guru matematik dek kerana terkesan dan kagum dengan guru matematiknya dahulu. Dari situ, dia menanamkan satu azam. Ingin menjadi g...

COVID-19 SEMALAM

1) Kes COVID-19 pada semalam mencatatkan jumlah yang paling sedikit sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Sebanyak 89 kes baharu. Satu angka di bawah 100. Rasa lega. Terima kasih KKM. 2) Semalam juga bermula PKP fasa 3 yang mana akan berakhir sehingga 28 April. Terasa lama. Tapi apakan daya, ini adalah yang terbaik untuk membendung virus COVID-19. 3) PKP fasa 3 ini, aku lihat kereta semakin banyak di jalanan  berbanding awal-awal pelaksanaan PKP. Entah. Disebabkan ada beberapa perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi oleh kerajaan atau memang degilnya rakyat Malaysia. 4) Kedai-kedai makan hanya menjual untuk dibungkus sahaja. Yang banyak dibuka adalah kedai runcit. Tapi, tak semua kedai Roti Gardenianya bertahan lama di atas rak. 5) Musim PKP ini, roti Gardenia menjadi rebutan. Cepat saja habis berbanding roti berjenama lain. Adakah kerana Gardenia lebih enak dimakan begitu saja? 6) KPM semalam telah mengumumkan bayangan yang sekolah lambat lagi dibuka...

MALAYSIA DAN COVID-19

Bagi anak Malaysia yang lahir tahun 80-90 an mungkin tahun 2020 adalah satu tahun yang paling dinanti. Manakan tidak, mereka membesar dengan slogan wawasan 2020 yang dicipta oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr.Mahathir Mohamad. Ketika itu, semua diberi bayangan yang Malaysia akan mencapai sebuah negara yang bertaraf maju dan tandanya terdapat kereta-kereta terbang pada poster-poster yang menayangkan wawasan 2020. Tapi, kita pada tahun 2020 telah dikejutkan dengan satu wabak yang melanda seluruh dunia. Untuk sekarang ini, hampir kesemua negara telah dilanda wabak ini. Bukan wabak kereta terbang, bukan wabak kereta dipandu secara automatik, bukan juga wabak jalan-jalan dipenuhi oleh robot seperti cerita Terminator, tetapi dunia dilanda sebuah wabak penyakit yang boleh menyebabkan kematian. Wabak yang diberi nama Covid-19.  Ura-ura yang aku kira bukan ura-ura lagi; menyatakan virus ini pada mulanya tercetus di Wuhan atau lebih tepat lagi di pasar yang menjual segala jenis...

IKAN HARUAN

Ini adalah kawan aku. Peminat ikan haruan. Kepakarannya adalah memancing ikan sehingga ikan tertipu dengan upannya.  Dia bukan memancing sambil pakai helmet. Dia pakai helmet seperti dalam gambar kerana kepalanya botak. Dia tak nak orang yang ambil gambarnya silau. Namanya Raja Saiful. Raja pancing ikan haruan hanya di kampung. 

CUTI-CUTI DI SEMPORNA, SABAH

19 Disember 2020 Kami mengambil flight Kuala Lumpur ke Tawau pada awal pagi 19hb. Flight paling awal adalah pada 6.15. Nasib kami baik sebab waktu Subuh awal dan kami sempat solat sebelum bertolak. Flight kami mengambil masa 2 jam lebih sehingga 3 jam untuk sampai ke Tawau. Aku mengambil pakej daripada Awys atau nama sebenarnya adalah Darwys dan aku mengambil paling murah yang diberikan olehnya. Pakej berharga RM 650 untuk melawat 10 pulau siap dengan makan 3x sehari, pengangkutan pergi dan balik dari airport Tawau ke Semporna, peralatan snorkeling, permit masuk taman laut dan pulau-pulau   dan juga tempat tinggal. Murah kan? Cumanya untuk pakej ini, kami tidur di pekan Semporna untuk 3 malam. Jadi, tak ada nak bangkit dari tidur nampak air laut yang membiru dengan burung-burung yang berterbangan mencari makan. Ketika kami sampai di airport Tawau, sudah ada driver yang menunggu kami untuk mengambil kami ke pekan Semporna. Airport ke Pekan Semporna mengam...

TRIP CAMPING SAMBIL MEMANCING DI JELI

Adakah dipanggil rancangan sekiranya rancangan tersebut tidak dirancang? Kita namakan sahaja ianya rancangan yang tidak dirancang. Rancangan untuk pergi memancing di kawasan sungai yang bersambung dan bersimpang siur dengan Sungai Renyuk telah dirancang oleh Kak Adah atau lebih popular dengan nama Mami. Aku pun tak tahu kenapa Kak Adah ni membahasakan diri dia dengan nama Mami. Mungkin dia rasa dia sudah lanjut usia dan anggap semua orang di sekelilingnya adalah anak-anak dia. Jadi, semua orang akan panggil dia dengan nama Mami. Boleh ke macam tu? Hahaha. Rancangan dia dalam group whatsapp tu bukan kemain lengkap dengan tentatif dan menu untuk makan sepanjang trip tersebut. Maklumlah, trip ni adalah trip bermalam. Masuk hutan pada petang Khamis, dan keluar pada pagi Jumaat. Ianya lebih kepada trip camping sambil memancing. Tarikh sudah dipacak. Semua bersetuju untuk jumpa di rumah Mok Bibi. Ikut pelan, powil akan bergerak pada jam 6 petang. Tapi, senyum saja sebab ni Gen...