1) Kes COVID-19 pada semalam mencatatkan jumlah yang paling sedikit sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Sebanyak 89 kes baharu. Satu angka di bawah 100. Rasa lega. Terima kasih KKM.
2) Semalam juga bermula PKP fasa 3 yang mana akan berakhir sehingga 28 April. Terasa lama. Tapi apakan daya, ini adalah yang terbaik untuk membendung virus COVID-19.
3) PKP fasa 3 ini, aku lihat kereta semakin banyak di jalanan berbanding awal-awal pelaksanaan PKP. Entah. Disebabkan ada beberapa perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi oleh kerajaan atau memang degilnya rakyat Malaysia.
4) Kedai-kedai makan hanya menjual untuk dibungkus sahaja. Yang banyak dibuka adalah kedai runcit. Tapi, tak semua kedai Roti Gardenianya bertahan lama di atas rak.
5) Musim PKP ini, roti Gardenia menjadi rebutan. Cepat saja habis berbanding roti berjenama lain. Adakah kerana Gardenia lebih enak dimakan begitu saja?
6) KPM semalam telah mengumumkan bayangan yang sekolah lambat lagi dibuka. Jika dibuka, hanya diberi keutamaan kepada pelajar yang menduduki SPM dan STPM sahaja untuk kembali ke sekolah. Secara berperingkat.
7) Menteri Pelajaran, Dr Radzi Jidin juga mengumumkan di sidang media semalam bahawa UPSR dan PT3 pda tahun ini ditiadakan. Budak-budak darjah 6 dan tingkatan 3 tidak ada peperiksaan. Sukalah mereka tu. Cuti lama, tak ada exam pula.
8) Kelantan mencatatkan sifar kes COVID-19 pada semalam yang mana sudah ramai yang discaj dari wad. Setakat semalam, Cuma 15 kes sahaja yang dirawat di hospital di Kelantan. Harap-harapnya, Kelantan kekal begini untuk hari ini dan hari-hari seterusnya.
9) Menteri Kanan, Dato Ismail Sabri semalam juga mengumumkan yang bazar Ramadan tidak akan diadakan pada tahun ini dan mekanisma dengan menggunakan e-bazar akan dikaji oleh pihaknya untuk pelaksanaan pada bulan Ramadan nanti.
10) Rasanya rakyat bukan hadap sangat nak bazar, tapi keluhan peniaga bazar yang kehilangan lubuk duit ketika bazar. Ya lah, dekat bazar Ramadan jual je apa pun, mesti laku punya. Kan? Jadi, kerajaan fikir alternatif terbaik untuk para peniaga di samping untuk mengekalkan saranan KKM supaya rakyat Malaysia tidak berkumpul secara beramai-ramai.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.