Beberapa hari lagi PKP fasa ketiga akan tamat dan akan diteruskan dengan PKP fasa keempat sebagaimana yang dimaklum oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Penghujung PKP fasa ketiga ini adalah bermulanya bulan puasa, bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam. Ramadan 1441.
Dengan belum berakhirnya PKP ini, masjid dan surau juga tidak berfungsi untuk solat terawih, maka menjadi imamlah para lelaki yang sado untuk keluarganya masing-masing. Jadi, sebagai alternatif yang ingin menjadi imam di hadapan mertua, tetapi nak nampak macho dengan membaca ayat-ayatyang panjang, bolehlah tengok mushaf al-Quran dengan diletakkan di hadapan ketika menjadi imam.
Kalau korang bukannya seorang hafiz al-Quran, tak perlu malu dan tak perlu untuk merasakan diri korang adalah seorang yang tidak bermaruah sekiranya korang menjadi imam terawih dengan melihat mushaf al-Quran. Sekurang-kurangnya, solat terawih akan jadi lebih panjang dengan panjangnya ayat-ayat yang dibaca ketika solat. Lagi banyak ayat, lagi banyak pahala. Kan?
Boleh tengok video di bawah tentang bagaimana cara atau kaedah untuk melihat al-Quran ketika menjadi imam solat. Ustaz Firanda merupakan seorang pendakwah bebas di Indonesia dan rasanya beliau telah dilabel wahabi oleh sesetengah netizen dan juga para 'agamawan' di Malaysia. Kalau korang ada masalah dengan Ustaz Firanda, boleh tonton video lain untuk keselesaan hati dan jiwa.
Ringkasan daripada video:-
1) Imam boleh melihat mushaf ketika solat terawih sama ada dengan meletakkan di hadapannya ketika solat. Ini berdasarkan hadis yang meriwayatkan Aisyah r.a yang meminta budaknya menjadi imam dengan melihat mushaf.
2) Boleh juga imam melihat mushaf dengan memegang mushaf pada tangannya ketika solat. Ketika hendak ruku' atau sujud, mushaf itu diletakkan di atas meja di sebelahnya. Ini berdasarkan hujah yang Nabi Muhammad s.a.w ketika solat mendukung cucunya. Ketika mana baginda ingin sujud, baginda meletakkan cucunya di bawah.
3) Tidak ada keperluan untuk makmum memegang mushaf dan melihat mushaf ketika imam solat terawih. Ianya makruh kerana apa yang sepatutnya bagi makmum adalah mendengarkan bacaan imam dengan khuysuk.
Selamat berterawih dan selamat menjadi imam buat lelaki Islam Melayu Malaysia!
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.