Skip to main content

MALAYSIA DAN COVID-19

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1zY2huyGJE0E_j1qq5aEWccXBcWp6tNZz

Bagi anak Malaysia yang lahir tahun 80-90 an mungkin tahun 2020 adalah satu tahun yang paling dinanti. Manakan tidak, mereka membesar dengan slogan wawasan 2020 yang dicipta oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr.Mahathir Mohamad. Ketika itu, semua diberi bayangan yang Malaysia akan mencapai sebuah negara yang bertaraf maju dan tandanya terdapat kereta-kereta terbang pada poster-poster yang menayangkan wawasan 2020.

Tapi, kita pada tahun 2020 telah dikejutkan dengan satu wabak yang melanda seluruh dunia. Untuk sekarang ini, hampir kesemua negara telah dilanda wabak ini. Bukan wabak kereta terbang, bukan wabak kereta dipandu secara automatik, bukan juga wabak jalan-jalan dipenuhi oleh robot seperti cerita Terminator, tetapi dunia dilanda sebuah wabak penyakit yang boleh menyebabkan kematian. Wabak yang diberi nama Covid-19. 

Ura-ura yang aku kira bukan ura-ura lagi; menyatakan virus ini pada mulanya tercetus di Wuhan atau lebih tepat lagi di pasar yang menjual segala jenis binatang sehingga kepada binatang dikelaskan sebagai eksotik. Disinilah dikatakan virus itu muncul dan pada mulanya dikaitkan dengan kelawar. Aku mengatakan ura-ura kerana buat masa sekarang timbul lagi ‘fakta’ yang mengatakan sebenarnya virus ini disebarkan oleh tentera Amerika dengan menghantarnya ke China. Ada lagi kononnya mengatakan virus ini adalah ciptaan manusia di sebuah makmal di Wuhan dan sengaja dilepaskan virus ini kepada orang ramai untuk mengurangkan populasi manusia di muka bumi. Pelbagai teori termasuk sekali dengan propaganda Freemason dan Iluminiti. Mereka pun terkena tempias, asal sahaja benda buruk yang melibatkan kesengsaraan kepada manusia.

Kita katakan saja yang virus ini menyerang manusia dan menyebabkan kematian adalah dengan izin Allah. Tercetusnya wabak ini semuanya sudah dituliskan oleh Allah. Dia yang memberi penyakit dan dia juga maha menyembuhkan. Pasakkan dalam diri kita sebagai orang Islam dengan pegangan tersebut, insyaAllah, kita akan kuat untuk menghadapi serangan wabak ini. Kita punya Tuhan yang berkuasa ke atas segalanya. Jangan sampai wabak ini menjadikan kita panik, cemas dan merasakan seolah dunia ini kelam tanpa ada tempat bergantung. Kita punya Allah. Selamanya kita akan bergantung kepada Allah.

Hari ni, cukuplah 4 minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yng dikeluarkan oleh kerajaan sebagai usaha untuk menghapuskan COVID19 ini. Tidak cukup dengan 4 minggu, baru-baru ini PM telah mengumumkan tambahan 2 minggu lagi yang mana akan berakhir 28 April nanti. Itu pun belum tentu ianya tidak akan ditambah. Tujuan PKP ini dilaksanakan adalah untuk memutuskan rantaian jangkitan dari satu individu kepada individu yang lain yang mana ada individu yang tidak sedar di dijangkiti COVID19 dan telah menyebarkan kepada orang sekelilingnya melalui pergaulan dan sentuhan.

Ramai yang sudah mati kutu, berasa tertekan dengan perintah PKP ini. Sudah bosan berada di rumah dan ramai yang nak bekerja seperti biasa. Manusia, bila tidak dapat melakukan rutin harian mereka, seolah-olah ada yang tidak kena pada badan dan emosi mereka. Mereka ibarat penjawat awam yang pencen. Selama 30-40 tahun bekerja, tiba-tiba hari esoknya bangun tanpa perlu pergi kerja. Berasa aneh dan pelik. Tetapi tidak untuk PKP, mereka ini akan berasa masih terkurung kerana tidak dapat pergi ke mana-mana.

Setakat semalam, disebabkan ramai yang merasa bosan, polis menangkap seribu lebih manusia yang berada di Malaysi kerana ingkar arahan PKP. Seribu lebih tu ramai yang jelas menunjukkan ada lagi manusia yang degil dan tidak memberi kerjasama untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Ahhh.. aku bebas jangkitan. Tak apa la aku keluar pun. Pishang la duduk kat rumah je.”

Mentaliti semacam ini la yang menggalakkan lagi rakyat Malaysia yang lain untut turut keluar. Pada mulanya mereka tak berani. Bila mereka tahu yang mereka ada geng yang punya fikiran yang sama, mereka akan menjadi seorang pemberani secara tiba-tiba. Manusia, goyang untuk berdiri sendiri!

Nampak gayanya, bazar Ramadan tahun ini tidak seperti tahun-tahun lepas. Terawih, moreh, colek, madinah Ramadan nampaknya tidak ada untuk tahun ini. Suatu yang asing dalam kehidupan aku yang selama 29 tahun hidup yang mana akan ada benda-benda ini pada setiap kali bulan puasa. Hari raya apatah lagi, tiada kunjung mengunjung. Tiada open house. Sepi. Manusia ada tetapi bumi akan merasa sepi.

Ini adalah apa yang telah ditulis dalam kitab Allah. Benda yang sudah dijadikan oleh Allah. Tinggal kita sebagai hambanya untuk muhasabah apakah hikmah di sebalik ujian ini. Atau mungkin ini juga bala atas dosa-dosa kita yang selama ini lalai kepada Allah. Kita renung, dan kita ubah apa yang kurang untuk kebaikan kita. Moga kita tersenyum saat mengadap Allah di akhirat kelak. 

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.